Showing posts with label Cucur Atap ( Beackea Frutescens ). Show all posts
Showing posts with label Cucur Atap ( Beackea Frutescens ). Show all posts

Monday, April 11, 2016

"Repot"Cucur Atap

oleh Noryadi Norudin

Penampilan bonsai dari spesis cucur atap (beackea frutescen) cukup memukau pandangan. Tetapi secara umumnya para pemain, peniaga dan pembeli bonsai terutama dari luar pantai timur tidak berani memiliki cucur atap kerana persepsi yang mengatakan spesis amat lemah perakarannya, manja dan susah dijaga.

Pelbagai ramalan & tip tip pengalaman sendiri dikeluarkan utk menjaga cucur atap yg semakin menebalkan anggapan ramai bahawa spesis ini amat rumit dijaga. Antara 'aspek ketakutan' (fear factor) yg membuatkan kebanyakan dari pemain menjauhi cucur atap adalah cara "repotting"tukar pasu atau tukar tanah.

Kerana faktor ini jugalah membuatkan ramai dari kalangan pemain menyiapkan cucur atap tanpa mengganti media tanaman dan menguna-pakai media asal dari sejak bahan tersebut digali sehingga siap menjadi bonsai.

Ada juga cucur atap ketika dalam training diganti media tanaman tanpa dicuci root-ball (ketulan tanah yg memegang akar) yang mengakibatkan jangkitan bakteria hasil dari pereputan akar yg tersimpan di dlm root-ball tersebut. Kaedah ini akan menyulitkan pembeli baru krn sedikit demi sedikit ranting/dahan cucur atap yg baru dibeli akan mengering dan mati (hampir kesemua pokok cucur atap yg menggunakan kaedah ini menghadapi masalah yg sama). 

Antara kaedah repotting cucur atap :-

1.Root-ball asal yang mengakibatkan infection
2. Root-ball dipecahkan menggunakan semburan air dan akar dicuci sepenuhnya tanpa memotong akar hidup.
3. Pastikan media yg digunakan mempunyai partikel kecil,mempunyai sifat pengudaraan dan drainage yang baik.
4.Selepas diletakkan di tempat yg teduh selama 1 bulan,daun-daun baru mula tumbuh subur seiring dgn pergerakan akar.
Nah,sekarang apa lagi yg ditakutkan dengan spesis cucur atap yang cukup menawan ini? 
Selamat berbonsai.




" Do it the best you can; do it the best it can be done "

Wednesday, November 05, 2014

PENJAGAAN DAN PENGEKALAN CUCUR ATAP

Bahan yang dipetik dari beberapa blog Sifu tersohor tanahair dan dari Blog Bonsai Kita sebagai serba sedikit panduan .Bahan tulisan yang sangat berharga ini telah ditulis oleh Saudara Ridzuan dan Sifu Bohori dari Persatuan Seniman Bonsai Malaysia.

Penjagaan Cucur Atap sentiasa menjadi topik perbincangan hangat bagi pemain-pemain bonsai.Daripada penjenamaan namanya sehinggalah kepada proses penyiapannya.Bagi setengah-setengah pemain masalah demi masalah akan timbul semasa proses melatih sepesis jenis ini. Cucur Atap juga dikatakan tidak mempunyai hayat yang lama. Pokok bonsai Cucur Atap yang telah Berjaya dibentuk juga turut mengalami masalah yang sama iaitu meranting dan mati Namun begitu bagi setengah-setengah pemain pula penjagaan pokok Cucur Atap sangat mudah dan kebanyakan pokok Cucur Atap milik mereka tidak pernah meranting dan tidak pernah mati.Persoalannya Mengapa dan kenapa.Dalam ruangan ini marilah kita bersama-sama berbincang ,bertukar pandangan,pendapat dan segalanya berkaitan Cucur Atap.

Di Sini penulis tuliskan kembali pengajaran Sifu Bohori dalam ruangan komennya berkaitan Cucur Atap untuk kita jadikan rujukan dan pembelajaran yang berguna.

S Bohori
Cucur Atap walau pun dahannya sudah sebesar jari masih boleh di liukkan. Gunakan kaedah membalut dahannya seperti Juniper. boleh gunakan tiub seperti idea Adi,atau tali rafia.Sebaiknya masukkan sebatang dawai seiring dgn dahan itu dan baru di balut. Gunakan dawai 3.5mm atau 4mm. Kaedah mengergaji dahan juga boleh digunakan ditempat yg hendak diliuk(sama mcm teknik meliuk santalia).Teknik ini agak berisiko jika tidak berhati2 dan cermat.Salah satu cara lagi adalah seperti yg Chung terangkan.

Menukar tanah Cucur Atap tidaklah begitu rumit seperti yg di gambarkan oleh kebanyakan pemain bonsai.
Ada dua cara yg selalu digunakan.

1. Tanahnya asalnya dibuang 100% dan digantikan dgn tanah yg baru.Akar rambunya boleh dipotong sedikit sebelum ianya di tanam semula.Pastikan ianya berada di tempat teduh sehingga kelihatan pucuknya sudah keluar lebih kurang 2 atau 3 mm baru boleh dipindah ke tempat yg kena cahaya matahari 100%.

2. Cara kedua tanah asalnya hanya dibuang 30% sahaja .Ini bermakna kita hanya perlu membuang 4 atau 5 cm tanah di sekeliling pasu dan 1 atau 2cm di bahagian bawah akar rambunya.Tanah yg di buang bergantung pada saiz pasu.Selepas ditanam semula haruslah berada di tempat teduh seperti cara pertama tadi.Peringatan.Pastikan bonsai itu tidak dibajai sebelum dan selepas menukar pot.Lebih kurang 1 minggu dibawah matahari dan jika di dapati tidak bermasaalah baru boleh dibajai.

S.Bohori
Kenapa pokok kita meranting (mati sesetengah dahannya)

1.    Mengunakan pasir 100% utk menenam pokok memerlukan 3 kali siraman sehari.Pasir tidak dapat memegang kelembapan yg lama.

