Wednesday, February 08, 2012

SM Noryadi PSBM


Noryadi Bin Noruddin

Naib Presiden 1 Persatuan Seniman  Bonsai Malaysia

Bonsai Dan Noryadi Bagai Lagu dan Irama

Noryadi Noruddin, , ialah antara anak Melayu yang begitu komited dengan seni bonsai. Beliau jatuh cinta dengan keunikan seni bonsai ini ketika menuntut di Institut Teknologi Mara (kini dikenali sebagai UiTM) pada 1997.

Pokok-pokok bonsai ini adalah antara koleksi bonsai Noryadi Noruddin yang kesemuanya berjumlah 150 pokok. Di kiri ialah Pokok Kayu Hitam (nama saintifik Maba Buxifolia) sementara di bawah ini ialah Pokok Beruas atau nama saintifiknya "Premna Microphylla".


Sebelum bonsai, beliau meminati seni lukisan dan seni pembuatan. Noryadi juga gemar berkunjung ke tapak-tapak semaian kerana tumbuhan dan bunga-bungaan baginya memberi ketenangan.

Aktif pada 2003, Noryadi telah berjaya memenangi beberapa anugerah dalam pertandingan bonsai peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Pencapaian dan Anugerah :

Pertandingan Mini Bonsai di Chan Shu She Yuen Association, Kuala Lumpur pada November 2008. Bonsai Noryadi dari spesies Buxus Harlandii mendapat tempat ketiga dalam kategori saiz kecil.


Pada Jun 2009, di Pameran & Pertandingan Bonsai & Suiseki Peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur, bonsai beliau daripada spesies Beackea Frutescens (Cucur Atap) mendapat dua anugerah berganda dalam kategori saiz besar iaitu Excellent Award (tempat pertama) dan Creative Award (anugerah khas untuk kreativiti dalam pembuatan bonsai).


Ogos 2009 di mana empat bonsainya memenangi empat anugerah.

Tahun 2012 acara terbesar yang mana beliau adalah salah seorang organizer yang bertungkus lumus demi untuk menjayakan Pameran Keunikan Bonsai 2012 di Muzium Alam Semulajadi .












Do it the best you can; do it the best it can be done "

No comments:

Post a Comment