Friday, February 10, 2012

Mencari Khazanah Berharga

Oleh Dwan@bonsaikita


CUCUR ATAP KHAZANAH ALAM PALING BERHARGA

Keunikan dan kehebatan bonsai Cucur Atap kini sudah terkenal seantereo dunia. Semasa Mr Robert Steven datang ke Kelantan beliau membawa pulang bonsai Cucur Atap untuk dijadikan kenangan.Bonsai Cucur Atap juga kini di bawa ke Hawai. Lihatlah, pandanglah dan berfikir sejenak sudah pasti kita semua sependapat bahawa pokok Cucur Atap begitu sempurna dijadikan bonsai sehingga memukau pandangan mata.Lebih istimewa lagi pokok Cucur Atap yang berharga ini adalah warisan alam yang dikatakan hanya terdapat di bumi Terengganu sahaja. Spesis istimewa anugerah tuhan ini merupakan khazanah yang berharga .

Cucur Atap dalam proses pembentukan
 ranting
Hujung minggu yang lalu penulis bersama team Bonsai Kita menjejaki pokok Cucur Atap di sekitar daerah Besut hingga ke Merang Terengganu. Sepanjang perjalanan Spesis ini terus unggul mendominasi kawasan persisiran pantai saujana mata memandang.Perjalanan kami terhenti di setiap kawasan Cucur Atap untuk mencari pokok Cucur Atap yang boleh dijadikan base bonsai yang sempurna. Walaupun beribu pohon Cucur Atap dihadapan mata namun untuk mendapat base pokok yang sempurna agak sukar “hanya jauhari saja yang mengenal manikam”



Kehidupan "nature" Cucur Atap
Rimbunan Cucur Atap


'Nature' pokok Cucur Atap tumbuh dalam kumpulan yang besar tanpa ada persaingan di antara satu sama lain. Pokok Cucur Atap di sini seolah-olah bersama –sama mendapatkan cahaya matahari(fotosintesis), respiratori dan transpirasi. Teringat penulis kepada artikel tentang Pokok yang menyatakan bahawa proses-proses inilah secara ringkasnya menghasilkan makanan, tenaga, menolong pengedaran bahan mineral ke seluruh bahagian pokok serta menyejukkan pokok apabila hari panas. Justeru penulis merasakan faktor inilah yang menyebabkan pokok Cucur Atap terus bertahan dan hidup subur di sini.




Pelbagai gaya bonsai Cucur Atap boleh digubah





Dalam hutan Cucur Atap penulis mendapati tidak terdapat pokok Cucur Atap besar seperti balak (pokok saka) yang ada hanya bersaiz (ukur lilit batang ) yang sederhana.Kebanyakan pohonnya yang mati akan ada pohon Cucur Atap yang tumbuh diatas pohon yang mati.Seperti diari yang terakam indah dalam falsafah bonsai ‘dalam mati ada hidup dalam hidup ada mati’.Persoalan mula bermain difikiran penulis adakah hayat cucur atap ini panjang di kawasannya?.Kebanyakan pohon cucur atap tumbuh meliar seperti bonsai besar (Saiz besar) yang digubah bebas oleh alam.Terdapat juga pencinta bonsai yang menggambil pokok yang sebegini (4 hingga 5 kaki) tanpa diubah suai untuk dijadikan pokok hiasan. (maaf penulis lebih selesa menggunakan kaki untuk ukuran pokok)



Pastikan pokok Cucur Atap diletakkan ke dalam kain atau guni diikat kemas

Untuk mendapatkan pokok Cucur Atap sangat mudah kerana tanahnya berpasir.Pokok Cucur Atap lebih selamat(untuk hidup) sekiranya diambil dengan tanahnya sekali.Biasanya kami akan mengergaji tanah (guna gergaji untuk memutuskan akar )di sekeliling pohon cucur atap,kemudian pohon Cucur Atap boleh diangkat dari tempatnya diletakkan ke dalam kain atau guni dikat kemas dengan tali. Untuk pengetahuan anda pohon Cucur Atap tidak mempunyai akar tunjang.Selepas pulang ke rumah proses penanamannya perlu dilakukan dengan segera iaitu dengan menggunakan medium pasir saja. Anda perlu menyiram dengan air yang banyak supaya pasir akan mendap ke dalam pasu dan pastikan dijolok atau ditekan pasir supaya tidak ada ruang kosong di antara akar dan pasir .Letakkan pohon cucur atap yang baru di tanam di tempat yang teduh, selepas 2 hingga 3 minggu pucuk baru akan bertunas.

Sebenarnya pohon cucur atap mudah hidup sekiranya kita tahu petua untuk mengambilnya dan cara untuk menanamnya ke dalam pasu . Mungkin ada di antara kita yang pernah mendengar dan mempercayai kata-kata bahawa hanya orang tertentu yang mempunyai ‘tangan yang sejuk’ atau green fingers yang boleh menanam pokok dengan jayanya. Adakah anda mempercayainya Sebenarnya setiap pokok mempunyai keperluannya yang tersendiri untuk hidup subur dan cantik sentiasa. Keperluan yang dimaksudkan itu ialah jenis pokok yang ditanam, kekerapan siraman air, dedahan kepada cahaya matahari serta jenis baja dan kekerapan pembajaan yang sesuai untuknya tumbuh subur.

Jadi kata-kata “tangan yang sejuk” mungkin hanyalah sekadar retorik sindiran kepada mereka yang malas berkebun.

Sekiranya ada kelapangan bolehlah anda mencuba mencari dan mendapatkan sepesis Cucur Atap ini. Orang jauh (luar Negara) memujanya kita yang dekat masih diulit mimpi. Ayuh! mari semua kita ke sana mencari cucur atap impian Semuanya percuma untuk anda. Tepuk dada tanya selera. Hanya kreativiti seni yang diperlukan untuk menjadikannya pokok bonsai yang menarik.



"DO NOT MAKES YOUR TREES LOOK LIKE BONSAI BUT MAKE YOUR BONSAI LOOK LIKE TREES" - J.Naka "
Do it the best you can; do it the best it can be done "

2 comments:

  1. Post yang sgt menarik.
    Bagi pemburu bonsai base cucur atap, pastikan yang diambil/gali hanya yang betul-betul berkenan di hati. Jangan digali dan dibuang begitu sahaja setelah mendapati ianya tidak begitu cantik. Mungkin yang dibuang itu indah di pandangan mata orang lain. Tidak salah untuk membiarkan ia tumbuh bebas di alamnya dari menamatkan riwayatnya begitu sahaja. Ingatlah, setiap pokok itu mempunyai 'character'nya yang tersendiri. Sama-sama kita menjaga khazanah ini dari kepupusan.

    Lagi satu (maafkan saya..hanya bertujuan utk kebaikan) grammar utk kata-kata John Naka itu rasanya tak berapa betul. Sepatutnya ia ditulis "Do not MAKE your trees like bonsai but make your bonsai LOOKS like trees".

    Salam bonsai.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih anon..
    sama-sama kita menjaga khazanah alam ....
    Ayat tu saya petik dari buku dan reference dari internet dengan tidak mengubah sedikitpun perkataannya...
    nanti saya check lagi, mungkin saya silap...
    Terima kasih

    ReplyDelete