Tuesday, January 03, 2012

PERSATUAN SENIMAN BONSAI MALAYSIA ( PSBM )



PERSATUAN SENIMAN BONSAI MALAYSIA
Tarikh : 16hb Ogos 2011
No pendaftaran : 2164-04-13






PERSATUAN SENI BONSAI KELANTAN
Tarikh 30hb November 2004
No Pendaftaran : 2164-04-13
PERSATUAN SENIMAN BONSAI MALAYSIA

              PERSATUAN SENIMAN BONSAI MALAYSIA ( PSBM )telah mendapat kelulusan pertukaran namanya pada tarikh 16hb Ogos 2011. Persatuan ini telah lebih dahulu dikenali dengan nama PERSATUAN SENI BONSAI KELANTAN ( PSBK ) yang telah ditubuhkan pada 30hb November 2004.Persatuan ini pada asal penubuhan adalah untuk pemain dan peminat Seni Bonsai dari Negeri Kelantan.
             
              Dari awal penubuhannya hinggalah ketika penukaran namanya, sebahagian ahli PSBK telah banyak mendapat pengiktirafan cemerlang didalam pertandingan Bonsai Peringkat Kebangsaan dan juga Antarabangsa. Ramai ahlinya juga dihormati dan disegani oleh Kaum Cina yang telah lama memonopoli Sini Bonsai ini.Hingga khidmat nasihat dan kepakarannya ditagih didalam banyak Bengkel dan Seminar Bonsai di Malaysia dan Antarabangsa.

              Siapa tidak kenal dengan Sifu Bohori ( Mat Yie ), Sifu Noryadi, Sifu Mushadat ? dan ramai lagi.Mereka - mereka inilah yang telah menjadikan Persatuan Seni Bonsai Kelantan dahulunya menjadi tarikan kepada peminat dan pemain Bonsai seluruh Malaysia.Sehingga kini penyertaan dan keahliannya sentiasa bertambah dari masa kemasa.

              Keahlian ( sehingga April 2011 ) : 228 Ahli
              Lokasi ahli : Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah, Sarawak, N.Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Kedah, Indonesia dan Brunai Darussalam.


              Keistimewaan yang ada pada persatuan ini adalah, setiap ahlinya sentiasa berkerjasama memberi sokongan dan bantuan kepada banyak Kolej, Sekolah, Jabatan dan Negeri. Seperti bantuan dan sokongan untuk Kembara Mahkota Johor, Hari Lanskap, Karnival MAHA, LIMA di Langkawi, Seminar Bonsai di Institut Kemahiran Belia Negara. Berkerjasama dengan persatuan Bonsai Negeri juga tidak terkecuali seperti Persatuan Penanam Bonsai Negeri Johor ( PPBNJ ).


              Aktiviti tahunan seperti ASEAN BONSAI RACE, BONSAI KARNIVAL terus menjadi sebutan oleh seluruh peminat bonsai tanahair, malah pihak media juga tidak terkecuali mengintai untuk membuat liputan seperti TV3, Radio SinarFM, Radio ERA, Akhbar Sinar dan lain-lain.


             Bengkel - bengkel bonsai juga kerap dianjurkan untuk memberi pendedahan kepada teknik dan taktik yang betul didalam penciptaan Seni Bonsai ini. Bengkel seperti :


Bengkel / Kursus Bonsai


              PSBM mempunyai ahli dari pelbagai bidang professional dan kemahiran tertentu.Dari pengalaman mereka yang telah lama berkecimpung dalam bidang Seni Bonsai ini, Kami ada menawarkan kursus untuk yang ingin mendalami dan meminati seni ini.


KANDUNGAN/MODUL KURSUS BONSAI


Siri – 1 ( Asas )
                             • Sejarah
                             • Falsafah Seni Bonsai
                             • Definisi Bonsai.
                             • Pembentukan Bonsai yang baik
                             • Bonsai yang berkualiti
                             • Bahagian “muka depan” Bonsai
                             • Penetapan gaya bonsai
                             • Gaya-gaya Bonsai
                             • Cara-cara mendapatkan bahan
                             • Panduan menanam Bonsai
                             • Peralatan
                             • Teknik memperbaiki Bonsai
                             • Membentuk pengakaran yang baik
                             • Melatih dahan dengan dawai
                             • Membentuk dahan dengan memangkas
                             • Panduan memilih pasu, memasu semula dan mengubah
                             • Pemeliharaan dan rawatan


