Monday, May 23, 2011
ASAS SENI BONSAI
Brazilian raintree / Pithecellobium Tortum
Karya : Pak Budi Sulistyo
A) ASAS YANG PATUT ANDA TAHU PERIHAL “BONSAI”
Bonsai mempunyai system akar yang kecil untuk pokok yang besar, bermakna ianya perlulah kerap disiram dan dijaga dengan rapi untuk memanjangkan hayat pokok tersebut
Bonsai adalah pokok yang tidak kebal kepada matahari, angin dan kepanasan yang berlebihan kerana sebab diatas tadi.
Bonsai memerlukan perlindungan dan pemerhatian secara kerap dan rapi.
Lumut yang hidup diatas tanah atau akar kadangkala lebih menyerlahkan lagi seni persembahan pokok itu
Bonsai adalah amat sesuai bagi mereka yang gemar bercucuk tanam tetapi mempunyai kawasan yang terhad seperti apartment,rumah teres dan sebagainya
Bonsai kebiasannya boleh hidup hingga beratus tahun dengan hasil dari penjagaan yang rapi. Tidak hairan jika ada sebilangan pokok bonsai yang boleh hidup dan dapat diwarisi turun temurun, dari generasi kegenerasi.
“BONSAI” adalah kombinasi 3 perkataan “ Shin-Zen-Bi” iaitu
-Keaslian
-Ketekunan/disiplin/ketulusan ( kerohanian )
- keindahan
B) PEMILIHAN POKOK ( Tips dari SM Noryadi PSBK )
Semasa memilih bahan utk dibuat bonsai, usah bagi kelebihan pada bahan yg kita sudah nampak akan kemenjadiannya krn fikiran kita akan terkonkong pada 1 gaya. Tapi pilihlah bahan yg bagus dan yg memeningkan kepala kita utk memikirkan apakah yg ingin dibuat ke atas bahan tersebut, maka otak kita akan sentiasa berfikir ke arah melestarikan bahan tersebut.
Bawa balik ke rumah dan biarkan pokok itu tumbuh dan dari semasa ke semasa fikiran kita akan bergerak bersama pertumbuhan pokok itu utk mencari gaya dan kemenjadiannya.
Bahan begini biasanya tak akan outdated dari segi gaya dan ini dapat mengelakkan stereotype.
Pilihlah bahan yg dinamik. Bahan yg dinamik adalah bahan yg mempunyai kombinasi keharmonian dari semua segi i.e lenggokan batang,kombinasi hidup & mati,pengecilan saiz etc.
Dinamik adalah suatu keadaan yang aktif dan bertenaga. Suatu komposisi yang dinamik adalah komposisi yang penuh dengan pergerakan, tidak static dan melihat suatu komposisi yang mampu mengajak pengamatnya untuk bereksplorasi dalam penghasilan bonsai. Sesuatu yang dinamik adalah sesuatu yang tidak diam, oleh sebab itu ada kecenderungan untuk tidak berada dalam keadaan seimbang. Untuk menciptakan komposisi dinamik dan seimbang maka digunakan keseimbangan asimetris, Iaitu keseimbangan berdasarkan kontras.
Manusia mempunyai kecenderungan untuk tertarik pada sesuatu yang seimbang,
stabil, dan simetris. Sebagai mahluk hidup manusia juga menyukai dan menghasilkan perubahan serta pergerakan dalam hidupnya, oleh sebab itu manusia juga tertarik pada sesuatu yang dinamik.
Keseimbangan dinamik adalah salah satu cara untuk mengorganisasikan elemen-elemn sehingga teratur dan stabil pada sepohon bonsai. Keseimbangan dinamik diperoleh dengan menyeimbangkan
daya tarik semulajadi pokok sehingga tercipta suatu keadaan yang stabil dimana di dalamnya terdapat elemen yang mempunyai
arah dan pergerakan.
Cultivate bonsai anda dgn cara penipuan....biasa anda dengar?
Penipuan tu maksudnya bahan pokok yg muda atau kelihatan tak matang,boleh ditipu kematangannya dgn pembuatan perdahanan yg lebih tua dari usianya.
Sebelah pantai timur negara kita kaya dgn bahan bonsai dari spesis beruas & cucur atap. Kedua-dua spesis ni mempunyai keringan/kesan kayu mati/jin & shari yg menunjukkan usia sebenar sesuatu pokok itu. Sebelum melakar seni anda ke atas bahan tersebut,tlg set dlm kepala bahawa anda sedang menggubah sepohon bonsai yg berusia 50 tahun atau 30 atau 20 tahun..jangan sekali-kali membuat perdahanan dgn menutup usia bahan itu. Maksud saya,jgn sekali-kali membenarkan org yg melihat hasil seni kita itu blh berfikir yg perdahanan yg kita buat tu nampak baru 3 tahun tp usia pokok 50 tahun.
Pokok yg mempunyai jin & shari sungguh cantik dan ia menunjukkan usia pohon tersebut.
Jin & shari yg asli adalah hasil ciptaan alam yg telah ditentukan oleh Tuhan.
Kenapa kita nak cover-up hasil buatan Tuhan dgn hasil tangan kita dgn memenuhkan perdahanan yg betul2 sihat dan gagah sehingga menutup permainan jin/shari di pohon itu dan mengganggu force sesuatu pokok itu?
Dgn perdahanan yg kelihatan gagah/kuat akan menutup penampilan kesengsaraan sesuatu pohon itu dan menjadikan ia kelihatan lebih muda dari usianya yg sudah berpuluh atau mungkin ratusan tahun...kenapa? Saja nak tunjuk pembuatan kita lebih hebat dari buatan Tuhan?
Persoalan2 inilah yg kita perlu fikirkan dlm mencari dinamik dlm pembuatan bonsai.
Jangan sekali-kali transform pokok post-mature menjadi pokok pre-mature atau mature tapi jadikan sebaliknya.
" Do it the best you can; do it the best it can be done "
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment