Friday, February 03, 2012

Pertandingan Simulasi Bonsai ABRC 2012



PERTANDINGAN SIMULASI BONSAI 2012

         Bersempena dengan acara Asean Bonsai Race 2012, Persatuan Seniman Bonsai Malaysia akan mengadakan Pertandingan Simulasi Bonsai 2012. Tujuan pertandingan ini adalah untuk memberi pendedahan awal dalam proses menghasilkan sebuah karya Seni Bonsai yang unggul.

Pemilihan bahan : Sifu Bohori ( memilih 3 bahan untuk simulasi kali ini )

Bahan untuk simulasi akan dimuat naik ke dalam facebook Persatuan Seniman Bonsai Malaysia dan diedarkan kepada AJK setiap zon.

Lelongan bahan berserta dengan simulasinya akan dibuka kepada semua peserta pada hari penutup acara Asean Bonsai Race 2012.

Peraturan pertandingan.

SPESIFIKASI

1. Format
                Reka cipta simulasi asal hendaklah disediakan dalam bentuk cetakan di atas kertas A4 atau format JPEG dimuat naik kedalam facebook Persatuan Seniman Bonsai Malaysia.

2. Rasional Reka Bentuk
               Setiap simulasi yang dicipta haruslah disertakan dengan penerangan dan motif simulasi tersebut.

3. Kaedah simulasi
               3.1-Simulasi berwarna atau hitam putih boleh diterima.
               3.2-Simulasi melalui lukisan tangan atau komputer juga boleh diterima.

4. Keaslian simulasi
               Reka bentuk simulasi mestilah asli dan tidak boleh ditiru atau diambil daripada mana-mana sumber seperti majalah , laman web dan sebagainya.JIka ada peserta melanggar peraturan ini , penyertaannya akan di batalkan dengan serta merta.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1-Tarikh pertandingan :
                              Dari 13hb Jan hingga 9hb Mac 2012

2-Tarikh tamat penyertaan :
                              7hb Mac 2012 : 3:00 ptg ( Melalui facebook PSBM )
                              9hb Mac 2012 : 3:00 ptg ( Tanpa facebook )

3-Penyertaan :
                                   Terbuka kepada semua pemain dan peminat Bonsai,

4-Yuran penyertaan :
                                   Percuma

5-Jumlah penyertaan :
                                  5 penyertaan maksima setiap peserta untuk setiap bahan. Jika peserta yang sama mempunyai lebih dari 1 simulasi untuk satu bahan pada pusingan akhir, pihak juri berhak untuk memilih hanya satu (1) sahaja simulasinya yang terbaik.

6. Nama penuh , nombor ahli PSBM ( jika ahli ) atau No. IC hendaklah di tulis dibelakang hasil karya simulasi tersebut. Bagi peserta yang bertanding melalui facebook PSBM hendaklah menyatakan Nama Penuh dan No. IC di bawah gambar yang dimuat naik.

7. Peserta hendaklah memastikan keaslian simulasi yang dicipta terpelihara. Pihak Jawatankuasa pertandingan tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga ke atas hakcipta simulasi tersebut.

8. Setiap penyertaan simulasi yang diterima tidak akan dipulangkan dan akan menjadi hak milik Persatuan Seniman Bonsai Malaysia.

PENGADILAN

1-Setiap penyertaan akan dinilai dari aspek konsep, kreativiti, dan keaslian oleh satu panel juri yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan.

                                 1.1-Ketua Juri : Sifu Bohori
                                 1.2-Juri : Raja Kelana , xxxxxx, xxxxxx

2. Keputusan Juri adalah muktamad. Segala bentuk bantahan tidak akan dilayan.

HADIAH

1-Simulasi terbaik berserta sijil penghargaan

2-Hadiah Khas Juri berserta sijil penghargaan

3-Sijil penghargaan untuk 20 peserta terbaik.

Gambar 1 ( Bebuas ) dan Simulasi Asas dari Sifu Bohori ( Bertanda merah adalah dahan yang masih hidup

Gambar 2 ( Bebuas ) dan Simulasi asas

Gambar 3 ( cucur atap ) dan Simulasi asas


"DO NOT MAKES YOUR TREES LOOK LIKE BONSAI BUT MAKE YOUR BONSAI LOOK LIKE TREES" - J.Naka
" Do it the best you can; do it the best it can be done "

2 comments:

  1. Cool !!! One of the grand bonsai event in Malaysia will be held in Terengganu. I like it. Cheers !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mr Thomas Peng ,
      If you have any simulation idea , please send it to me or you can bring it together on 9th March and submit to Sifu Bohori.

      Thank You..
      Cheers !!!

      Delete