2. Pembajaan lebih kerap dari menyiram.

3. Tidak mencuci dahan dan ranting yg berkulat.
4. Selalu menyiram di waktu malam.Akar tidak berkerja jika tiada cahaya matahari.Air yg bertangkung bersama baja akan merusakkan akar rambu

5. Pengunaan baja kimia yg agak lebih akan menjadi racun pada pokok

6. Pruning hujung dahan dilakukan serentak dgn membaja.

7. Tidak pernah memberi vitamin B1,amino asid dan TE pada pokok.

8. Tidak pernah menukar tanah sejak dari menanamnya.


S.Bohori
Semasa menukar pot, Cucur Atap tidak boleh di angkat dgn tanahnya tergantung, berat tanah membuatkan beberapa akar tercabut, pasti mana mana dahan yg berkait dgn akar itu mati. Jangan sekali kali menarik terus c atap dari pot lama utk ditukar ke pot baru. Perlulah di support dgn tangan di bahagian bawahnya semasa mengangkat. Saya pernah membuat demo di rumah Noryadi, menukar tanah pokok C Atap Rosli, Jadi saya rasa perkara ini boleh di rujuk kpd SM kita. Jika daunnya berubah menjadi kelabu dan tidak meluruh bermakna dahan itu pasti mati.Jika daunnya meluruh hanya tinggal ranting kemungkinan besar dahan itu masih hidup. Pokok yg bermasaalah mestilah berada di tempat teduh. Walau pun C Atap memerlukan cahaya 100% tetapi saiz pasu mesti diambil kira. Jika saiz pot itu kecil, panas matahari sebelah pagi shj sudah mencukupi untuknya. Walaupun disiram dgn cara yg betul, pengeringan tanah dlm pot yg kecil lebih cepat, apatah lagi jika ditanam dengan pasir.

1. C Atap tidak boleh di gali sembarangan. Terdapat jenis yg lemah dan yg tahan lasak. Yg lemah itu berada di tempat yg bertangkung air semasa hujan dan yg lasak itu berada di tempat yg tidak bertangkung air semasa hujan walaupun di dlm persekitaran yg sama dekat.

2. Pokok yg kelihatan kurang subur di habitat asalnya lebih mudah hidup jika di gali. pokok yg kelihatan subur kebiasaannya susah sedikit (bergantung pada nasib).

3. Pokok di gali bersama tanahnya, ikat tanah dgn plastic atau kain supaya akar rambunya tidak kering dlm perjalanan pulang.
  
4.Boleh di tanam dgn tanah yg sama jenis dengan tempat asalnya.

5.Tanah di tempat asalnya mestilah diambil di permukaannya sahaja iaitu yg berwarna putih(lebih kurang 1cm dipermukaan). Atau pun tempat laluan tayar kereta. Jangan di gali dan mengambil tanah yg berwarna hitam kerana tanah itu boleh mematikan pokok, kecuali di basuh sedikit sampai kelihatan agak putih.

6. Boleh juga ditanam dgn tanah bakar 100%.Pokok yg digali tadi di cuci sampai tidak ada sedikit pun tanah asalnya,dipotong akar mengikut saiz pasu seolah olah pokok itu sudah siap,tetapi ditanam dlm training pot yg agak besar sedikit.

7.simpan pokok tadi ditempat yg teduh tetapi terkena embun.

8.Pastikan tanahnya nampak kering baru di siram tetapi jangan sampai air menitik di bawah pasu. Sprey batang dan dahannya dgn air 3 kali sehari.
9.Apabila tunasnya sudah memanjangL/kurang 3-4 inci bolehlah dialih ke tempat yg terkena cahaya matahari pagi dahulu selama beberapa hari. Jika tiada masaalah bolehlah dialih ketempat 100% sun light.
10. Jika training pot yg kita gunakan tidak mempunyai kaki haruslah di lapik supaya air tidak bertangkung di bahagian bawah pot. Air yg bertangkung boleh menyebabkan pokok mati.

11.Jangan gunakan jaring almari yg lubangnya halus untuk menutup lubang pot. Gunakan jaring hitam taiwan yg khusus utk bonsai.

S.Bohori

PERHATIAN

Boleh mengunakan sebarang jenis tanah asalkan ianya di ayak dan ianya dapat memegang kelembapan yang agak lama. Pokok tidak memerlukan kepada air yg bertangkung tetapi ianya memerlukan kepada kelembapan sahaja. Pokok yg silent death itu bergantung kpd perkara perkara diatas. Selamat mencuba, jangan putus asa. Sekian yg termampu.
Jangan sekali kali menukar tanah semasa pokok sedang berbunga, pokok cukup lemah semasa berbunga, boleh menyebabkan kematian pada pokok. 

" Do it the best you can; do it the best it can be done "

Wednesday, May 30, 2012

Bolehkah Bonsai Cucur Atap di Percayai?

Ramai pemain bonsai amat gerun dengan fenomena pokok cucur atap, lebih lagi kepada pemain baru.Sudah banyak cerita dan pengalaman dari mereka yang lama berkecimpung dengan spesis ini.Rata-rata semua mempunyai cerita yang lebih kurang sama.
Jika ditanya spesis ini kepada bangsa cina, mereka akan kata TIDAK untuk cucur atap, kebanyakan mereka berkata cucur atap hanya boleh hidup untuk 3 tahun sahaja !!.
Benarkah begitu ? atau ada pokok bonsai cucur atap yang telah hidup lebih lama dari itu dan menyamai pokok bonsai dari spesis lainnya.
Dibawah ini saya kongsikan beberapa perbincangan yang telah dicetuskan oleh En Ahmad Ridhuan ( beliau adalah Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Seniman Bonsai Malaysia ) didalam facebooknya.
Sama sama kita menceduk beberapa petua dan amalan berkesan dari mereka yang lebih berpengalaman.

Oleh: Ahmad Ridhuan
19 May 2012

Bolehkah Bonsai Cucur Atap di Percayai?

Pada malam saya membaca soal jawab mengenai cucur atap(Beackea Frutescens) dalam FB. banyak tips penjagaan yang diberi agar pohon hidup dengan subur.Saya terfikir kebenarannya

Pada 15 Mei saya dihubungi oleh seorang sahabat yang memaklumkan cucur atap yang disayanginya mati begitu saja akibat menukar pasu. Pembonsai yang menukar pasu cucur atapnya merupakan seorang yang pakar.Kemudian datang juga sahabat yang lain yang mengalami ma...salah yang serupa semuanya tentang kematian mengejut pokok cucur atap .

