Showing posts with label Bonsai Kita (recovery). Show all posts
Showing posts with label Bonsai Kita (recovery). Show all posts

Tuesday, April 12, 2016

KAEDAH 'Sincronize' DALAM PEMBONSAIAN

Kaedah 'Sincronize' dalam pembonsaian ( penyetaraan masa)
Oleh ~ridhuan hj mohamad (BONSAI KITA)

Sir Isaac Newton menyatakan masa itu adalah linear dan sebahagian dari struktur asas alam semesta dan masa juga merupakan sesuatu yang boleh diukur. Ini merupakan satu pandangan yang realis, Sebenarnya misteri masa paling rumit untuk dijelaskan. Tidak ada seorangpun dalam dunia ini yang dapat memberitahu kita secara tepat apakah itu masa. Secara amnya, masa hanya dapat didefinasikan sebagai suatu tempoh atau jangka waktu.Kebolehan mengukur masa sangat penting dalam menyempurnakan kemenjadian bonsai.Sekiranya anda diberi sebuah buku panduan penghasilan bonsai adakah anda mampu untuk menghasilkan sepohon bonsai yang sempurna.? Tahukah anda bahawa penghasilan sesebuah karya bonsai mengambil masa dan disiplin yang lama.

Masa menjadi ukuran kematangan pohon bonsai

Pemain-pemain bonsai yang berpengalaman akan tetap sabar membentuk dan menanti masa untuk kesempurnaan hasil bonsai mereka. Penggiat-penggiat bonsai yang terkenal seperti Mohd Bohori, Noryadi Norudin, Hj Abd Halim Salleh, Budi Sulistyo, Robert Steven, Agus Wijanarko,dan yang lain-lain telahpun menggunakan konsep masa dalam penghasilan bonsai mereka. Masa telah lama menjadi subjek utama dalam seni,falsafah dan sains bonsai mereka.

Selama manakah sepohon bonsai dapat disiapkan?
Ukuran masa sebenarnya telah menjadi ukuran ahli-ahli bonsai sejak lama dahulu dan masa telah memberi cabaran yang hebat dalam seni ini . Persoalan yang sering ditanya dalam menghasilkan sesebuah pohon bonsai ialah bilakah masa pertumbuhan tunas yang membentuk dahan dan ranting, Bilakah masa dimeter ukur lilit dahan yang sesuai untuk dililitkan kawat dan boleh dilenggokkan .Berapakah cm panjang dahan yang sesuai untuk dipotong. Tumbesaran pohon pula berbeza masa antara satu jenis dengan jenis yang lain

Bilakah masanya ukurlilit(dimeter) yang sesuai untuk dimasukkan kawat

Kadangkala aktiviti kehidupan seharian ahli bonsai melibatkan kumpulan orang yang menjalankan aktiviti bonsai di sesuatu tempat atau daerah yang sama malah ada yang menanam dengan tempoh yang sama tetapi mengapakah masa pembentukan bonsai mereka berbeza?. Walaupun dari sudut jenis, media tanah,pembajaan dan penyiraman yang serupa

Apakah benar masa menjadi benda ukuran objektif dalam dunia bonsai atau ia hanya sebahagian dari retorik sistem ukuran minda . Benarkah hanya mereka yang pakar tahu masa yang tepat untuk menanam,membentuk,membaja dan menukar tanah? Adakah masa "benda sebenar" yang "melingkari pembentukan bonsai ", atau ia hanya lebih dari cara becakap tentang bonsai yang bertujuan untuk mengukur peristiwa penting yang terjadi semasa pembentukan bonsai?

Walau bagaimana cara sekalipun kita tidak mungkin dapat menghasilkan lenggok dahan yang berseni sekiranya kita tidak mengetahui bilakah masa pembentukannya. Bonsai yang dihasilkan juga tidak akan menjadi. Seringkali pemain yang melepasi masa, dahan yang tumbuh terlalu keras dan sukar dibentuk lagi. Ini menyebabkan pemain terpaksa memotong kembali dahan untuk dijadikan 'base' asal semula.
Pemain bonsai yang ketinggalan ini akan menunggu kembali detik pertumbuhan dahan dan ranting untuk dibentuk semula. Ini merugikan masa

Bilakah masa untuk pemuliharaan semula batang, dahan, ranting serta daun? Bilakah masa pembajaan dan repoting tanah ?
Kesimpulannya kepada pemain-pemain baru anda perlu dan mesti mengetahui kaedah ‘Sincronize’/penyetaraan masa. Bilakah masa dahan (dimeter yang sesuai)membesar dan boleh dikawatkan dan bilakah masa (panjang(cm) dahan) perlu dipotong. Bilakah pula untuk membentuk ranting-ranting dan memurnikan daun-daunnya. Justeru pemain-pemain yang baru perlu berlajar dengan (SIFU) yang berpengalaman. Inilah soalan dasar yang harus anda bertanya dan ketahui dulu sebelum membentuk pohon bonsai anda. Sekiranya tidak anda pasti akan keliru selama bertahun-tahun. Untuk mengayakan pohon bonsai tidaklah sesukar mana kerana anda boleh adaptasikan gaya bonsai daripada buku- buku atau majalah-majalah bonsai tetapi untuk mengetahui masa membentuk memerlukan mereka yang benar-benar berpengalaman untuk membantu anda.

