Wednesday, March 14, 2012

MISTERI CUCUR ATAP


~Ridhuan Hj Mohd

Membentuk bonsai Cucur Atap sebenarnya sangat sukar kepada mereka yang tidak mengetahuinya. Seringkali semasa penjagaan dan latihan pokok Cucur Atap yang dimiliki mati begitu saja.Untuk membentuk bonsai Cucur Atap yang baik pula mengambil masa yang lama paling cepat 2 hingga 4 tahun.Keadaan ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Waktu kemenjadian bonsai Cucur Atap juga bergantung pada saiz pokok..Namun begitu terdapat juga cara yang paling cepat untuk memiliki bonsai Cucur Atap idaman iaitu dengan cara membeli pokok yang telah hampir siap dan mengubahnya semula untuk menjadi model atau gaya bonsai yang diingini.


Membentuk bonsai Cucur Atap perlukan kesabaran

Bagi pembonsai yang sukakan cabaran mereka lebih mengemari cara yang pertama tetapi risikonya mereka terpaksa berperang dengan masa kemenjadiannya kadang-kadang semasa proses latihan sebahagian besar cucur atap mereka mati begitu saja dan ada yang meranting.Namun kesabaran menjadikan mereka Berjaya.Bagi pembonsai yang kreatif dan berkemampuan mereka akan membeli bonsai Cucur Atap yang separuh siap ataupun siap sepenuhnya.Namun mereka memerlukan kreativiti untuk membentuk dan menggubahnya menjadi bonsai yang lebih menawan.

  
Pelbagai gaya Cucur Atap yang boleh dilestarikan

Tidak kira kaedah apa pun yang pasti Semuanya demi kepuasan. Kejayaan pembonsai tercapai apabila bonsai Cucur Atap berada dihalaman rumah untuk ditatapi siang dan malam.Menjadi hiasan kepada tetamu yang berkunjung ke rumah.Kenangan akan menjadi bertambah manis apabila Cucur Atap yang dilestarikan sekian lama ditabal sebagai sang juara. Namun cuba anda bayangkan tiba-tiba semua kenangan indah ini hilang sekelip mata apabila bonsai Cucur Atap kesayangan meranting dan mati.Hal ini sangat mendukacita dan sungguh mengecewakan.

Kematian Cucur Atap

Persoalan tentang kematian ini menimbulkan tanda tanya dan sukar untuk dijelaskan.Cucur atap secara semulajadinya merupakan sejenis pokok kecil yang boleh mencapai ketinggian sehingga 6 m. Batang dan dahannya keras serta kuat. Kulit batangnya pula berwarna kelabu, berkeadaan merekah dan berlurah. Daunnya kecil atau halus berwarna hijau seperti jarum, tersusun secara bertentangan dan mengeluarkan aroma bila dihancurkan atau diramas. Tumbuhan ini hidup secara liar dikawasan tanah bris dan juga tumbuh subur ditanah mineral.
Kematian boleh belaku tanpa di duga
Hayat Cucur Atap begitu misteri sehingga kini tiada siapa yang dapat menjangkakan risiko yang bakal berlaku pada bonsai Cucur atap .Dalam asyik membentuk dan melestarikannya tiba-tiba dahan utamanya meranting.Apa yang lebih menghairankan tanpa disedari daun bonsai Cucur atap layu dan mati secara perlahan-lahan walaupun dijaga bagai menatang minyak yang penuh .Ada pembonsai yang berpesan “jangan terkejut Cucur Atap akan mati dalam Iman.Ada juga pembonsai yang sudah serik untuk menanam pohon ini dan menganggap pokok Cucur Atap mempunyai jangka waktu yang singkat untuk hidup.

Faktor hujan yang berpanjangan terutama di musim tengkujuh juga boleh menyebabkan Cucur atap meranting dan mati. Mengapa jadi begini ? Mungkin disebabkan air yang terlalu banyak bertakung menyebabkan daun dan akarnya mereput.Berbagai-bagai persepsi dan alasan tentang hujan dan kematian Cucur Atap namun jawapannya masih dalam kesamaran.


  
Berhati-hati semasa menyiramnya


Semasa proses penyiraman juga dikatakan boleh menyebabkan Cucur atap meranting .Mungkin disebabkan semasa proses siraman yang kuat menyebabkan akar halusnya terputus.Benarkah Akar Cucur Atap ini sangat sensitif sekiranya benar mengapa ada pembonsai yang memberus dan memotong akar Cucur atap semasa merepot tanah dan hasilnya Cucur atapnya bertambah segar. Semasa mencabut rumput didalam pasu juga dikatakan menyebabkan Cucur Atap mati. Mengapa hal ini terjadi?