Masalah mereka Sama seperti saya pohon Cucur atap saya juga banyak yang mati begitu saja. Ada yang mati akibat menyalin tanah baru.Ada yang mati akibat hujan lebat dan cuaca yang terik,Ada yang mati tanpa apa-apa sebab.Tanda kematian Cucur Atap bermula apabila dahannya mula meranting satu persatu. saya juga telah mencuba pelbagai teknik penanaman dan campuran tanah untuk menyelamatkan pohon namun tidak berjaya.

Pasti ada yang tidak setuju sekiranya saya katakan pokok cucur atap ini tidak boleh dipercayai. Saya merenungi nasibnya dengan hayat Hidupnya yang tidak lama. Saya juga terfikir seolah-olah menjaga bonsai Cucur Atap hanya untuk menunggu saat kematianya tiba. Saya yakin mereka yang sanggup berlapang dada dan jujur akan menerima pandangan saya ini.

Pasti ramai penggiat bonsai baru yang akan mempersoalkan rasionalisasi pandangan saya ini.Kerana itu, biar saya terangkan disini kenapa saya sirahkan Cucur Atap ini memang tidak boleh dipercayai. Saya mengatakan demikian mungkin kerana saya tidak pakar dan saya tidak mahu berangan-angan menjadi pakar. Bonsai cucur atap saya juga tidak pernah menjadi juara. Namun Dalam hidup. saya mempunyai pengalaman tentang pokok ini.

Saya hanya ingin berkata benar berdasarkan pengalaman saya dan rakan-rakan, Pertama lihatlah faktor semulajadi tumbuhnya pohon Cucur atap didalam hutan tidak ada satu pun pohon pokok Cucur atap yang menjadi balak kebanyakan mati dan hidup semula diatas pereputan pohon.Kedua, kitaran hidup dan matinya pohon cucur Atap bermusim. Ketiga. pohon ini sangat manja dan sensitif sekiranya akar halusnya putus maka pohon akan meranting.Keempat.pertukaran tanah bonsai Cucur Atap seolah satu perjudian.Kalau nasib baik pohon akan hidup kalau tidak pohon akan mati begitu saja.

Saya juga berpengalaman mencari mengali dan membentuk pohon jenis ini.Dalam sepuluh pohon yang digali yang hidup mungkin empat dan lima dan setelah setahun lebih ditanam yang tinggal mungkin hanya dua atau tiga sahaja yang lain mati begitu saja.Kadang-kadang yang tinggal pun mati juga setelah bertahun –tahun dipulihara. sebagai seorang penggiat bonsai saya cuma ingin anda semua berfikir. Adakah bonsai Cucur Atap ini boleh dipercayai?

Sambutan dari persoalan beliau telah mendapat respon yang cukup baik dari semua rakan baru dan lama, seperti dibawah ini ( hanya yang berkenaan sahaja ) :

Matyie Janggut :
selamat malam bos,bagi pendapat saya dalam hal cucur atap ni saya pun tak pasti,sama ada dia ni sepises yg macam bos kata atau bagaimana?saya pun dah banyak yg mati dari yg hidup,pelbagai cara saya cuba tapi masih lg gagal,tapi ada juga yg masih hidup sampai hari ini,ada yg dah menjangkau 5 tahun lebih masih hidup lg,saya memang tak faham dengan cucur atap,tapi masih lg mencuba hanya berharap dengan nasib baik sahaja,hari ini ada satu yg mati tampa sbb yg saya tak tahu puncanya,dan yg mati separuh2 pun dah ada juga,oleh sbb itulah saya banyak menyimpan koleksi limau rawit,pendapat bos tentang cucur atap mungkin ada benarnya,atau kita masih belum fahami kehendaknya,tapi bagi pendapat peribadi saya cucur atap ni agak susah bagi saya,saya masih lg menyimpan cucur atap tapi tak mengharapkan sangat,tapi untuk fahaman saya cucur atap ini agak kabur untuk jangka masa panjang,mungkin suatu hari nanti kita akan fahaminya insyaallah.

Norshaidi Mohd Nor:
nasib sama menimpa saya....bg saya CA setakat pelengkap koleksi shja...saya bersetuju dgn pndpt sdra Wan n Matyie jnggut....nak tukar pasu takut,nak cuci abis licin lumat pun takut...so,kaedah saya (jgn tiru) saya biarkan ia hidup dgn lumutnya,daun saja yg digunting..

Anuar Alias :
salam,nak kongsi sikit,maaf le saya tak ade cucur atap,semalam saya ada bertanya tentang media dan penanaman pokok dlm pasu kepada pegawai pertanian dan permasalahan kenapa kdg2 pokok meranting dan mati,atau daun luruh dan gangus pada bebuas,mai tiba2 pada cucur atap,jawapan beliau .terkadang kita terlupa bahawa tanah dlm pasu perlu kpd neutral kembali setelah sekian lama berada dlm pasu dengan lebihan baja yg tidak hancur menyebabkan tanah berasid dan kesan kepada akar rambut(kalau kita guna microskop kepala mcm kpla kita punya tu akan lebam dan rosak disebabkan asid tersebut lalu akar tersebut tidadk dapat menarik zat baja yg sepatutnya ,jika akar yg terlalu sensitif maka dahan,atau ranting tersebut tidak dapat menerima zat dan pemakanan lalu daun meluruh atau dahan/ranting mati dgn tiba2 ,soalan- knp hanya sebahagian shj yg mati-jawapan kemungkinan besar hanya kawasan akar yg berada di dahan tersebut terlalu berasid tidak pada bahagian lain sebab itu hanya disitu shj yg mati,tanah berasid ini tetap terjadi walau bagaimana jenis tanah sekali pun.Cara pembajaan yg salah juga penyebab kepada pokok bermasalah.kita sering membaja dengan kadar yg kita tadak tahu bnyak mana sepatutnya.contoh -saya selalu membaja dlm 2 kali sebulan tapi banyaknya baja adalah penyebab pokok saya bermasalah dan taha berasid.cara letak baja juga ada masalah,contoh saya selalu meletak baja hampir dengan umbi,katanya baja perlu di bibir pasu dan baja hanya sedikit sahaja-kalau guna 8-8-8-8- ktatanya cukup kalau pasu itu daimeternya 12 inci sekitar 9 biji sahaja,ooo gitu saya taruk hampir satu sedu teh setiap 2 minggu.