Kaedah 'Sincronize' dalam bonsai perlu dipelajari!
fikir-fikirkan kaedah ‘Sincronize’ ini dalam bonsai. Mungkin di suatu hari nanti ada di antara kita yang dapat menghasilkan teori 'sincronize' (penyetaraan masa) dalam pembentukan bonsai .Teori ini pula boleh dijadikan panduan dan rujukan berguna kepada kita semua !!


" Do it the best you can; do it the best it can be done "

TANYA SAMA SIFU

oleh~Noryadi Noruddin
Soalan dari saudara Adnan pada 17/12/2009 :
1- Ada tak teknik mudah/betul nak liukkan Juniper yg batang/dahannya yang bersaiz besar  i.e. 1-4 inci. ?
   Bolehkah teknik pemotongan ½ atau ¾ boleh diapplykan bagi memudahkan batang/dahan dibengkokkan. ?
2- Apakah characteristic of Juniper. ?
3- Teknik2 membuat Jin/Shari ?
4- Jenis2 Juniper yg biasa dimainkan di Malaysia. ?

Jawapan :
Keluarga Juniper mempuyai beberapa spesis tapi spesis yg paling digemari di peringkat global adalah dari jenis Sinensis. Pada pengamatan dan pengalaman saya, Juniperus Sinensis ini adalah spesis yg tahan lasak dan usianya boleh menjangkau ratusan tahun (Rujuk lampiran gambar di bawah)

Antara teknik meliuk batang/dahan juniper adalah dgn membuat patahan terhadap dahan/batang dan meliuk batang/dahan tersebut. Patahan boleh dilakukan di beberapa tempat di atas sesuatu pohon itu. Patahan tersebut dibiarkan utk beberapa tahun dan kulit hidup akan membengkak mengikut liukan patahan dahan/batang tersebut (Rujuk lampiran gambar di bawah)

Penjagaannya cukup senang. Utk pokok2 Juniper Sinensis kepunyaan saya,saya cuma membuat siraman harian kpd daun2nya sahaja (spray), siraman tanah cuma dilakukan sekali dlm 3 hari krn Juniper Sinensis tidak memerlukan air yg banyak. Pembajaan pula saya gunakan dari jenis slow release dan folliar. Repotting saya lakukan setiap 2 tahun dgn mencuci keseluruhan akar tanpa menyimpan root-ball. Media volcanic soil yg ditapis halus digunakan bersesuaian dgn akar Juniper yg mempunyai banyak akar rambut.
(Rujuk lampiran gambar di bawah)



Secara ringkasnya, teknik membuat Jin/Shari utk Juniper dari spesis Sargent/Sinensis adalah seperti berikut :-
Ø Rangka design yg diinginkan secara berhati-hati
Ø Pemilihan bahagian pokok utk dijadikan bahagian hadapan. Langkah ini penting utk memastikan design yg akan dilaksanakan adalah sempurna dan harmoni.
Ø Cuci permukaan kulit pokok utk mengenal pasti aliran/pergerakan.
Ø Tandakan/buat garisan utk mencari saluran batang yg akan dibuat shari.
Ø Tanggalkan kulit pada dahan sehingga menampakkan jin
Ø Cungkil kulit pada saluran batang
Ø Ukiran shari mestilah mengikut aliran urat kayu (wood fiber)
Ø Semasa mengukir, simpan kayu tua yg berwarna coklat di saluran batang yg ingin dijadikan shari sebaik mungkin dan buang kayu yg lebih muda yg berwarna putih.
Ø Guna alat2 ukiran traditional utk mendapatkan kesan yg lebih halus dan peralatan mesin/grinder utk proses finishing.
Ø Jgn buat jin/shari jika pokok baru direpot krn ia berada dlm keadaan lemah krn perakarannya terganggu.
Ø Paling bagus dibuat jin/shari utk pokok yg sudah berada di dlm pot selama 4-5 tahun krn belum sudah cukup keras berbanding pokok yg berada di dalam tanah.
Ø Sebaiknya latih dulu perdahanan yg ingin dijadikan jin agar kecantikannya lebih terserlah.

(Rujuk lampiran gambar di bawah)



" Do it the best you can; do it the best it can be done "