Siri – 2 ( Pertengahan )
                             2.1 - Kaedah pembiakan :
                                 2.1.1- Potongan dahan dan tanam semula
                                             ( “ Severe Cutback” )
                                 2.1.2- Cangkukan / pemindahan kulit
                                             ( “Grafting” )
                                 2.1.3- Percambahan melalui Tut / “ Air Layering”
                                 2.1.4- Percambahan melalui akar
                                              (“ Bare rooting” )
                                 2.1.5- Teknik Pembentukan “Shari” & “jin”
                                 2.1.6- Teknik membentuk Nebari
                                 2.1.7- Teknik memindahkan bonsai kedalam pasu cetek
                                 2.2.0 – Penjing ( Landskap )


Kepada yang berminat untuk menjadi ahli atau mengikuti bengkel sila maklumkan...

"DO NOT MAKES YOUR TREES LOOK LIKE BONSAI BUT MAKE YOUR BONSAI LOOK LIKE TREES" - J.Naka " Do it the best you can; do it the best it can be done "

13 comments:

  1. Saya berminat menghadiri bengkel bonsai. Bila agaknya akan diadakan?

    ReplyDelete
  2. sila sms nama,alamat dan no telephone untuk dihubungi bila kami akan adakan bengkel....

    ReplyDelete
  3. Interested in the Murayya Paniculata plants? I got a few thousand plants in hand. Feel free to visit to http://qilixiangmalaysia.com

    ReplyDelete
  4. salam... macam mana nak join n ikuti persatuan bonsai ni yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. PSBM - < Keunggulan Seni Yang Diwarisi >
      Bagi mereka yg berminat untuk menyertai Persatuan Seniman Bonsai Malaysia. Yuran keahlian sebanyak RM160 untuk menjadi ahli seumur hidup. Sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi En Bohori di talian +60 19 904 0039.

      Emailkan ke < bonsaikita@yahoo.com.my > atau sms ke talian AJK Zon
      Nama :
      Alamat Rumah :
      No IC :
      Pekerjaan :
      Alamat tempat Kerja :
      No Telefon :

      Wang pendaftaran boleh bank-in ke CIMB bank :
      0313-0000281-10-8 ( Persatuan Seni Bonsai Kelantan ), bukti No Slip pembayaran hendaklah disertakan

      Delete
    2. assalamualaikum..
      bila agaknya PSBM nak adakan bengkel bonsai di Pekan Pahang..

      Delete
    3. Para peminat Bonsai di Pahang amat bertuah kerana salah seorang Sifu Bonsai Malaysia berasal dari sana.
      Cari kenalan Bonsai pasti akan kenal dengan Sifu Hj Halim.Seniman dan Jurulatih Bonsai Malaysia yang disegani bukan sahaja di tanahair tetapi di Asean, Cina, Taiwan dan Eropah.
      Cari pasti boleh berjumpa dengan beliau yang sentiasa sudi berkogsi Ilmu.
      Terima Kasih

      Delete
  5. Terima kasih saudara FB..
    Boleh x saudara FB berikan saya lokasi rumah sifu Hj. Halim..terima kasih..

    ReplyDelete
  6. Alamat lokasi tak boleh diberi demi langkah keselamatan .
    Sifu Hj Halim ..019-984 3518 , saudara boleh hubungi beliau dan buat temujanji sendiri .

    ReplyDelete
  7. mohon pencerahan untuk menjadi ahli dan syarat2 nya

    ReplyDelete
  8. untuk menjadi ahli Persatuan Seniman Bonsai Malaysia , terbuka kepada sesiapa yang berminat ...
    PSBM - < Keunggulan Seni Yang Diwarisi >
    Bagi mereka yg berminat untuk menyertai Persatuan Seniman Bonsai Malaysia. Yuran keahlian sebanyak RM160 untuk menjadi ahli seumur hidup. Sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi En Bohori di talian +60 19 904 0039.

    Emailkan ke < bonsaikita@yahoo.com.my > atau sms ke talian AJK Zon
    Nama :
    Alamat Rumah :
    No IC :
    Pekerjaan :
    Alamat tempat Kerja :
    No Telefon :

    Wang pendaftaran boleh bank-in ke CIMB bank :
    0313-0000281-10-8 ( Persatuan Seni Bonsai Kelantan ), bukti No Slip pembayaran hendaklah disertakan

    ReplyDelete