Wednesday, May 30, 2012

Bolehkah Bonsai Cucur Atap di Percayai?

Ramai pemain bonsai amat gerun dengan fenomena pokok cucur atap, lebih lagi kepada pemain baru.Sudah banyak cerita dan pengalaman dari mereka yang lama berkecimpung dengan spesis ini.Rata-rata semua mempunyai cerita yang lebih kurang sama.
Jika ditanya spesis ini kepada bangsa cina, mereka akan kata TIDAK untuk cucur atap, kebanyakan mereka berkata cucur atap hanya boleh hidup untuk 3 tahun sahaja !!.
Benarkah begitu ? atau ada pokok bonsai cucur atap yang telah hidup lebih lama dari itu dan menyamai pokok bonsai dari spesis lainnya.
Dibawah ini saya kongsikan beberapa perbincangan yang telah dicetuskan oleh En Ahmad Ridhuan ( beliau adalah Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Seniman Bonsai Malaysia ) didalam facebooknya.
Sama sama kita menceduk beberapa petua dan amalan berkesan dari mereka yang lebih berpengalaman.

Oleh: Ahmad Ridhuan
19 May 2012

Bolehkah Bonsai Cucur Atap di Percayai?

Pada malam saya membaca soal jawab mengenai cucur atap(Beackea Frutescens) dalam FB. banyak tips penjagaan yang diberi agar pohon hidup dengan subur.Saya terfikir kebenarannya

Pada 15 Mei saya dihubungi oleh seorang sahabat yang memaklumkan cucur atap yang disayanginya mati begitu saja akibat menukar pasu. Pembonsai yang menukar pasu cucur atapnya merupakan seorang yang pakar.Kemudian datang juga sahabat yang lain yang mengalami ma...salah yang serupa semuanya tentang kematian mengejut pokok cucur atap .

Masalah mereka Sama seperti saya pohon Cucur atap saya juga banyak yang mati begitu saja. Ada yang mati akibat menyalin tanah baru.Ada yang mati akibat hujan lebat dan cuaca yang terik,Ada yang mati tanpa apa-apa sebab.Tanda kematian Cucur Atap bermula apabila dahannya mula meranting satu persatu. saya juga telah mencuba pelbagai teknik penanaman dan campuran tanah untuk menyelamatkan pohon namun tidak berjaya.

Pasti ada yang tidak setuju sekiranya saya katakan pokok cucur atap ini tidak boleh dipercayai. Saya merenungi nasibnya dengan hayat Hidupnya yang tidak lama. Saya juga terfikir seolah-olah menjaga bonsai Cucur Atap hanya untuk menunggu saat kematianya tiba. Saya yakin mereka yang sanggup berlapang dada dan jujur akan menerima pandangan saya ini.

Pasti ramai penggiat bonsai baru yang akan mempersoalkan rasionalisasi pandangan saya ini.Kerana itu, biar saya terangkan disini kenapa saya sirahkan Cucur Atap ini memang tidak boleh dipercayai. Saya mengatakan demikian mungkin kerana saya tidak pakar dan saya tidak mahu berangan-angan menjadi pakar. Bonsai cucur atap saya juga tidak pernah menjadi juara. Namun Dalam hidup. saya mempunyai pengalaman tentang pokok ini.

Saya hanya ingin berkata benar berdasarkan pengalaman saya dan rakan-rakan, Pertama lihatlah faktor semulajadi tumbuhnya pohon Cucur atap didalam hutan tidak ada satu pun pohon pokok Cucur atap yang menjadi balak kebanyakan mati dan hidup semula diatas pereputan pohon.Kedua, kitaran hidup dan matinya pohon cucur Atap bermusim. Ketiga. pohon ini sangat manja dan sensitif sekiranya akar halusnya putus maka pohon akan meranting.Keempat.pertukaran tanah bonsai Cucur Atap seolah satu perjudian.Kalau nasib baik pohon akan hidup kalau tidak pohon akan mati begitu saja.

