Thursday, September 15, 2011

Nama Saintifik Pokok yang popular

Boleh didapati dan senang hidup di Iklim Tropika

01. Ampelas -- Ficus Ampelas/ Beringin
02. Asam Jawa -- Tamarindus Indica
03. Asam Sarap -- Sabinea Sp
04. Bebaru -- Hibiscus Tiliaceus
05. Beruas/ Wahong Laut -- Premna Nouseose
06. Beringin -- Ficus Benjamina
07. Beringin Philippines -- Ficus Nuda
08. Black Olive -- Bucida Spinosa
09. Buddist Pine -- Podocarpus Macrophyllus
10. Bunga Kertas -- Bougainvillea
11. Bunut -- Ficus Microcarpa
12. Buta-buta -- Excoecaria Agalocha
13. Cenderawasih -- Phylantus Neruri
14. Cherry -- Malpighia Glabra
15. Chinese Elm -- Ulmus Parfiflora
16. Cucur Atap -- Beackea Frutescens ,sapu-sapu (indonesia), Xiang Song (taiwan)
17. Cemara Duri -- Juniperus Rigida
18. Cemara Udang -- Casuarina Equisetifolia
19. Cemara Sinensis -- Juniperus Chinensis
20. Cemara Pua -- Cupressus Papuanus
21. Eprik -- Ficus Retusa
22. Fukien Tea -- Ehretia Buxifolia
23. Hokian Tea -- Carmona Mycropilla
24. Indonesia Elm -- Ulmus Lancaefolia
25. Jeliti/ santalia -- Wrightia Religiosa , Water Jasmin, Anting Putri ( indonesia)
26. Jambu Batu -- Psidium Guajaya
27. Kemuning -- Murraya Paniculata
28. Kayu Hitam/ Ribut -- Maba Buxifolia
39. Kupa Landak -- Sysgium Cauliflora
30. Lantana -- Lantana Camara
31. Lucida -- Feronia Lucida
32. Limau Rawit / Jerut Kingkit (indon) -- Tiphasia Tripholia
33. Mapple -- Acer Buergerianum Mig Formosanum
34. Mirten -- Malphigia Coccigera

35. Mulbery -- Morus Alba
36. Mustam -- Diospyros Montana
37. Nea (jade) -- Nea Buxifolia
38. Phusu -- Celtis Chinesis
39. Pung -- Acacia Varnensiana
40. Queenland Small Leaf Fig -- Ficus Eugenoides
41. Rukam -- Flacourtia Indica
42. Sinai/ Pokok Bulang/ Mautain Tea, /Serut(indon) -- Streblus Asper
43. Santigi -- Pempis Acidula
44. Sancang -- Premna Microphylla
45. Seribu Bintang -- Serisa Foetida
46. Sianci -- Malphigia Sp/ Cherry (indon)
47. Sirih Junjung -- Bougaenvillea Specabilis
48. Sisir -- Cudrania Cochinchinensis
49. Siantho -- Eugenia Uniflora
50. Soka/ Tudung Periuk -- Ixora Coccinea
51. Taik Ayam Duri -- Lantana Kamara Linn
52. Tapak Kuda -- Callianbra Emarginata
53. Ulmus -- Ulmus Parfiflora
54. Wahong Liar -- Premna Serratipolia
55. Whangyang -- Buxus Harlandii.



"DO NOT MAKES YOUR TREES LOOK LIKE BONSAI BUT MAKE YOUR BONSAI LOOK LIKE TREES" - J.Naka "
Do it the best you can; do it the best it can be done "

Friday, June 03, 2011

Memilih bahan bonsai







Artis : Sifu Hj Halim
Spesis : Beruas/ Wahong Laut -- Premna Nouseose





Apabila ilmu seni penjagaan dan pembentukan pohon bonsai telah anda pelajari dan cukup yakin bahawa ianya boleh dipraktikkan dan bakal berjaya, langkah pertama dan amat mudah adalah pencarian bahan dari nursery berhampiran dengan anda. Atau mungkin anda inginkan cabaran yang lebih ekstrim dengan meredah hutan belukar, bukit dan gunung ( juga dikenali sebagai “ YAMADORI “ ) untuk menggali sendiri tunggul atau pokok yang anda hajati dan idamkan.