Anuar Alias :
apa yg perlu kita lakukan setiap 8 bln sekali kalau kita tak mau salin tanah hendaklah taruk kapur gml untuk neutral kembali tanah,dan jika kita tidak guna pasir malang sekadar tanah bakar dan pasir kata peg pertanian seeloknya bakar dahulu dlm tin minyak tanah selama 30 minit pun memadai dan ditutup untuk menghilangkan fungus dan lainya.Mugkin juga cara kita menyiram salah,contoh kita bukan sekadar membekalkan air sebgai keperluan tetapi memandi kanya sehingga lemas,apatahlagi lubang pasu ygtersedia makin menyempit dik habukdan debu serta lebihan baja yg mendap ,menyebabkan semakin kita membaja semakin kurang segar pokok kita.maaf ya itu serba sedikit maklumat yg dapat saya kongsi sebagai pemain baru,sifu2 sekelian tlg betulkan kalau ada yg tersilap dari info saya diatas tlg tambahkan jika da yg kurang,assalamualaikum semua

Mohd Subky :
baik tak soh buat bonsai cucur atap..biarlah ia tumbuh di habitatnya yg semula jadi takut pokok ni akan mati banyak yg membazir kerana ambil cucur atap buat bonsai tapi mapuh kering jah pokok tu.Cucur atap juga perlu hidup dan membiar digeografi habitatnya secara semula jadi dan pemangkin kepaqda hakisan pantai dan membekalkan oksigen kepad manusia...saya sebagai pensyarah geografi alam sekitar fizikal hanya berkongsi ilmu alam kehidupan tumbuhan je.ko guano cgu dhuan.baik cari ibu bonsai dan jumpa ka belum.

Ahmad Ridhuan :
Hebat en subky,pensyarah pakar yg tinggi ilmunya .benar seperti kata pujanga mencintai alam seperti mencintai diri sendiri.utk pengetahuan en subky kami ini hanyalah pencinta yang hanya ingin menyayangi dan memuliakan cucur atap menjadi bonsai yang indah.Kami telah membawanya ke serata negeri dan hebohkan tentang keistimewaannya.Namun cucur atap ini rupanya pandai berpura,kasihnya hanyalah sementara.Ramai yg telah dikecewakan apabila sang kekasih mula menyayanginya sepenuh hati cucur atap akan membunuh dirinya sendiri. tentang ibu bonsai tu kawe no komen. hehehe...

Zahir Aziz Mamantaro:
Dua salam semua... sorry lah sekadar menyampuk. saya ni takde le pandai cuma memandai belaka. saya pernah memiliki cucur atap.. ada yg hidup dan ada yg mati juga la... cuma saya mmg percaya spesis ini sebenarnya mmg boleh dan sesuai dijadikan bonsai. sebenarnya kalau nak bersilat dalam facebook atau menari atas keyboard ni bukan lah jalan terbaik dalam mencari ilmu cucur atap. kalau nak kata pokok ni tak kuat, tgk sendiri pokok yg dipunyai oleh sifu Musbonsai Trg dan Matyie Che Makhtar yg boleh hidup lama dan segar bugar bertahun2... takde masalah pun? saya juga amat setuju dengan apa yg diperkatakan olh sahibus samahah ustaz Anuar Alias tentang "sebab musabab" pokok itu terjadi meranting dan sebagainya. sebenarnya apa yg terjadi selalu dikalangan pemain bonsai adalah bukan kerana pokok tak cantik, tetap KURANGNYA ILMU PERTANIAN.... sama mcm saya lah. berapa ramai yang buat maintenance pada pokok mcm fungiside?? repot??? menjaga komposisi tanah supaya balance pengairan dan pengudaraan?? atau sekadar siram dan taruk baja??? kerana apa yg saya jumpa sebelum ni (berdasarkan pengalaman saya sendiri) apa yg diamalkan adalah bila pokok dah nak mati... dah sakit... baru le sibuk nk repot dan sebagainya. ikut logik akal la... kalau kita sendiri pun manusia... dah kena sakit jantung, tumbang baru sibuk nak makan ubat... apa kah peluang untuk sembuh?? dan juga kalau pokok tgh kurang stabil la... tak sihat.. kalau direpot, potong akar dan sebagainya dah tentu2 la..... wassalam khabarnya... hehehehe....

Zahir Aziz Mamantaro Dua :
ikut pengalaman saya sendiri la, mmg cucur atap saya pernah mati.. namun saya sendiri tidak menyalahkan pokok itu.. tetapi thinking positive... kenapa ia terjadi??? sesuatu pokok tak kan mati tanpa sebab. so buat post mortem, kaji apa sebabnya??? bukan sekdar berkokok menyalahkan spesis pokok.. dan juga kenali sifat pokok tu sendiri... tiap pokok ada karekter sendiri. jgn samakan si jeliti dengan cucur atap.... jeliti lasak, tapi tak boleh main jin..... orang Melaka punya bahasa pun tak sama mcm org negeri lain.... kan?? kan??? so kenalilah hati budi dulu.....

Noryadi Noruddin :
Sebelum ni aku sembelih banyak pokok cucur atap, kalau ada yg ikut Demo Tour aku di seluruh negara, cara pembikinan pokok aku ni mmg semua tahu aku tak akan berlembut dgn pokok yg nak dijadikan bonsai, semua aku buat secara extreme tahap gila babi, habis disondol tp Alhamdulillah tak ada satu pun cucur atap yg mati. Hari ni masa demo di Sanfong Bonsai, aku & Hakam sembelih lagi 2 cucur atap large, bongkah akar dalam besen yg dalam, hancurkan rootball & repot dlm pot senipis 3 inci. Kenapa aku boleh tp korang semua asyik nak salahkan pokok krn kejahilan sendiri. Maaf la bahasa aku mmg kasar krn dgn cara ni lebih menusuk dari cakap lembut lidah.

