Friday, June 03, 2011

SENI BONSAI - Pemilihan Bahan 2






Artis : Mr Curry Kuah

Spesis: Wrightia Wrightia religiosa ( NamaSaintifik )
Panggilan tempatan :Jeliti/Water Jasmine/Anting Putri/Santalia/Melati/Sui Mei



Kebanyakan pokok-pokok di persekitaran anda dan juga sebahagian tanaman belukar boleh dijadikan sebagai pohon bonsai yang menarik. Walaubagaimanapun kerana faktor alami pokok tersebut , hanya sebahagian sahaja yang amat sesuai untuk dijadikan pohon bonsai berbanding yang lain. Setiap jenis tanaman memiliki ciri-ciri habitat dan keperluan untuk hidup yang berbeza.

Contoh bahan bonsai yang baik –
1- susun atur pembentukan cabang dan dahan yang padat , sempurna dan kemas,
2- keadaan batang yang kuat,
3- ukurlilit akar yang besar dan menyokong dengan stabil serta
4- mempunyai ciri-ciri pokok yang sebenar.

Sebelum memilih bahan / pokok yang anda suka sebagai bonsai anda yang pertama,dapatkan seberapa banyak maklumat terperinci tentang bahan / pokok tersebut. Terdapat satu senarai panjang bahan / pokok tanaman yang biasa dibentuk sebagai bonsai di seluruh dunia. Anda boleh mendapatkan segala maklumat dari persatuan-persatuan bonsai yang anda sertai, buku ilmiah bonsai, para seniman bonsai, dan juga dari internet. Demi untuk mempastikan bahawa bahan / pokok tanaman yang bakal anda pilih itu sesuai untuk hidup dengan suasana persekitaran tempatan anda dan tidak terlalu rumit.
Di bawah ini adalah beberapa cadangan bermanfaat dalam memilih bakal bahan bonsai anda. Tambahan dari artikel saya yang terdahulu , “PENCARIAN BAHAN BONSAI "

Bahan Bonsai Yang sempurna mempunyai ciri – ciri :

 Bahan / pokok mestilah tahan lasak.
 Sesuai dengan suasana persekitaran tempatan anda.
 Boleh diperolehi dengan mudah.
 Popular di kalangan peminat bonsai.
 Mudah dan boleh dilatih menjadi bonsai.
 Daun yang kecil.
 Pembentukan dan susunan dahan dan cabang yang baik
 Keadaan batangnya yang kukuh dan kuat serta seimbang.
 Kesan tua mudah kelihatan pada kulit pokok
 Ukurlilit tapak akar yang besar dan menyokong dengan tegap
 Mudah untuk dibiakkan
 Punyai musim bunga dan berbuah
 Dan hampir semua ciri-ciri ada seperti pokok sebenar


" Do it the best you can; do it the best it can be done "

No comments:

Post a Comment