Thursday, January 26, 2012

Sifu Bohori PSBM

Mohd Bohori Bin Che Makhtar @ Mat Yie @ Sifu Yie

Memegang Jawatan sebagai Timbalan Presiden Persatuan Seniman Bonsai Malaysia.
Pelopor kepada keunggulan Seni Bonsai Melayu dengan pengalamannya yang luas, mempelajari seni bonsai dari banyak guru. Mempunyai ketelitian seni dengan kemahiran yang tinggi .





KEUNGGULAN BONSAI MELAYU

Mohd Bohori memartabatkan bonsai melayu

oleh: dwan

Sejarah bonsai beliau bermula pada tahun 1998. Menurut Bohori Pada waktu itu sukar untuk beliau mendapatkan guru bonsai di Kelantan. Justeru beliau banyak menghabiskan masa dengan memerhati keunikan pokok bonsai di rumah kenalan. Masa terluangnya juga diisi dengan membuat rujukan ilmiah melalui buku dan majalah bonsai dari dalam dan luar negeri. Namun beliau masih lagi tercari-cari ilmu tentang bonsai sehinggalah beliau bertemu dengan sifu bonsai terkenal Malaysia Lee Meng Chai. Bermula dari saat itu, beliau mula mendapat keyakinan dan konsep sebenar tentang bonsai

Menurut beliau pembakar semangat yang memberi kekuatan kepada dirinya untuk terus berkarya sehingga dapat menghasilkan pelbagai genre bonsai ialah Cabaran. Pada awal beliau menceburi bidang ini ada suara-suara sumbang yang mengatakan orang melayu tidak akan berjaya dan gagal dalam seni bonsai. Cabaran ini disambut oleh beliau tanpa rasa gentar.














( Bonsai Cucur Atap)

Johan (medium) peringkat Kebangsaan 2008 karya sifu Bohori yang termasyur

BIOGRAFI

Nama : Mohd Bohori Bin Che Makhtar

Alamat: Lot 769, Lorong Paloh Laka, Pintu Geng, 15100 Kota Bharu, Kelantan.
Lahir : Kg Paloh, Pintu Geng pada 31hb Ogos 1960.
Kahwin : isteri (Rosnani Zakaria) anak 5 orang (Ahmad Zulfadhli, Syamimi, Nur Ayuni, Nur Aisar dan Syairah)
Pekerjaan : Gold Processing
Lain-lain hobi selain bonsai : melukis, memancing, mengumpul barang antik, mengumpul batu suseiki dan jungle tracking.
Bermula membuat dan mengumpul bonsai pada tahun 1993.

Memiliki hampir 500 pokok bonsai yg siap, hampir siap dan yg baru dipasukan. Pokok terdiri daripada berbagai jenis spt Bebuas, Cucur Atap, Whangyang, Kayu Hitam, Jeliti, Bebaru, Limau, kemuning, ficus dll.

KEJAYAAN YANG TELAH DIRAIH

o Pertandingan Bonsai Penang 2002 – Silver Award (cucur atap-saiz m)

o Pertandingan Bonsai Kedah 2003 – Silver Award (kemuning-saiz L)

o Pertandingan Bonsai Kuantan & K.Lumpur 2005 – Merit Award ( Whangyang, Jeliti –saiz S & L)

o Pertandingan Bonsai Kelantan 2006 – Gold Award (cucur atap-saiz m ) & Bronze Award (whanyang –saiz small)

o Pertandingan Bonsai Perak 2007- Gold, Bronze & merit Award (whangyang-saiz m, cucur atap-saiz M & kayu hitam –saiz M

o Pertandingan Bonsai Penang 2008 – Silver Award (whangyang saiz M & kayu hitam saiz L)

o Pertandingan Bonsai Johor 2008 – Gold Award(kayu hitam saiz M , cucur atap saiz L) , Silver Award (cucur atap saiz L) & Bronze Award(whangyang saiz M).

o Pertandingan Bonsai K.Lumpur 2008- Gold Award (cucur atap saiz L), Silver Award (kayu hitam saiz L),
Bronze Award ( jeliti saiz mini), Merit Award ( jeliti saiz M) & ( whangyang saiz S)

o Pertandingan Bonsai Johor 2009- Gold Award (jeliti saiz L), Merit Award (cucur atap saiz M)

o Pertandingan Bonsai K.Lumpue 2009- Gold Award (cucur atap saiz L), Silver Award ( cucur atap saiz L), Bronze Award ( whangyang saiz M)

JAWATAN SEKARANG :
Timbalan Presiden - Persatuan Seniman Bonsai Malaysia
Ahli tetap - Bonsai Club International.
Penolong Setiausaha - Persatuan Seni Penjing And Gushi Malaysia (Kedah).
Ahli tetap - Malaysia Bonsai Suseiki Society (MBSS)
Ahli tetap - Persatuan Penanam Bonsai Johor.

Untuk dihubungi :
Laman web bonsai matyie , http://matyiegarden.blogspot.com/.
Facebook mat yie che makhtar.

sering dijemput mengadakan bengkel di setiap pertandingan bonsai seluruh Malaysia spt di Danga Bay Johor, di Cheras k.l, Damansara,Balai Senilukis Negara, Nurseri Sri Petaling, di kediaman pemain-pemain bonsai K.L, Kedah,Trengganu dan seluruh Kelantan.

mengajar seni membuat bonsai kpd pelajar2 di Giat Mara Tumpat pd 2007 dan sedang dalam proses menghasilkan buku mengenai bonsai.Beliau amat sering menjadi rujukan pemain-pemain bonsai membentuk pokok dgn cara yg betul dengan kaedah simulasi.



"DO NOT MAKES YOUR TREES LOOK LIKE BONSAI BUT MAKE YOUR BONSAI LOOK LIKE TREES" - J.Naka
" Do it the best you can; do it the best it can be done "

No comments:

Post a Comment