Saya juga berpengalaman mencari mengali dan membentuk pohon jenis ini.Dalam sepuluh pohon yang digali yang hidup mungkin empat dan lima dan setelah setahun lebih ditanam yang tinggal mungkin hanya dua atau tiga sahaja yang lain mati begitu saja.Kadang-kadang yang tinggal pun mati juga setelah bertahun –tahun dipulihara. sebagai seorang penggiat bonsai saya cuma ingin anda semua berfikir. Adakah bonsai Cucur Atap ini boleh dipercayai?

Sambutan dari persoalan beliau telah mendapat respon yang cukup baik dari semua rakan baru dan lama, seperti dibawah ini ( hanya yang berkenaan sahaja ) :

Matyie Janggut :
selamat malam bos,bagi pendapat saya dalam hal cucur atap ni saya pun tak pasti,sama ada dia ni sepises yg macam bos kata atau bagaimana?saya pun dah banyak yg mati dari yg hidup,pelbagai cara saya cuba tapi masih lg gagal,tapi ada juga yg masih hidup sampai hari ini,ada yg dah menjangkau 5 tahun lebih masih hidup lg,saya memang tak faham dengan cucur atap,tapi masih lg mencuba hanya berharap dengan nasib baik sahaja,hari ini ada satu yg mati tampa sbb yg saya tak tahu puncanya,dan yg mati separuh2 pun dah ada juga,oleh sbb itulah saya banyak menyimpan koleksi limau rawit,pendapat bos tentang cucur atap mungkin ada benarnya,atau kita masih belum fahami kehendaknya,tapi bagi pendapat peribadi saya cucur atap ni agak susah bagi saya,saya masih lg menyimpan cucur atap tapi tak mengharapkan sangat,tapi untuk fahaman saya cucur atap ini agak kabur untuk jangka masa panjang,mungkin suatu hari nanti kita akan fahaminya insyaallah.

Norshaidi Mohd Nor:
nasib sama menimpa saya....bg saya CA setakat pelengkap koleksi shja...saya bersetuju dgn pndpt sdra Wan n Matyie jnggut....nak tukar pasu takut,nak cuci abis licin lumat pun takut...so,kaedah saya (jgn tiru) saya biarkan ia hidup dgn lumutnya,daun saja yg digunting..

Anuar Alias :
salam,nak kongsi sikit,maaf le saya tak ade cucur atap,semalam saya ada bertanya tentang media dan penanaman pokok dlm pasu kepada pegawai pertanian dan permasalahan kenapa kdg2 pokok meranting dan mati,atau daun luruh dan gangus pada bebuas,mai tiba2 pada cucur atap,jawapan beliau .terkadang kita terlupa bahawa tanah dlm pasu perlu kpd neutral kembali setelah sekian lama berada dlm pasu dengan lebihan baja yg tidak hancur menyebabkan tanah berasid dan kesan kepada akar rambut(kalau kita guna microskop kepala mcm kpla kita punya tu akan lebam dan rosak disebabkan asid tersebut lalu akar tersebut tidadk dapat menarik zat baja yg sepatutnya ,jika akar yg terlalu sensitif maka dahan,atau ranting tersebut tidak dapat menerima zat dan pemakanan lalu daun meluruh atau dahan/ranting mati dgn tiba2 ,soalan- knp hanya sebahagian shj yg mati-jawapan kemungkinan besar hanya kawasan akar yg berada di dahan tersebut terlalu berasid tidak pada bahagian lain sebab itu hanya disitu shj yg mati,tanah berasid ini tetap terjadi walau bagaimana jenis tanah sekali pun.Cara pembajaan yg salah juga penyebab kepada pokok bermasalah.kita sering membaja dengan kadar yg kita tadak tahu bnyak mana sepatutnya.contoh -saya selalu membaja dlm 2 kali sebulan tapi banyaknya baja adalah penyebab pokok saya bermasalah dan taha berasid.cara letak baja juga ada masalah,contoh saya selalu meletak baja hampir dengan umbi,katanya baja perlu di bibir pasu dan baja hanya sedikit sahaja-kalau guna 8-8-8-8- ktatanya cukup kalau pasu itu daimeternya 12 inci sekitar 9 biji sahaja,ooo gitu saya taruk hampir satu sedu teh setiap 2 minggu.