Apapun caranya terpulanglah pada anda.

Bercerita dengan bahan yang terdapat di nurseri-nurseri bunga biasa, kebanyakan bahan yang murah harganya ditanam dari biji benih dan melalui keratan batang. Sudah tentunya ia memerlukan masa yang agak lama untuk membesar sebelum anda boleh menjadikannya “ bonsai yang sempurna ”.Bergantung kepada jenis tanaman, tumbesarannya untuk menjadi pohon bonsai siap mengambil masa 5 ~ 15 tahun.

Cara lain dan sesuai mengikut kemampuan kewangan anda adalah dengan mencari dan membeli pohon bonsai yang belum siap ( lengkap ) atau separuh siap dari simpanan “ nurseri bonsai “. Ini adalah penyelesaian cepat, menjimatkan masa dan juga menawarkan kepada anda pelbagai pilihan tanaman yang anda suka dan minat.

Pohon bonsai yang dijual mempunyai harga yang berbeza-beza, dari satu tempat ketempat nurseri yang lain. Ianya bergantung kepada :

v Usia pokok

v Tahap kemenjadian dan kekemasan pokok

v Ukurlilit batang pokok

v Tahap kesihatan pokok

v Pembentukan akar yang melebar ( ukurlilit akar lebih besar jika dibandingkan denga batang pokok) yang biasanya lebih mahal.

Tetapi kebanyakan pemain yang baru, tersalah membuat pilihan menjadi lumrah kerana kurangnya sikap berhati-hati. Membeli pokok bonsai dengan harga yang sedikit mahal tetapi menepati ciri-ciri diatas boleh dikatakan masih beruntung dan berbaloi. Tetapi jika tersalah membuat pilihan walau dengan harga murah anda mungkin akan rugi dan tak berbaloi.

Cara yang terbaik adalah sentiasa belajar, tambahkan pengetahuan dan bertanya dengan mereka yang lebih senior. Atau sekurang-kurangnya memiliki seseorang yang berpengalaman untuk membantu anda.

Membeli terus dari kalangan mereka yang telah lama berada dalam bidang seni bonsai ini juga amat baik. Tetapi, ada sebahagian dari mereka mengambil kesempatan bila anda mendedahkan diri anda adalah seorang pemula / pemain baru seni bonsai, mereka mungkin mengambil kesempatan dengan meraih keuntungan dari situasi tersebut.

Carilah dan berkenal-kenallah dengan mereka – mereka yang mempunyai pengalaman yang luas dalam seni bonsai ini yang anda percayai. Sebagai orang yang mempunyai pengalaman yang luas dalam seni bonsai ini, bukan setakat untuk mencari keuntungan semata-mata , mereka pastinya dapat memberikan maklumat yang berguna, memberikan pandangan serta mencurahkan segala ilmu seni bonsai yang ada demi untuk melihat seni bonsai ini dapat diwarisi dari generasi kegenerasi. Mereka – mereka ini ramai dan bersedia bila diperlukan.

Apa yang harus anda lakukan , jangan bertindak berseorangan. Carilah rakan-rakan dan bina hubungan yang luas.Mudah-mudahan anda berhasil menjadi seorang “ Seniman Bonsai “ .

Bagi membantu serba sedikit kepada pemain baru atau bakal seniman bonsai, ada beberapa tips dibawah yang saya fikir berguna untuk membimbing anda ketika ingin membeli bahan asas bonsai :

PEMILIHAN POKOK

1. Memiliki gambaran masadepan / kecenderungan secara kasar bentuk / gaya yang anda idamkan.

2.Tetapkan tujuan pembelian anda, adakah anda membeli untuk :

v belajar membentuk dan menjaga bahan tersebut atau

v anda membeli sebagai koleksi peribadi atau

v anda membeli untuk menyertai pameran dan pertandingan,

kerana setiap satu darinya mempunyai kos dan nilai yang berbeza.

3. Anggarkan dan tetapkan nilai ( budget ) yang harus anda peruntukkan

4. Sebelum membeli bahan yang anda inginkan , periksa dan fahami kesesuaian bahan tersebut dengan persekitaran kediaman atau kawasan anda. Mintalah nasihat dari penjual atau pengedar dengan lebih lanjut.