Noryadi Noruddin :
M Subha, sblm buat repotting pastikan pokok dlm kondisi sihat & kuat terlebih dahulu. Stress semua daun berkadar rata dgn akar yg hidup pokok tu. Daun yg tak di stress berkadar rata dgn akar akan menyumbang kpd kematian bonsai krn daun2/dahan2 masih nak makan tapi akar dh terganggu & tak boleh bekerja utk supply makanan/air ke atas, maka air dari dlm batang akan ditarik dan mengakibatkan kekeringan pokok secara keseluruhan. Kalau dahan yg sudah mempunyai terap siap, prun terap hingga rapat ke ranting. Kalau dahan masih mempunyai mata2 yg di lost terjulur utk besarkan saiz, potong dulu hujung yg terjulur tu..don't worry la saiz dahan tu masih blh membesar dgn pecahan2 generasi perdahanan nanti.

Faizul Bakri Bin Abdullah :
Salam para bonsaist, Tahniah untuk Cikgu Ahmad Ridhuan yang telah membuka ruang perbincangan ini, Saya juga masih mencari dan belajar ilmu perihal cucur atap ni ....masih banyak yang perlu ditokok tambah manakala pengalaman pun tidak sehebat para bonsaist lainnya. Momokkan orang pada saya main limau susah daun mudah kuning, main juniper pun susah tukar tanah pun mati, main wanyang susah juga, tapi peliknya pokok orang lain tak pulak jadi kuning dan mati ? Begitu halnya dengan cucur atap ni, sejauh ini mereka yang saya jumpa didaerah sini kata perkara yang sama, mungkinkah hanya momokkan juga ? Pendapat saya mungkin tak ramai yang benar-benar membuat analisa dari kegagalan dan kejayaan orang lain sebagai panduan atau ramuan dan SENI penjagaannya belum dapat di buktikan dengan tepat....Terima kasih untuk Ustaz Anuar Alias dan Master Noryadi Noruddin yang banyak memberikan tip dan membuat kajian...maafkan saya jika tersilap

Faizul Bakri Bin Abdullah :
Mungkin telah ada bukti dan rekod yang yang lebih jelas diluar sana perihal ketahanan 5 @ 10 @ 15 tahun cucur atap yang ada untuk dijadikan rujukan.....

Matyie Che Makhtar :
Tahniah dan t kasih pada semua peminat bonsai, jangan kerana nila setitik rusak susu sebelanga, C atap lebih kurang sama dgn juniper cara penjagaannya, C atap sebenarnya ada yg besar seperti balak tapi dah jadi kurang kerana banyak dah ditebang oleh pembuat arang, pemilihan bahan dari awal adalah mustahak kerana c atap yg mempunyai banir kecil kebanyakkan kurang lasak tapi yg berbanir besar boleh dikatakan keseluruhannya lasask, saya sendiri pernah ada yg mati tapi seperti yg saya katakan tadi yg mati itu semuanya yg berbanir kecil, pokok yg dlm foto diatas telah saya lihat sendiri akarnya hanya ada dua shj, walaupun dah lama jaga tapi tampa penjagan yg sempurna pokok hanya sekadar idup tapi tak sampai ketahap maksima kesuburannya, Ramai pemain bonsai yg sembunyikan punca pokok mati takut org kata kita masih tak pandai jaga pokok, dari pengalaman saya sebenarnya kebanyakkan pemain bonsai tidak dapat melaksanakan peraturan yg patut kepada bonsai kita, dengan lain perkataan sebenarnya kita tidak ada sivik. Peraturan itu mustahak dlm semua hal, kallau ada yg masih kurang jelas boleh jumpa saya di KL pada 28 hb hingga 3 hb 6 kat SUMMIT,

Abd Halim :
Emm nak beri pandangan kita pun baru gak..tapi tak salah untuk kita kongsikan bersama. Pada pendapat saya kalau kita perhatikan ca ini cepat mengeluarkan akar dan mencecah base basu seterusnya menutupi lubang pasu, walaupun sebenarnya terdapat banyak lagi ruang tanah ditengah tengah. Ini akan menghalang pengairan air dan mematikan pokok. Jadi bila perrhatikan terdapat akar keluar dari bawah pasu... rombakkan pokok ca tu bersama akar akarnya, cuba simpan akar rambut yg putih warnanya... leraikan tanah ditengah tengah dan tanam semula..insyaalah pokok tidak akan mati..

Ahmad Ridhuan :
Terima kasih dengan komen dan juga kritikan sahabat2 semua.Saya menyusun sepuluh jari dan pohon beribu kemaafan sekiranya penulisan saya telah menimbulkan rasa tidak senang hati dalam kalangan kita. Saya faham dan sedia maklum bahawa c.atap adalah bonsai yang popular dan bagi setengah orang, cucur atap sangat istimewa dan bernilai serta menjadi punca pendapatan yang lumayan.

Dalam dunia ini sesiapa saja boleh mempercayai atau tidak mempercayai pokok c atap ini .Dalam kebebasan bersuara pula sesiapa saja boleh berbicara tentang pokok C atap ini.oleh itu di medan terbuka ini (FB) saya hanya inginkan sebuah kejujuran dalam mencari jalan penyelesaian secara benar dan ilmiah demi kemajuan bonsai cucur atap ini di Malaysia.

Mungkin saya gagal dan tidak mempercayai bonsai catap ini kerana kesilapan saya sendiri dalam membuat andaian ,Saya juga akur ilmu pengetahuan saya tentang c.atap hanya peringkat sekolah atap saja.disebabkan ilmu yang tidak seberapa ini, saya sering bertanya didalam diri mengapa dan kenapa Cucur atap yang ditanam pada mulanya subur menjadi tidak subur. Walaupun saya sentiasa konsisten dalam menyuburkannya dengan meletakkan baja yang bersesuaian, selain air dan sinaran matahari yang mencukupi. Saya juga akur mungkin cara ini belum mencukupi untuk menjaga c.atap.