Anuar Alias :
apa yg perlu kita lakukan setiap 8 bln sekali kalau kita tak mau salin tanah hendaklah taruk kapur gml untuk neutral kembali tanah,dan jika kita tidak guna pasir malang sekadar tanah bakar dan pasir kata peg pertanian seeloknya bakar dahulu dlm tin minyak tanah selama 30 minit pun memadai dan ditutup untuk menghilangkan fungus dan lainya.Mugkin juga cara kita menyiram salah,contoh kita bukan sekadar membekalkan air sebgai keperluan tetapi memandi kanya sehingga lemas,apatahlagi lubang pasu ygtersedia makin menyempit dik habukdan debu serta lebihan baja yg mendap ,menyebabkan semakin kita membaja semakin kurang segar pokok kita.maaf ya itu serba sedikit maklumat yg dapat saya kongsi sebagai pemain baru,sifu2 sekelian tlg betulkan kalau ada yg tersilap dari info saya diatas tlg tambahkan jika da yg kurang,assalamualaikum semua

Mohd Subky :
baik tak soh buat bonsai cucur atap..biarlah ia tumbuh di habitatnya yg semula jadi takut pokok ni akan mati banyak yg membazir kerana ambil cucur atap buat bonsai tapi mapuh kering jah pokok tu.Cucur atap juga perlu hidup dan membiar digeografi habitatnya secara semula jadi dan pemangkin kepaqda hakisan pantai dan membekalkan oksigen kepad manusia...saya sebagai pensyarah geografi alam sekitar fizikal hanya berkongsi ilmu alam kehidupan tumbuhan je.ko guano cgu dhuan.baik cari ibu bonsai dan jumpa ka belum.

Ahmad Ridhuan :
Hebat en subky,pensyarah pakar yg tinggi ilmunya .benar seperti kata pujanga mencintai alam seperti mencintai diri sendiri.utk pengetahuan en subky kami ini hanyalah pencinta yang hanya ingin menyayangi dan memuliakan cucur atap menjadi bonsai yang indah.Kami telah membawanya ke serata negeri dan hebohkan tentang keistimewaannya.Namun cucur atap ini rupanya pandai berpura,kasihnya hanyalah sementara.Ramai yg telah dikecewakan apabila sang kekasih mula menyayanginya sepenuh hati cucur atap akan membunuh dirinya sendiri. tentang ibu bonsai tu kawe no komen. hehehe...

Zahir Aziz Mamantaro:
Dua salam semua... sorry lah sekadar menyampuk. saya ni takde le pandai cuma memandai belaka. saya pernah memiliki cucur atap.. ada yg hidup dan ada yg mati juga la... cuma saya mmg percaya spesis ini sebenarnya mmg boleh dan sesuai dijadikan bonsai. sebenarnya kalau nak bersilat dalam facebook atau menari atas keyboard ni bukan lah jalan terbaik dalam mencari ilmu cucur atap. kalau nak kata pokok ni tak kuat, tgk sendiri pokok yg dipunyai oleh sifu Musbonsai Trg dan Matyie Che Makhtar yg boleh hidup lama dan segar bugar bertahun2... takde masalah pun? saya juga amat setuju dengan apa yg diperkatakan olh sahibus samahah ustaz Anuar Alias tentang "sebab musabab" pokok itu terjadi meranting dan sebagainya. sebenarnya apa yg terjadi selalu dikalangan pemain bonsai adalah bukan kerana pokok tak cantik, tetap KURANGNYA ILMU PERTANIAN.... sama mcm saya lah. berapa ramai yang buat maintenance pada pokok mcm fungiside?? repot??? menjaga komposisi tanah supaya balance pengairan dan pengudaraan?? atau sekadar siram dan taruk baja??? kerana apa yg saya jumpa sebelum ni (berdasarkan pengalaman saya sendiri) apa yg diamalkan adalah bila pokok dah nak mati... dah sakit... baru le sibuk nk repot dan sebagainya. ikut logik akal la... kalau kita sendiri pun manusia... dah kena sakit jantung, tumbang baru sibuk nak makan ubat... apa kah peluang untuk sembuh?? dan juga kalau pokok tgh kurang stabil la... tak sihat.. kalau direpot, potong akar dan sebagainya dah tentu2 la..... wassalam khabarnya... hehehehe....

