Monday, November 03, 2014

GENG BONSAI HUB SELATAN



Salam Sejahtera,

Geng Bonsai Selatan telah diterjemahkan melalui salah satu aktiviti pada bulan May 2014. Ia telah diilhamkan oleh salah seorang aktivis Bonsai tanahair , yang telah banyak memperolehi anugerah dari Pertandingan dan Pameran Bonsai yang disertainya. Nama beliau juga amat dikenali dengan sering menerima undangan untuk demonstrasi dan bengkel-bengkel Bonsai. Tidak terkecuali dengan liputan dari pihak media ( suratkhabar, majalah dan TV ).

Orang yang dimaksudkan adalah Saudara Noryadi Noruddin ( Naib Presiden Persatuan Seniman Bonsai Malaysia ).


Cerita beliau dan pengalaman beliau bersama Bonsai akan saya paparkan pada post yang lain. Disini saya pernah post serba sedikit biodata beliau : http://hy-brid.blogspot.com/2012/02/sm-noryadi-psbm.html

Berbalik semula kepada topik utama post ini, Geng Hub Selatan telah dengan secara tak rasminya telah dihubungkan melalui group Whatsapp pada 5 haribulan May 2014 dengan keanggotaan pemaindan penggiat Bonsai seramai 26 orang.

Majoriti pemain bonsai yang didaftarkan didalam group Whatsapp adalah dari sekitar kawasan Johor Timur ( Kulai-Bandar Tenggara, Kota Tinggi-Pengerang dan Kluang dan sekitarnya ). Walaupun mereka ditahap umur yang masih muda tetapi wawasan dan misi memperlihatkan mereka sebenarnya telah banyak beroleh pengalaman. Saudara Noryadi telah berjaya menjadikan Geng Bonsai Hub Selatan semakin berkembang dengan idea-idea dan aktiviti yang tidak menjemukan.

Hasil kerjatangan Seni Bonsai dari Geng Bonsai Hub Selatan - Bandar Tenggara yang dipamerkan pada 1 ~3 May 2014 bersempena dengan Carnival Hobby Johor 2014.












Semangat dan keazaman yang tinggi yang telah ditunjukkan oleh geng bonsai hub selatan ini harap dapat diteruskan dengan sokongan padu dan ikatan silaturrohim dari Persatuan Seniman Bonsai Malaysia ( PSBM )

Dengan harapan suatu hari nanti bakal ada salah seorang dari kumpulan ini yang akan pergi lebih jauh kehadapan dan mewarisi dan mewariskan seni bonsai kepada generasi yang akan datang.

sekian.



" Do it the best you can; do it the best it can be done "

No comments:

Post a Comment