5. Carilah bahan asas bonsai dengan kehijauan dedaunannya yang sihat dan padat, batang yang tegap dan mengecil diatas serta pembentukan akar yang kuat.

6. Elakkan membeli bahan dengan batang yang kurang sihat dan membusuk. Kaedah terbaik adalah dengan memeriksa kesan-kesan bekas luka yang besar pada batang dan tekan kuat dengan jari anda untuk mengesan apakah bekas luka itu padat atau mempunyai rongga. Kadangkala sukar juga dikesan keadaan luka pada batang pokok kerana kepandaian penjual menampal dengan kayu atau semen. Hanya mereka yang berpengalaman dapat mengesannya dengan mudah. Dan kebanyakan bahan juga memerlukan kesan-kesan khas ini untuk menampakkan kesan tua pada pokok tersebut.

7. Elakkan membeli bahan asas bonsai yang baru saja ditanam di tanah campuran atau baru sahaja siap repoting. Ada beberapa tanaman yang sensitif terhadap proses repoting dan kesinambungan hidupnya berada dalam “persoalan”. Tunggu sekurang-kurangnya dua hingga tiga bulan selepas repoting dan periksa semula. Jika ianya dalam keadaan pertumbuhan yang baik maka anda boleh mempertimbangkan untuk membeli dan memilikinya.

8. Ketika sedang memilih bahan yang anda inginkan, cuba bayangkan cara yang terbaik untuk mengekalkan atau membentuknya semula. Tanyakan kepada diri sendiri dan rujuk kepada mereka yang lebih berpengalaman :

v Adakah bahan tersebut mempunyai potensi? ( Potensi setiap bahan bolehlah anda belajar atau rujuk kepada mereka yang lebih berkemahiran. )

v Adakah bahan tersebut memerlukan banyak lagi latihan?

v Adakah gaya bahan itu akan cepat pudar dan membosankan?

v Dan berapa lama anda harus tunggu sebelum bahan tersebut menjadi sebuah bonsai yang siap sepenuhnya ?

9. Jangan terburu-buru membuat keputusan , ambil masa anda untuk meneliti setiap bahan yang anda betul-betul minat dan inginkan

LATIHAN PENJAGAAN DAN PENANAMAN

Kepada anda yang membeli bahan untuk belajar, anda perlulah terus mempelajari seni menanam dan seni penjagaan bonsai dengan teliti dan teratur. Cuba lihat bahan tersebut dari beberapa sudut yang berbeza, dan bayangkan adakah lagi cara terbaik untuk mengubah gaya atau membentuknya semula. Contoh, lihat bahan tersebut dari pandangan depan, belakang dan kedua sisi kanan dan kiri, mungkin ianya boleh disengetkan sedikit, atau ada kebarangkalian sebahagaian dahan – dahan yang perlu dipotong, pelajari dan rujuk kepada mereka-mereka yang berpengalaman.

Jangan terburu-buru dalam membentuk bahan tersebut. Jika anda tidak yakin, biarkan ia dahulu dan fikirkannya pada hari yang lain. Harus diingat, memotong dahan atau batang secara tidak sengaja boleh menjadi satu kesalahan yang harus dibayar dengan harga yang sangat mahal.

Terakhir sekali dan yang teramat penting, anda MESTI mempersiapkan diri untuk ditimpa kekecewaan. Jangan takut untuk mencuba. Bahkan jika anda gagal atau kecewa sekurang-kurangnya anda telah memperoleh pengalaman-pengalaman yang tiada tolok bandingnya dan lebih mempercepatkan anda untuk digelar “ SENIMAN BONSAI “

~ bersambung
" Do it the best you can; do it the best it can be done "

SENI BONSAI - Pemilihan Bahan 2






Artis : Mr Curry Kuah

Spesis: Wrightia Wrightia religiosa ( NamaSaintifik )
Panggilan tempatan :Jeliti/Water Jasmine/Anting Putri/Santalia/Melati/Sui Mei



Kebanyakan pokok-pokok di persekitaran anda dan juga sebahagian tanaman belukar boleh dijadikan sebagai pohon bonsai yang menarik. Walaubagaimanapun kerana faktor alami pokok tersebut , hanya sebahagian sahaja yang amat sesuai untuk dijadikan pohon bonsai berbanding yang lain. Setiap jenis tanaman memiliki ciri-ciri habitat dan keperluan untuk hidup yang berbeza.