Zahir Aziz Mamantaro Dua :
ikut pengalaman saya sendiri la, mmg cucur atap saya pernah mati.. namun saya sendiri tidak menyalahkan pokok itu.. tetapi thinking positive... kenapa ia terjadi??? sesuatu pokok tak kan mati tanpa sebab. so buat post mortem, kaji apa sebabnya??? bukan sekdar berkokok menyalahkan spesis pokok.. dan juga kenali sifat pokok tu sendiri... tiap pokok ada karekter sendiri. jgn samakan si jeliti dengan cucur atap.... jeliti lasak, tapi tak boleh main jin..... orang Melaka punya bahasa pun tak sama mcm org negeri lain.... kan?? kan??? so kenalilah hati budi dulu.....

Noryadi Noruddin :
Sebelum ni aku sembelih banyak pokok cucur atap, kalau ada yg ikut Demo Tour aku di seluruh negara, cara pembikinan pokok aku ni mmg semua tahu aku tak akan berlembut dgn pokok yg nak dijadikan bonsai, semua aku buat secara extreme tahap gila babi, habis disondol tp Alhamdulillah tak ada satu pun cucur atap yg mati. Hari ni masa demo di Sanfong Bonsai, aku & Hakam sembelih lagi 2 cucur atap large, bongkah akar dalam besen yg dalam, hancurkan rootball & repot dlm pot senipis 3 inci. Kenapa aku boleh tp korang semua asyik nak salahkan pokok krn kejahilan sendiri. Maaf la bahasa aku mmg kasar krn dgn cara ni lebih menusuk dari cakap lembut lidah.

Noryadi Noruddin :
M Subha, sblm buat repotting pastikan pokok dlm kondisi sihat & kuat terlebih dahulu. Stress semua daun berkadar rata dgn akar yg hidup pokok tu. Daun yg tak di stress berkadar rata dgn akar akan menyumbang kpd kematian bonsai krn daun2/dahan2 masih nak makan tapi akar dh terganggu & tak boleh bekerja utk supply makanan/air ke atas, maka air dari dlm batang akan ditarik dan mengakibatkan kekeringan pokok secara keseluruhan. Kalau dahan yg sudah mempunyai terap siap, prun terap hingga rapat ke ranting. Kalau dahan masih mempunyai mata2 yg di lost terjulur utk besarkan saiz, potong dulu hujung yg terjulur tu..don't worry la saiz dahan tu masih blh membesar dgn pecahan2 generasi perdahanan nanti.

Faizul Bakri Bin Abdullah :
Salam para bonsaist, Tahniah untuk Cikgu Ahmad Ridhuan yang telah membuka ruang perbincangan ini, Saya juga masih mencari dan belajar ilmu perihal cucur atap ni ....masih banyak yang perlu ditokok tambah manakala pengalaman pun tidak sehebat para bonsaist lainnya. Momokkan orang pada saya main limau susah daun mudah kuning, main juniper pun susah tukar tanah pun mati, main wanyang susah juga, tapi peliknya pokok orang lain tak pulak jadi kuning dan mati ? Begitu halnya dengan cucur atap ni, sejauh ini mereka yang saya jumpa didaerah sini kata perkara yang sama, mungkinkah hanya momokkan juga ? Pendapat saya mungkin tak ramai yang benar-benar membuat analisa dari kegagalan dan kejayaan orang lain sebagai panduan atau ramuan dan SENI penjagaannya belum dapat di buktikan dengan tepat....Terima kasih untuk Ustaz Anuar Alias dan Master Noryadi Noruddin yang banyak memberikan tip dan membuat kajian...maafkan saya jika tersilap

Faizul Bakri Bin Abdullah :
Mungkin telah ada bukti dan rekod yang yang lebih jelas diluar sana perihal ketahanan 5 @ 10 @ 15 tahun cucur atap yang ada untuk dijadikan rujukan.....