Kaji selidik secara rambang yang saya buat ialah masalah akar C atap kurang produktif.Inilah punca menyebabkan pohon meranting. Yang menghairankan saya media tanaman tidak pula mengalami penyusutan. air pula dapat meresap dan tiada masalah pengudaraan di dalam pasu. Namun mengapa masalah ini terjadi?. jadi Kesimpulan mudah yang saya buat mungkin pokok cucur atap ini sendiri yang bermasalah . jauh disudut hati saya percaya dan yakin dengan kehebatan sifu Bohori dan Sifu Noryadi dan mereka yang berpengalaman.Dengan pengalaman dan ilmu mereka diharap dapat menghuraikan kebuntuan ini. Mungkin juga suatu hari nanti misteri kematian cucur atap ini dapat diselesaikan secara saintifik. ~ sekian

Yang baik jadikan panduan dan sentiasa belajar dan mencari ilmu dari mereka-mereka yang faham dengan habitat semulajadi spesis ini. Mudah-mudahan tidak berlakunya ada perasaan putus asa dengan spesis ini.


"DO NOT MAKES YOUR TREES LOOK LIKE BONSAI BUT MAKE YOUR BONSAI LOOK LIKE TREES" - J.Naka
 " Do it the best you can; do it the best it can be done "

Wednesday, March 14, 2012

MISTERI CUCUR ATAP


~Ridhuan Hj Mohd

Membentuk bonsai Cucur Atap sebenarnya sangat sukar kepada mereka yang tidak mengetahuinya. Seringkali semasa penjagaan dan latihan pokok Cucur Atap yang dimiliki mati begitu saja.Untuk membentuk bonsai Cucur Atap yang baik pula mengambil masa yang lama paling cepat 2 hingga 4 tahun.Keadaan ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Waktu kemenjadian bonsai Cucur Atap juga bergantung pada saiz pokok..Namun begitu terdapat juga cara yang paling cepat untuk memiliki bonsai Cucur Atap idaman iaitu dengan cara membeli pokok yang telah hampir siap dan mengubahnya semula untuk menjadi model atau gaya bonsai yang diingini.


Membentuk bonsai Cucur Atap perlukan kesabaran

Bagi pembonsai yang sukakan cabaran mereka lebih mengemari cara yang pertama tetapi risikonya mereka terpaksa berperang dengan masa kemenjadiannya kadang-kadang semasa proses latihan sebahagian besar cucur atap mereka mati begitu saja dan ada yang meranting.Namun kesabaran menjadikan mereka Berjaya.Bagi pembonsai yang kreatif dan berkemampuan mereka akan membeli bonsai Cucur Atap yang separuh siap ataupun siap sepenuhnya.Namun mereka memerlukan kreativiti untuk membentuk dan menggubahnya menjadi bonsai yang lebih menawan.

  
Pelbagai gaya Cucur Atap yang boleh dilestarikan

Tidak kira kaedah apa pun yang pasti Semuanya demi kepuasan. Kejayaan pembonsai tercapai apabila bonsai Cucur Atap berada dihalaman rumah untuk ditatapi siang dan malam.Menjadi hiasan kepada tetamu yang berkunjung ke rumah.Kenangan akan menjadi bertambah manis apabila Cucur Atap yang dilestarikan sekian lama ditabal sebagai sang juara. Namun cuba anda bayangkan tiba-tiba semua kenangan indah ini hilang sekelip mata apabila bonsai Cucur Atap kesayangan meranting dan mati.Hal ini sangat mendukacita dan sungguh mengecewakan.

Kematian Cucur Atap

Persoalan tentang kematian ini menimbulkan tanda tanya dan sukar untuk dijelaskan.Cucur atap secara semulajadinya merupakan sejenis pokok kecil yang boleh mencapai ketinggian sehingga 6 m. Batang dan dahannya keras serta kuat. Kulit batangnya pula berwarna kelabu, berkeadaan merekah dan berlurah. Daunnya kecil atau halus berwarna hijau seperti jarum, tersusun secara bertentangan dan mengeluarkan aroma bila dihancurkan atau diramas. Tumbuhan ini hidup secara liar dikawasan tanah bris dan juga tumbuh subur ditanah mineral.
Kematian boleh belaku tanpa di duga
Hayat Cucur Atap begitu misteri sehingga kini tiada siapa yang dapat menjangkakan risiko yang bakal berlaku pada bonsai Cucur atap .Dalam asyik membentuk dan melestarikannya tiba-tiba dahan utamanya meranting.Apa yang lebih menghairankan tanpa disedari daun bonsai Cucur atap layu dan mati secara perlahan-lahan walaupun dijaga bagai menatang minyak yang penuh .Ada pembonsai yang berpesan “jangan terkejut Cucur Atap akan mati dalam Iman.Ada juga pembonsai yang sudah serik untuk menanam pohon ini dan menganggap pokok Cucur Atap mempunyai jangka waktu yang singkat untuk hidup.

Faktor hujan yang berpanjangan terutama di musim tengkujuh juga boleh menyebabkan Cucur atap meranting dan mati. Mengapa jadi begini ? Mungkin disebabkan air yang terlalu banyak bertakung menyebabkan daun dan akarnya mereput.Berbagai-bagai persepsi dan alasan tentang hujan dan kematian Cucur Atap namun jawapannya masih dalam kesamaran.


  
Berhati-hati semasa menyiramnya


Semasa proses penyiraman juga dikatakan boleh menyebabkan Cucur atap meranting .Mungkin disebabkan semasa proses siraman yang kuat menyebabkan akar halusnya terputus.Benarkah Akar Cucur Atap ini sangat sensitif sekiranya benar mengapa ada pembonsai yang memberus dan memotong akar Cucur atap semasa merepot tanah dan hasilnya Cucur atapnya bertambah segar. Semasa mencabut rumput didalam pasu juga dikatakan menyebabkan Cucur Atap mati. Mengapa hal ini terjadi?

 Semut dan labah-labah suka bersarang di pokok Cucur Atap
Teori tentang kematian Cucur Atap sebenarnya adalah persepsi sehingga kini tiada siapa pun yang dapat membuktikan secara tepat dan saintifik.Walaupun begitu anda tidak perlu bimbang kerana terdapat pelbagai panduan untuk penjagaan Cucur Atap dan memanjangkan hayatnya.Petua-petua ini penulis dapati daripada Sifu Bohori,En Seri,En Shahidan dan daripada pengalaman kendiri.