Contoh bahan bonsai yang baik –
1- susun atur pembentukan cabang dan dahan yang padat , sempurna dan kemas,
2- keadaan batang yang kuat,
3- ukurlilit akar yang besar dan menyokong dengan stabil serta
4- mempunyai ciri-ciri pokok yang sebenar.

Sebelum memilih bahan / pokok yang anda suka sebagai bonsai anda yang pertama,dapatkan seberapa banyak maklumat terperinci tentang bahan / pokok tersebut. Terdapat satu senarai panjang bahan / pokok tanaman yang biasa dibentuk sebagai bonsai di seluruh dunia. Anda boleh mendapatkan segala maklumat dari persatuan-persatuan bonsai yang anda sertai, buku ilmiah bonsai, para seniman bonsai, dan juga dari internet. Demi untuk mempastikan bahawa bahan / pokok tanaman yang bakal anda pilih itu sesuai untuk hidup dengan suasana persekitaran tempatan anda dan tidak terlalu rumit.
Di bawah ini adalah beberapa cadangan bermanfaat dalam memilih bakal bahan bonsai anda. Tambahan dari artikel saya yang terdahulu , “PENCARIAN BAHAN BONSAI "

Bahan Bonsai Yang sempurna mempunyai ciri – ciri :

 Bahan / pokok mestilah tahan lasak.
 Sesuai dengan suasana persekitaran tempatan anda.
 Boleh diperolehi dengan mudah.
 Popular di kalangan peminat bonsai.
 Mudah dan boleh dilatih menjadi bonsai.
 Daun yang kecil.
 Pembentukan dan susunan dahan dan cabang yang baik
 Keadaan batangnya yang kukuh dan kuat serta seimbang.
 Kesan tua mudah kelihatan pada kulit pokok
 Ukurlilit tapak akar yang besar dan menyokong dengan tegap
 Mudah untuk dibiakkan
 Punyai musim bunga dan berbuah
 Dan hampir semua ciri-ciri ada seperti pokok sebenar


" Do it the best you can; do it the best it can be done "

Monday, May 23, 2011

ASAS SENI BONSAI














Brazilian raintree / Pithecellobium Tortum
Karya : Pak Budi Sulistyo

A) ASAS YANG PATUT ANDA TAHU PERIHAL “BONSAI”

 Bonsai mempunyai system akar yang kecil untuk pokok yang besar, bermakna ianya perlulah kerap disiram dan dijaga dengan rapi untuk memanjangkan hayat pokok tersebut
 Bonsai adalah pokok yang tidak kebal kepada matahari, angin dan kepanasan yang berlebihan kerana sebab diatas tadi.
 Bonsai memerlukan perlindungan dan pemerhatian secara kerap dan rapi.
 Lumut yang hidup diatas tanah atau akar kadangkala lebih menyerlahkan lagi seni persembahan pokok itu
 Bonsai adalah amat sesuai bagi mereka yang gemar bercucuk tanam tetapi mempunyai kawasan yang terhad seperti apartment,rumah teres dan sebagainya
 Bonsai kebiasannya boleh hidup hingga beratus tahun dengan hasil dari penjagaan yang rapi. Tidak hairan jika ada sebilangan pokok bonsai yang boleh hidup dan dapat diwarisi turun temurun, dari generasi kegenerasi.
 “BONSAI” adalah kombinasi 3 perkataan “ Shin-Zen-Bi” iaitu
-Keaslian
-Ketekunan/disiplin/ketulusan ( kerohanian )
- keindahan

B) PEMILIHAN POKOK ( Tips dari SM Noryadi PSBK )

Semasa memilih bahan utk dibuat bonsai, usah bagi kelebihan pada bahan yg kita sudah nampak akan kemenjadiannya krn fikiran kita akan terkonkong pada 1 gaya. Tapi pilihlah bahan yg bagus dan yg memeningkan kepala kita utk memikirkan apakah yg ingin dibuat ke atas bahan tersebut, maka otak kita akan sentiasa berfikir ke arah melestarikan bahan tersebut.