Matyie Che Makhtar :
Tahniah dan t kasih pada semua peminat bonsai, jangan kerana nila setitik rusak susu sebelanga, C atap lebih kurang sama dgn juniper cara penjagaannya, C atap sebenarnya ada yg besar seperti balak tapi dah jadi kurang kerana banyak dah ditebang oleh pembuat arang, pemilihan bahan dari awal adalah mustahak kerana c atap yg mempunyai banir kecil kebanyakkan kurang lasak tapi yg berbanir besar boleh dikatakan keseluruhannya lasask, saya sendiri pernah ada yg mati tapi seperti yg saya katakan tadi yg mati itu semuanya yg berbanir kecil, pokok yg dlm foto diatas telah saya lihat sendiri akarnya hanya ada dua shj, walaupun dah lama jaga tapi tampa penjagan yg sempurna pokok hanya sekadar idup tapi tak sampai ketahap maksima kesuburannya, Ramai pemain bonsai yg sembunyikan punca pokok mati takut org kata kita masih tak pandai jaga pokok, dari pengalaman saya sebenarnya kebanyakkan pemain bonsai tidak dapat melaksanakan peraturan yg patut kepada bonsai kita, dengan lain perkataan sebenarnya kita tidak ada sivik. Peraturan itu mustahak dlm semua hal, kallau ada yg masih kurang jelas boleh jumpa saya di KL pada 28 hb hingga 3 hb 6 kat SUMMIT,

Abd Halim :
Emm nak beri pandangan kita pun baru gak..tapi tak salah untuk kita kongsikan bersama. Pada pendapat saya kalau kita perhatikan ca ini cepat mengeluarkan akar dan mencecah base basu seterusnya menutupi lubang pasu, walaupun sebenarnya terdapat banyak lagi ruang tanah ditengah tengah. Ini akan menghalang pengairan air dan mematikan pokok. Jadi bila perrhatikan terdapat akar keluar dari bawah pasu... rombakkan pokok ca tu bersama akar akarnya, cuba simpan akar rambut yg putih warnanya... leraikan tanah ditengah tengah dan tanam semula..insyaalah pokok tidak akan mati..

Ahmad Ridhuan :
Terima kasih dengan komen dan juga kritikan sahabat2 semua.Saya menyusun sepuluh jari dan pohon beribu kemaafan sekiranya penulisan saya telah menimbulkan rasa tidak senang hati dalam kalangan kita. Saya faham dan sedia maklum bahawa c.atap adalah bonsai yang popular dan bagi setengah orang, cucur atap sangat istimewa dan bernilai serta menjadi punca pendapatan yang lumayan.

Dalam dunia ini sesiapa saja boleh mempercayai atau tidak mempercayai pokok c atap ini .Dalam kebebasan bersuara pula sesiapa saja boleh berbicara tentang pokok C atap ini.oleh itu di medan terbuka ini (FB) saya hanya inginkan sebuah kejujuran dalam mencari jalan penyelesaian secara benar dan ilmiah demi kemajuan bonsai cucur atap ini di Malaysia.

Mungkin saya gagal dan tidak mempercayai bonsai catap ini kerana kesilapan saya sendiri dalam membuat andaian ,Saya juga akur ilmu pengetahuan saya tentang c.atap hanya peringkat sekolah atap saja.disebabkan ilmu yang tidak seberapa ini, saya sering bertanya didalam diri mengapa dan kenapa Cucur atap yang ditanam pada mulanya subur menjadi tidak subur. Walaupun saya sentiasa konsisten dalam menyuburkannya dengan meletakkan baja yang bersesuaian, selain air dan sinaran matahari yang mencukupi. Saya juga akur mungkin cara ini belum mencukupi untuk menjaga c.atap.