 Semut dan labah-labah suka bersarang di pokok Cucur Atap
Teori tentang kematian Cucur Atap sebenarnya adalah persepsi sehingga kini tiada siapa pun yang dapat membuktikan secara tepat dan saintifik.Walaupun begitu anda tidak perlu bimbang kerana terdapat pelbagai panduan untuk penjagaan Cucur Atap dan memanjangkan hayatnya.Petua-petua ini penulis dapati daripada Sifu Bohori,En Seri,En Shahidan dan daripada pengalaman kendiri.

Petua untuk terus hidup


•~ Selepas hujan lebat daun cucur atap hendaklah dijentik perlahan-lahan untuk membuang air yang bertakung dicelah daun.

•~ Sekiranya Hujan lebat yang berterusan pokok cucur atap hendaklah diangkat ke tempat yang berbumbung (tak ditimpa hujan)


•~ Pembajaan yang teratur penting untuk tumbesaran pokok dan ramai menganggap bahawa lebih banyak baja digunakan, pokok akan tumbuh dengan lebih subur. Namun, sebenarnya kegunaan baja yang berlebihan boleh menjejaskan kesuburan pokok Cucur Atap dan mungkin boleh menyebabkan pokok mati.


•~ Daun Cucur atap tidak dibiarkan penuh padat berjuntaian sebaliknya digunting dan ada ruang.


•~ Tanah Cucur atap sentiasa diperiksa supaya akar cucur atap sentiasa kemas. Tanah yang longgar akan mewujudkan ruang dan menyebabkan akar tidak sebati dengan tanah.(Caranya menyiram air secara cermat dengan banyak dan mengetuk pasu perlahan-lahan).

•~ Batang cucur atap sentiasa diberus untuk membersihkanya dari kulat ,lumut atau serangga halus (aphid)yang Nampak macam keputihan . Keadaan ini boleh menyebabkan pokok tidak subur

•~ Hindari Cucur atap dari semut dan sarang labah-labah.Perlu dijelaskan bahawa semut tidak mematikan pokok tetapi semut akan mengorek tanah dan mewujudkan ruang pada tanah ini menyebabkan akar cucur atap tergantung pada rongga tanah dan menyebabkan pokok Cucur atap meranting dan mati .

•~ Penyiraman dengan cermat dan berhati-hati. Batang dan daun pokok Cucur Atap juga perlu dibasahkan. Secara umumnya, siraman perlu dibuat dua kali sehari. Waktu yang sesuai untuk penyiraman adalah pada sebelah pagi, selok-eloknya sebelum jam 11 pagi dan di antara jam 3.30 petang hingga 7 malam untuk siraman kedua. Elakkan sama sekali penyiraman pada waktu tengahari

.~ Tempatkan pohon bonsai Cucur Atap di panas terik matahari(memerlukan 100% cahaya matahari)

Ramai antara kita yang percaya bahawa hayat Cucur atap akan bertahan lama.Ini telah dibuktikan oleh pemain bonsai yang telah memiliki bonsai Cucur Atap puluhan tahun usianya dan masih kekal sehingga sekarang.Namun ada di antara kita yang masih ragu dan sukar untuk mempercayainya.Konklusinya terserah kepada diri anda sendiri untuk menilainya.

Walaupun kebolehpercayaan hayat cucur atap sentiasa diragukan namun satu perkara yang perlu diketahui pohon Cucur Atap sebenarnya telah memberi manfaat kepada manusia sejagat. Cucur Atap bukan hanya sekadar bonsai semata.Daunnya telah digunakan sebagai teh herba untuk kesihatan sejak lama dulu. Daunnya juga dikatakan mampu untuk merawat demam, antibakteria dan melancarkan peredaran haid. Ia juga digunakan bagi merawat selsema, sakit kepala, demam campak, uluran dan juandis dengan cara mengasapkan pesakit melalui pembakaran daun kering atau menghidu wap air rebusan daun segar. Minyak patinya yang diperoleh melalui ekstrasi daun, digunakan untuk mengurut bagi menghilangkan sakit urat atau sakit-sakit badan.

1 comment:

  1. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete