Friday, May 04, 2012

Pameran dan Pertandingan Bonsai dan Batu Antarabangsa Malaysia 2012

Malaysia International Bonsai & Stone Exhibition & Competition 2012
In Conjunction with The Launching of the Malaysian Chapter of The Bonsai Clubs International (BCI)

Serba ringkas acara terbesar tahun 2012 ini , “ Pameran dan Pertandingan Bonsai dan Batu Antarabangsa Malaysia 2012, Sempena Pelancaran Bonsai Clubs International ( BCI ), Edisi Malaysia.”


Tema yang telah diputuskan bagi tahun 2012 ini adalah “ Greener Earth “ ( Hijaukan Bumi ). Dari kotak pemikiran saya, didalam situasi dunia hari ini yang semakin maju dengan persaingan yang hebat, dan penduduk yang semakin padat, tidak dapat tidak banyak hutan terpaksa di teroka, banyak bukit terpaksa ditolak demi untuk membina kawasan kediaman dan perusahaan bagi memenuhi keperluan-keperluan manusia yang ada dimuka bumi ini. DAN semestinya menjadi tanggungjawab manusia ITU untuk menggantisemula sumber alam ini yang telah mereka musnahkan. Bagi mencapai maksud “hijaukan bumi” ini, salah satu kaedah adalah dengan memberi galakan dan dorongan untuk penanaman semula hasil hutan. Tidak mengira dimana dan bagaimana,salah satu mungkin adalah seperti pertandingan dan pameran ini.


Acara tahun ini adalah dianjurkan oleh 2 Persatuan Bonsai dan Batu yang terbesar dan aktif di Malaysia iaitu BONSAI N STONE ACADEMY dan PERSATUAN SENIMAN BONSAI MALAYSIA dan disokong penuh oleh BONSAI CLUBS INTERNATIONAL ( BCI ).

Juri pengadilan yang telah dicadangkan adalah terdiri dari mereka – mereka yang telah mempunyai pengalaman yang luas didalam dan luar Negara. Untuk Pertandingan Batu, Juri Profesional adalah dari Malaysia seramai 6 orang dan dari Singapura 1 Orang.Manakala untuk pertandingan Bonsai pula Juri Profesional adalah seramai 7 orang dari Taiwan, Indonesia, Venezuela dan Negara China. Disamping pertandingan Bonsai, acara tahun ini juga rasa amat bertuah dengan kehadiran Artis Bonsai Ternama untuk memberi tunjukajar dan demonstrasi bonsai seperti Artis Bonsai dari USA, Filipina dan Malaysia.

Tarikh yang telah diputuskan adalah dari 30hb May hingga 3hb June 2012 Bertempat di The Summit Subang USJ dari Jam 10 pagi hingga jam 10 malam.Tiada tiket masuk dikenakan. Masuk adalah PERCUMA. Bukan itu sahaja , disamping dapat menikmati suasana HIJAU dan segar, orang ramai juga boleh menanamkan minat untuk memelihara dan memiliki bahan-bahan bonsai yang akan dijual pada tarih-tarikh tersebut, dengan harga yang rendah. Kerana untuk mencapai matlamat “ Hijaukan Bumi “ segalanya bermula dari kita sendiri.

Kepada Pemain yang ingin menyertai Pertandingan Bonsai dan Batu boleh mendapatkan borang penyertaan dan syarat serta peraturan melalui talian talipon dan email dibawah :

Wan Kamarudin HP : 012-383 8424 ,e-mail : wan.kamarudin@dgm-malaysia.com

I.S. Ng HP : 019-337 2539 ,e-mail : isng1818@gmail.com

Najmi HP : 019-369 2668 , e-mail : najmi-ahmad@email.com


Serba ringkas format pertandingan Bonsai :

• Pameran dan pertandingan
dibuka kepada semua jenis Bonsai dengan ketinggian maksimum 120cm , Bonsai yang lebih dari 120 cm hanya kategori untuk pameran.

• Yuran penyertaan
maksimum RM130 untuk setiap Bonsai Kategori Besar (Large)

• Kategori dipertandingkan
BESAR (Large), SEDANG (Midium) dan KECIL/MINI (Small)

• Kategori Pokok yang dipertandingkan
•WRIGHTIA RELIGIOSA • POKOK PULAU • JUNIPERUS/FICUS • CUCUR ATAP • PELBAGAI

HADIAH
EMAS (Gold) –PERAK (Silver) & GANGSA (Bronze) untuk setiap kategori.

• Lain-lain Hadiah
a.1 x Anugerah Menteri
b.1 x Anugerah President BCI
c. Sijil untuk setiap pemenang

Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan untuk pertandingan

Tarikh tutup pendaftaran dan yuran pertandingan Bonsai : Pada atau sebelum 20hb May 2012

Tarikh masuk pokok pada : 29hb May 2012 hingga jam 5:00 petang

Tarikh Pengadilan : pada 30hb May 2012

Pameran dan pertandingan dibuka untuk orang ramai pada 30hb May 2012 ( 5:00 petang ) hingga 3hb June 2012.





"DO NOT MAKES YOUR TREES LOOK LIKE BONSAI BUT MAKE YOUR BONSAI LOOK LIKE A TREES" - J.Naka
" Do it the best you can; do it the best it can be done "

No comments:

Post a Comment