Kaji selidik secara rambang yang saya buat ialah masalah akar C atap kurang produktif.Inilah punca menyebabkan pohon meranting. Yang menghairankan saya media tanaman tidak pula mengalami penyusutan. air pula dapat meresap dan tiada masalah pengudaraan di dalam pasu. Namun mengapa masalah ini terjadi?. jadi Kesimpulan mudah yang saya buat mungkin pokok cucur atap ini sendiri yang bermasalah . jauh disudut hati saya percaya dan yakin dengan kehebatan sifu Bohori dan Sifu Noryadi dan mereka yang berpengalaman.Dengan pengalaman dan ilmu mereka diharap dapat menghuraikan kebuntuan ini. Mungkin juga suatu hari nanti misteri kematian cucur atap ini dapat diselesaikan secara saintifik. ~ sekian

Yang baik jadikan panduan dan sentiasa belajar dan mencari ilmu dari mereka-mereka yang faham dengan habitat semulajadi spesis ini. Mudah-mudahan tidak berlakunya ada perasaan putus asa dengan spesis ini.


"DO NOT MAKES YOUR TREES LOOK LIKE BONSAI BUT MAKE YOUR BONSAI LOOK LIKE TREES" - J.Naka
 " Do it the best you can; do it the best it can be done "

9 comments:

  1. sungguh sebuah percakapan yg sangat pantas untuk disimak....harus kita akui bahwa bonsai ca sangat indah bila sudah jadi...tapi juga tidak bisa kita pungkiri sangat banyak bonsai ca ni yg gagal dalam perjalanan nya....moga saja perbincangan ini dapat menjadi penyemangat bagi kita semua untuk lebih menekuni bonsai ca ini....salam bonsai dari padang buat semua rekan2 PSBM.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya amat berminat dengan pokok Bonsai antaranya pokok cucur atap,seperti komen saudaraq kita memang pokok ini mudah mati rasanya pokok ini memerlukan pada habitat asal,dari pengalaman saya yang sedikit ini saya menggunakan pasir ditempat asal pokok ini diambil tanpa menggunakan media campuran yang selalu digunakan,nasib baik setakat ini pokok yg kecil dan besar hidup dgn subur dan secara kebetulan adik saya juga telah menanamnya dengan media biasa pokok itu mati nasibnya.

      Delete
    2. Terima kasih pada Saudara Jon Jovi dan Anonymous, Masih banyak perlu dipelajari dan difahami berkenaan cucur atap ini.Banyak juga experiment yang telah dijalankan oleh para senior didaerah dimana terdapat banyak tumbuh melata cucur atap ini. Walaupun sukar untuk dijangka akan ketahanan cucur atap ini, tapi ianya masih tetap menjadi salah satu produk bonsai terbaik di Malaysia.
      Soalan saya kepada Anonnymous, berapa lama kah perlu cucur atap itu berada didalam pasu tanpa perlu ditukar tanah asalnya. kerana kebanyakan rintihan dari peminat selalunya gagal selepas penukaran tanahnya yang pertama.
      Dan bagaimana pula kaedah untuk penukaran tanah itu, adakah perlu dibersihkan semua akarnya dari tanah lamanya atau dibiarkan lalu ditambah sahaja dengan tanah yang baru ( potong kek istilah biasanya )

      Delete
  2. Salam bonsai,,saya pecinta cucur atap saya ada beberapa koleksi pokok cucur atap dan ada huga yang sudah ber umur 7 tahun masih hidup,,jadi menurut saya ada perbedaan perawatan dalam cucur atap di banding pohon yang lain pada umumnya,,terimakasih,,

    ReplyDelete
  3. Salam bonsai,,saya pecinta cucur atap saya ada beberapa koleksi pokok cucur atap dan ada huga yang sudah ber umur 7 tahun masih hidup,,jadi menurut saya ada perbedaan perawatan dalam cucur atap di banding pohon yang lain pada umumnya,,terimakasih,,

    ReplyDelete
  4. Salam Bonsai,
    - Terima kasih atas komen yang diberikan. Saya juga seperti anda juga , punya cucur atap yang masih hidup dan ada juga yang telah siap dan mati.
    - cucur atap yang masih hidup dan yang telah mati menambahkan lagi pengalaman dalam penjagaan dan perawatan pokok cucur atap ini.

    ReplyDelete
  5. mana nih bonsai yang mati ??
    sini saya beli.,
    murah aja yak., heheh

    ReplyDelete