Petua untuk terus hidup


•~ Selepas hujan lebat daun cucur atap hendaklah dijentik perlahan-lahan untuk membuang air yang bertakung dicelah daun.

•~ Sekiranya Hujan lebat yang berterusan pokok cucur atap hendaklah diangkat ke tempat yang berbumbung (tak ditimpa hujan)


•~ Pembajaan yang teratur penting untuk tumbesaran pokok dan ramai menganggap bahawa lebih banyak baja digunakan, pokok akan tumbuh dengan lebih subur. Namun, sebenarnya kegunaan baja yang berlebihan boleh menjejaskan kesuburan pokok Cucur Atap dan mungkin boleh menyebabkan pokok mati.


•~ Daun Cucur atap tidak dibiarkan penuh padat berjuntaian sebaliknya digunting dan ada ruang.


•~ Tanah Cucur atap sentiasa diperiksa supaya akar cucur atap sentiasa kemas. Tanah yang longgar akan mewujudkan ruang dan menyebabkan akar tidak sebati dengan tanah.(Caranya menyiram air secara cermat dengan banyak dan mengetuk pasu perlahan-lahan).

•~ Batang cucur atap sentiasa diberus untuk membersihkanya dari kulat ,lumut atau serangga halus (aphid)yang Nampak macam keputihan . Keadaan ini boleh menyebabkan pokok tidak subur

•~ Hindari Cucur atap dari semut dan sarang labah-labah.Perlu dijelaskan bahawa semut tidak mematikan pokok tetapi semut akan mengorek tanah dan mewujudkan ruang pada tanah ini menyebabkan akar cucur atap tergantung pada rongga tanah dan menyebabkan pokok Cucur atap meranting dan mati .

•~ Penyiraman dengan cermat dan berhati-hati. Batang dan daun pokok Cucur Atap juga perlu dibasahkan. Secara umumnya, siraman perlu dibuat dua kali sehari. Waktu yang sesuai untuk penyiraman adalah pada sebelah pagi, selok-eloknya sebelum jam 11 pagi dan di antara jam 3.30 petang hingga 7 malam untuk siraman kedua. Elakkan sama sekali penyiraman pada waktu tengahari

.~ Tempatkan pohon bonsai Cucur Atap di panas terik matahari(memerlukan 100% cahaya matahari)

Ramai antara kita yang percaya bahawa hayat Cucur atap akan bertahan lama.Ini telah dibuktikan oleh pemain bonsai yang telah memiliki bonsai Cucur Atap puluhan tahun usianya dan masih kekal sehingga sekarang.Namun ada di antara kita yang masih ragu dan sukar untuk mempercayainya.Konklusinya terserah kepada diri anda sendiri untuk menilainya.

Walaupun kebolehpercayaan hayat cucur atap sentiasa diragukan namun satu perkara yang perlu diketahui pohon Cucur Atap sebenarnya telah memberi manfaat kepada manusia sejagat. Cucur Atap bukan hanya sekadar bonsai semata.Daunnya telah digunakan sebagai teh herba untuk kesihatan sejak lama dulu. Daunnya juga dikatakan mampu untuk merawat demam, antibakteria dan melancarkan peredaran haid. Ia juga digunakan bagi merawat selsema, sakit kepala, demam campak, uluran dan juandis dengan cara mengasapkan pesakit melalui pembakaran daun kering atau menghidu wap air rebusan daun segar. Minyak patinya yang diperoleh melalui ekstrasi daun, digunakan untuk mengurut bagi menghilangkan sakit urat atau sakit-sakit badan.

Wednesday, March 07, 2012

Cucur Atap ( Beackea Frutescens )

Nama Botani  : Beackea Frutescens

Nama Lain : Cucur Atap, Celoreng Atap, sapu-sapu (indonesia), Xiang Song (taiwan)
Famili : Melastomaceae

Pengenalan
Cucur atap adalah sejenis pokok kecil yang boleh mencapai ketinggian sehingga 6 m. Batang dan dahannya keras serta kuat. Kulit batang berwarna kelabu, berkeadaan merekah dan berlurah. Daunnya kecil atau halus seperti jarum, tersusun secara bertentangan dan mengeluarkan aroma bila dihancurkan atau diramas. Bunga berkeadaan tunggal atau berpasangan, bewarna putih dengan gelang hijau di bahagian tengah yang kemudian bertukar menjadi merah. Tumbuhan ini didapati hidup secara liar dikawasan tanah bris dan juga tumbuh subur ditanah mineral.Ia juga boleh didapati di kawasan pulau dan gunung.

Cucur Atap Pertama yang telah mendapat Anugerah di
Pameran dan Pertandingan Bonsai Kuantan

Di Malaysia untuk ketika ini, pohon cucur atap terbaik adalah dari beberapa daerah didalam Negeri Terengganu.Ada sedikit perbezaan antara cucur atap Pulau, darat, pinggiran pantai. Cucur atap yang hidup di pinggiran pantai punyai daun dan batangnya adalah lebih baik dan menarik.


Kegunaan
Khasiat dan Kegunaan Secara tradisi digunakan sebagai teh herba untuk kesihatan. Daunnya dikatakan mempunyai keupayaan untuk merawat demam, antibakteria dan melancarkan peredaran haid. Ia juga digunakan bagi merawat selsema, sakit kepala, demam campak, uluran dan juandis dengan cara mengasapkan pesakit melalui pembakaran daun kering atau menghidu wap air rebusan daun segar. Minyak patinya yang diperoleh melalui ekstrasi daun, digunakan untuk mengurut bagi menghilangkan sakit urat atau sakit-sakit badan.