Bawa balik ke rumah dan biarkan pokok itu tumbuh dan dari semasa ke semasa fikiran kita akan bergerak bersama pertumbuhan pokok itu utk mencari gaya dan kemenjadiannya.

Bahan begini biasanya tak akan outdated dari segi gaya dan ini dapat mengelakkan stereotype.

Pilihlah bahan yg dinamik. Bahan yg dinamik adalah bahan yg mempunyai kombinasi keharmonian dari semua segi i.e lenggokan batang,kombinasi hidup & mati,pengecilan saiz etc.

Dinamik adalah suatu keadaan yang aktif dan bertenaga. Suatu komposisi yang dinamik adalah komposisi yang penuh dengan pergerakan, tidak static dan melihat suatu komposisi yang mampu mengajak pengamatnya untuk bereksplorasi dalam penghasilan bonsai. Sesuatu yang dinamik adalah sesuatu yang tidak diam, oleh sebab itu ada kecenderungan untuk tidak berada dalam keadaan seimbang. Untuk menciptakan komposisi dinamik dan seimbang maka digunakan keseimbangan asimetris, Iaitu keseimbangan berdasarkan kontras.

Manusia mempunyai kecenderungan untuk tertarik pada sesuatu yang seimbang,
stabil, dan simetris. Sebagai mahluk hidup manusia juga menyukai dan menghasilkan perubahan serta pergerakan dalam hidupnya, oleh sebab itu manusia juga tertarik pada sesuatu yang dinamik.

Keseimbangan dinamik adalah salah satu cara untuk mengorganisasikan elemen-elemn sehingga teratur dan stabil pada sepohon bonsai. Keseimbangan dinamik diperoleh dengan menyeimbangkan
daya tarik semulajadi pokok sehingga tercipta suatu keadaan yang stabil dimana di dalamnya terdapat elemen yang mempunyai
arah dan pergerakan.

Cultivate bonsai anda dgn cara penipuan....biasa anda dengar?

Penipuan tu maksudnya bahan pokok yg muda atau kelihatan tak matang,boleh ditipu kematangannya dgn pembuatan perdahanan yg lebih tua dari usianya.

Sebelah pantai timur negara kita kaya dgn bahan bonsai dari spesis beruas & cucur atap. Kedua-dua spesis ni mempunyai keringan/kesan kayu mati/jin & shari yg menunjukkan usia sebenar sesuatu pokok itu. Sebelum melakar seni anda ke atas bahan tersebut,tlg set dlm kepala bahawa anda sedang menggubah sepohon bonsai yg berusia 50 tahun atau 30 atau 20 tahun..jangan sekali-kali membuat perdahanan dgn menutup usia bahan itu. Maksud saya,jgn sekali-kali membenarkan org yg melihat hasil seni kita itu blh berfikir yg perdahanan yg kita buat tu nampak baru 3 tahun tp usia pokok 50 tahun.

Pokok yg mempunyai jin & shari sungguh cantik dan ia menunjukkan usia pohon tersebut.

Jin & shari yg asli adalah hasil ciptaan alam yg telah ditentukan oleh Tuhan.

Kenapa kita nak cover-up hasil buatan Tuhan dgn hasil tangan kita dgn memenuhkan perdahanan yg betul2 sihat dan gagah sehingga menutup permainan jin/shari di pohon itu dan mengganggu force sesuatu pokok itu?

Dgn perdahanan yg kelihatan gagah/kuat akan menutup penampilan kesengsaraan sesuatu pohon itu dan menjadikan ia kelihatan lebih muda dari usianya yg sudah berpuluh atau mungkin ratusan tahun...kenapa? Saja nak tunjuk pembuatan kita lebih hebat dari buatan Tuhan?

Persoalan2 inilah yg kita perlu fikirkan dlm mencari dinamik dlm pembuatan bonsai.

Jangan sekali-kali transform pokok post-mature menjadi pokok pre-mature atau mature tapi jadikan sebaliknya.

















" Do it the best you can; do it the best it can be done "