Mesyuarat AJK induk PSBK kali kedua telah berjaya diadakan pada 16 Julai bertempat di dewan Cempaka bangunan PKNS. Dalam mesyuarat tersebut pelbagai perkara dan isu telah dibangkitkan dan dibincangkan.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Wan Kamarudin Wan Zakaria berjaya menyelesaikan dan merungkai segala isu serta masalah yang ditimbulkan. Wan Kamarudin sentiasa tenang dalam menangani setiap isu yang berbangkit. AJK induk yang hadir kebanyakannya bersepakat segala isu yang timbul terutamanya yang melibatkan keputusan persatuan perlu diselesaikan dalam mesyuarat. Mesyuarat sebagai satu platform yang sesuai untuk merumuskan dan mencapai persetujuan bersama. Ternyata hasil mesyuarat kali ini 'POSITIF' sangat mengembirakan.(butiran lengkap mesyuarat tidak dapat dihebahkan disini)
Mesyuarat dipengerusikan oleh Wan kamarudin berjaya menyelesaikan kemelut yang berlaku
Naib Presiden ,Timbalan Presiden dan Setiausaha sepakat segala isu yang timbul dapat diselesaikan melalui penjelasan
'Serius' membincang hala tuju bonsai PSBK
Rata-rata ahli mesyuarat yang ditemui berkeyakinan PSBK akan berjaya memacu kecemerlangan seni bonsai di Malaysia kerana PSBK mempunyai kepakaran dan kemampuan. Ahli jawatanjuasa PSBK sendiri terdiri daripada ahli-ahli koprat dan akademik yang berpandangan jauh. Dalam mesyuarat kali ini dua orang AJK baharu dilantik.Keputusan perlantikan ini dibuat untuk memperkasakan lagi PSBK.
Faizul Bakri dari Johor dilantik AJK PSBK
Hasfullah dari KL dilantik AJK PSBK
Menurut Wan Rusaidi ( setiausaha ) PSBK akan membuat kejutan baru dalam programnya yang akan datang. Justeru beliau meminta ahli-ahli PSBK di seluruh Malaysia bersatu dan jangan percaya kepada persepsi.PSBK mempunyai saluran informasinya sendiri jadi sebarang hebahan maklumat rasmi akan diumumkan melalui blog rasmi atau utusan surat rasmi PSBK.

Selepas bermesyuarat kami bercerita pula di kedai kopi."Cerita bonsai tiada kesudahannya". Namun Masing-masing ada cerita sendiri, cerita dunia, cerita peribadi.
No comments:
Post a Comment