Struktur Batang pohon Juniper

Cucur Atap dalam proses
pembentukan ranting




Pohon cucur atap milik Cikgu Zu

Cucur Atap Large milik
SM Noryadi
yang pernah
mendapat anugerah PM
  
Cucur Atap milik
Sifu Bohori
yang mendapat
Anugerah Emas pada
tahun 2012 di
Pameran dan Keunikan
Bonsai dan
Pameran Bonsai dan Okid



Cucur Atap Large milik
Sifu Mushadat






  
"DO NOT MAKES YOUR TREES LOOK LIKE BONSAI BUT MAKE YOUR BONSAI LOOK LIKE TREES" - J.Naka
" Do it the best you can; do it the best it can be done "

Friday, February 10, 2012

Mencari Khazanah Berharga

Oleh Dwan@bonsaikita


CUCUR ATAP KHAZANAH ALAM PALING BERHARGA

Keunikan dan kehebatan bonsai Cucur Atap kini sudah terkenal seantereo dunia. Semasa Mr Robert Steven datang ke Kelantan beliau membawa pulang bonsai Cucur Atap untuk dijadikan kenangan.Bonsai Cucur Atap juga kini di bawa ke Hawai. Lihatlah, pandanglah dan berfikir sejenak sudah pasti kita semua sependapat bahawa pokok Cucur Atap begitu sempurna dijadikan bonsai sehingga memukau pandangan mata.Lebih istimewa lagi pokok Cucur Atap yang berharga ini adalah warisan alam yang dikatakan hanya terdapat di bumi Terengganu sahaja. Spesis istimewa anugerah tuhan ini merupakan khazanah yang berharga .

Cucur Atap dalam proses pembentukan
 ranting
Hujung minggu yang lalu penulis bersama team Bonsai Kita menjejaki pokok Cucur Atap di sekitar daerah Besut hingga ke Merang Terengganu. Sepanjang perjalanan Spesis ini terus unggul mendominasi kawasan persisiran pantai saujana mata memandang.Perjalanan kami terhenti di setiap kawasan Cucur Atap untuk mencari pokok Cucur Atap yang boleh dijadikan base bonsai yang sempurna. Walaupun beribu pohon Cucur Atap dihadapan mata namun untuk mendapat base pokok yang sempurna agak sukar “hanya jauhari saja yang mengenal manikam”



Kehidupan "nature" Cucur Atap
Rimbunan Cucur Atap


'Nature' pokok Cucur Atap tumbuh dalam kumpulan yang besar tanpa ada persaingan di antara satu sama lain. Pokok Cucur Atap di sini seolah-olah bersama –sama mendapatkan cahaya matahari(fotosintesis), respiratori dan transpirasi. Teringat penulis kepada artikel tentang Pokok yang menyatakan bahawa proses-proses inilah secara ringkasnya menghasilkan makanan, tenaga, menolong pengedaran bahan mineral ke seluruh bahagian pokok serta menyejukkan pokok apabila hari panas. Justeru penulis merasakan faktor inilah yang menyebabkan pokok Cucur Atap terus bertahan dan hidup subur di sini.




Pelbagai gaya bonsai Cucur Atap boleh digubah





Dalam hutan Cucur Atap penulis mendapati tidak terdapat pokok Cucur Atap besar seperti balak (pokok saka) yang ada hanya bersaiz (ukur lilit batang ) yang sederhana.Kebanyakan pohonnya yang mati akan ada pohon Cucur Atap yang tumbuh diatas pohon yang mati.Seperti diari yang terakam indah dalam falsafah bonsai ‘dalam mati ada hidup dalam hidup ada mati’.Persoalan mula bermain difikiran penulis adakah hayat cucur atap ini panjang di kawasannya?.Kebanyakan pohon cucur atap tumbuh meliar seperti bonsai besar (Saiz besar) yang digubah bebas oleh alam.Terdapat juga pencinta bonsai yang menggambil pokok yang sebegini (4 hingga 5 kaki) tanpa diubah suai untuk dijadikan pokok hiasan. (maaf penulis lebih selesa menggunakan kaki untuk ukuran pokok)



Pastikan pokok Cucur Atap diletakkan ke dalam kain atau guni diikat kemas

Untuk mendapatkan pokok Cucur Atap sangat mudah kerana tanahnya berpasir.Pokok Cucur Atap lebih selamat(untuk hidup) sekiranya diambil dengan tanahnya sekali.Biasanya kami akan mengergaji tanah (guna gergaji untuk memutuskan akar )di sekeliling pohon cucur atap,kemudian pohon Cucur Atap boleh diangkat dari tempatnya diletakkan ke dalam kain atau guni dikat kemas dengan tali. Untuk pengetahuan anda pohon Cucur Atap tidak mempunyai akar tunjang.Selepas pulang ke rumah proses penanamannya perlu dilakukan dengan segera iaitu dengan menggunakan medium pasir saja. Anda perlu menyiram dengan air yang banyak supaya pasir akan mendap ke dalam pasu dan pastikan dijolok atau ditekan pasir supaya tidak ada ruang kosong di antara akar dan pasir .Letakkan pohon cucur atap yang baru di tanam di tempat yang teduh, selepas 2 hingga 3 minggu pucuk baru akan bertunas.

Sebenarnya pohon cucur atap mudah hidup sekiranya kita tahu petua untuk mengambilnya dan cara untuk menanamnya ke dalam pasu . Mungkin ada di antara kita yang pernah mendengar dan mempercayai kata-kata bahawa hanya orang tertentu yang mempunyai ‘tangan yang sejuk’ atau green fingers yang boleh menanam pokok dengan jayanya. Adakah anda mempercayainya Sebenarnya setiap pokok mempunyai keperluannya yang tersendiri untuk hidup subur dan cantik sentiasa. Keperluan yang dimaksudkan itu ialah jenis pokok yang ditanam, kekerapan siraman air, dedahan kepada cahaya matahari serta jenis baja dan kekerapan pembajaan yang sesuai untuknya tumbuh subur.

Jadi kata-kata “tangan yang sejuk” mungkin hanyalah sekadar retorik sindiran kepada mereka yang malas berkebun.

Sekiranya ada kelapangan bolehlah anda mencuba mencari dan mendapatkan sepesis Cucur Atap ini. Orang jauh (luar Negara) memujanya kita yang dekat masih diulit mimpi. Ayuh! mari semua kita ke sana mencari cucur atap impian Semuanya percuma untuk anda. Tepuk dada tanya selera. Hanya kreativiti seni yang diperlukan untuk menjadikannya pokok bonsai yang menarik.



"DO NOT MAKES YOUR TREES LOOK LIKE BONSAI BUT MAKE YOUR BONSAI LOOK LIKE TREES" - J.Naka "
Do it the best you can; do it the best it can be done "