Showing posts with label Asean Bonsai Race Carnival. Show all posts
Showing posts with label Asean Bonsai Race Carnival. Show all posts

Tuesday, May 31, 2016

NOSTALGIA BR16

Terlebih dahulu maaf kerana untuk terus berblog dengan bercerita lagi berkenaan Bonsai Race 2016 (BR 16).

Walaupun BR 16 sudah berlalu, banyak perkara yang masih tidak jemu untuk dikenang dan terus menjadi topik bualan kepada para seniman dan peminat Bonsai seluruh Malaysia.Ini kerana acara seumpama ini memang jarang @ tidak pernah dianjurkan oleh mana - mana pun Persatuan Bonsai di Malaysia setakat ini. Pada hakikatnya bukan mudah bagi pihak penganjur untuk menjayakan program seperti ini tanpa komitmen yang tinggi. Dari penyediaan dan pengurusan tempat penginapan untuk peserta dari luar Negeri Terengganu, penyelenggaraan tapak untuk pertandingan dan pameran Bonsai dan penyeliaan para peserta amat memerlukan semangat kerja sepasukan yang tinggi.

Penghargaan kepada pihak Majlis Tempatan kerana memberi keinzinan dan sokongan untuk aktiviti pencarian tunggul cucur atap terbaik di kawasan Penarik, Terengganu. Dan tidak dilupa kepada penduduk sekitar acara Bonsai Race tersebut berlangsung yang memberi ruang dan kesediaan acara tersebut dijalankan.

Walau dalam keadaan cuaca panas dan kering ketika acara berlangsung, tidak sedikit pun melemahkan semangat para peserta dan peminat untuk sama - sama menjadikan ia satu pengalaman berbonsai yang terus menjadi kenangan.

Beberapa gambar yang sempat diambil ditempat acara berlangsung.

Siapa Kata hanya kaum lelaki sahaja berminat dengan seni Bonsai, kaum Ibu/wanita dan kanak - kanak juga turut sama untuk menikmati.


          


Penyertaan dari seniman Bonsai berbilang bangsa....

      


Keceriaan dan persaudaraan dalam Seni Bonsai 

           

Terima kasih daun keladi ,
Lain tahun Jumpa lagi ....

Air tebu untuk minuman,
setelah penat pergi menggali,
biarlah masa menjadi taruhan,
melihat seni bonsai dapat diwarisi.

Wednesday, May 04, 2016

BONSAI RACE 2016 YANG TERHANGAT !!!

Aktiviti Bonsai Race 2016 (BR16) telah di tutup bersama dengan seribu kejayaan. Matlamat untuk menghimpunkan penggiat, peminat dan seniman Bonsai telah dapat dicapai dengan penuh kepuasan. Terima kasih kepada penganjur dan urusetia yang bertungkus lumus lebih sebulan yang lalu.

Untuk rekod : 
- Lebih dari 250 pohon Bonsai yang dipertandingkan.
- Lebih 200 orang penyertaan ke Bonsai Race (Lelaki dan Wanita serta kanak-kanak) dan
- Lebih dari 500 orang yang hadir dan berkumpul dari 28hb April 2016 hingga 1hb May 2016.

Peneraju utama Sifu Mushadat , Sifu Yie dan AJK Induk PSBM (Persatuan Seniman Bonsai Malaysia) telah berjaya menyatukan seniman Bonsai seluruh Semenanjung Malaysia. Tidak lupa kepada para penyumbang wang ringgit dan tenaga kerja yang dihadapan dan dibelakang tabir...TAHNIAH...

Percayalah, aktiviti BR16 telah berhasil menggeratkan lagi silaturrohim antara para peminat dan penggiat Bonsai. Dari kenalan melalui whatsapp, Facebook atau yang seumpamanya, mereka bersua muka, bertukar tukar idea dan pandangan serta saling berbagi ilmu dalam suasana kekeluargaan dan persahabatan yang akrab.

Kerana tidak seperti aktiviti - aktiviti Bonsai yang lainnya (hanya pameran atau pertandingan Bonsai) Bonsai Race adalah sesuatu aktiviti yang paling unik dari segala aktiviti Bonsai lainnya.

Perlukah ianya dijadikan acara tahunan ?? Majoriti mengatakan YA ... . Mengapa tidak ?? Tunggu untuk pengumuman seterusnya dari PSBM (Persatuan Seniman Bonsai Malaysia) .

Pameran dan Pertandingan Bonsai

Pertandingan Pencarian bahan cucur atap (Bonsai Race)



TERIMA KASIH SEMUA , SAMPAI JUMPA LAGI ....