Tuesday, July 06, 2010

MAJLIS PERISYTIHARAN MPPG DAN PERTANDINGAN LANSKAP NEGERI JOHOR

Bertarikh 27 hb Jun Hingga 4 hb Julai, di Bukit Layang-layang pasir gudang telah terlaksananya satu pameran bonsai yang pertama dibawah anjuran Persatuan Seni Bonsai Kelantan. Walaupun cuaca yang kerap mendung dan diikuti hujan saban hari, tidak mematahkan semangat para pengunjung. Rata-rata mereka amat teruja dan berminat dengan pameran bonsai kali ini. Pujian juga dari mereka kerana inilah kali pertama mereka dapat melihat pokok bonsai dengan lebih dekat. Pengunjung datang dari sekitar Pasir Gudang, Johor Baharu, Kota Tinggi, Kluang ,Pontian dan Batu Pahat.



Klinik bonsai atas jemputan dari pihak Majlis Perbandaran Pasir Gudang yang diterajui oleh Abg Din Kluang. Ia dihadiri oleh pengunjung dan pihak Majlis Daerah dari Pasir Gudang , Bandar Penawar dan Johor Baharu.

video Serba ringkas aktiviti yang telah dijalankan. InsyaAllah satu masa nanti Bonsai di Pasir Gudang akan lebih menyerlah lagi. Matlamat akan datang untuk menganjurkan Pameran dan Pertandingan Bonsai Peringkat Kebangsaan di Pasir Gudang anjuran Persatuan Seni Bonsai Kelantan dan MPPG.

Kepada para pengunjung di ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda. Kepada mereka yang berminat untuk menjadi ahli PSBK , boleh terus hubungi saya melalui talian 012-7202606.

Kepada sebahagaian peminat yang saya dapat tuliskan di sini...En Zahrin dari Cahaya Baru , En Zack dari Kota Masai, En Annuar dari Perjiranan Air Biru, En Misman dari Bandar Baru Uda, Cikgu Elektrik Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang, Tuan Hj Kamal Taman Dahlia dan mereka-mereka yang tak dapat sebutkan disini dari sekitar Pasir Gudang, TERIMA KASIH.

Saya bangga kerana anda mempunyai minat yang sama....ayuh kita majukan lagi seni bonsai melayu melalui Persatuan Seni Bonsai Kelantan ini....


" Do it the best you can; do it the best it can be done "