Bertarikh 27 hb Jun Hingga 4 hb Julai, di Bukit Layang-layang pasir gudang telah terlaksananya satu pameran bonsai yang pertama dibawah anjuran Persatuan Seni Bonsai Kelantan. Walaupun cuaca yang kerap mendung dan diikuti hujan saban hari, tidak mematahkan semangat para pengunjung. Rata-rata mereka amat teruja dan berminat dengan pameran bonsai kali ini. Pujian juga dari mereka kerana inilah kali pertama mereka dapat melihat pokok bonsai dengan lebih dekat. Pengunjung datang dari sekitar Pasir Gudang, Johor Baharu, Kota Tinggi, Kluang ,Pontian dan Batu Pahat.
Klinik bonsai atas jemputan dari pihak Majlis Perbandaran Pasir Gudang yang diterajui oleh Abg Din Kluang. Ia dihadiri oleh pengunjung dan pihak Majlis Daerah dari Pasir Gudang , Bandar Penawar dan Johor Baharu.
Serba ringkas aktiviti yang telah dijalankan. InsyaAllah satu masa nanti Bonsai di Pasir Gudang akan lebih menyerlah lagi. Matlamat akan datang untuk menganjurkan Pameran dan Pertandingan Bonsai Peringkat Kebangsaan di Pasir Gudang anjuran Persatuan Seni Bonsai Kelantan dan MPPG.
Kepada para pengunjung di ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda. Kepada mereka yang berminat untuk menjadi ahli PSBK , boleh terus hubungi saya melalui talian 012-7202606.
Kepada sebahagaian peminat yang saya dapat tuliskan di sini...En Zahrin dari Cahaya Baru , En Zack dari Kota Masai, En Annuar dari Perjiranan Air Biru, En Misman dari Bandar Baru Uda, Cikgu Elektrik Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang, Tuan Hj Kamal Taman Dahlia dan mereka-mereka yang tak dapat sebutkan disini dari sekitar Pasir Gudang, TERIMA KASIH.
Saya bangga kerana anda mempunyai minat yang sama....ayuh kita majukan lagi seni bonsai melayu melalui Persatuan Seni Bonsai Kelantan ini....
" Do it the best you can; do it the best it can be done "
Boleh hubungi saya dengan segera...nanti kita arrangekan konvoi ke Pantai Timur cari pokok dan belajar
ReplyDeleteA'kum everybody, nama saya Farah. I just would like to know ada tak bonsai shop mana2 kat KL?
ReplyDeletei risau ni, my bonsai tree ni macam nak mati.. kering, daun dia kuning sikit bukan semua but some of it, dia punye soil dia keras tapi i spray sekali every other day sebab that's the instruction. Tadi i pegi Tropicana City Mall sebab ada orang cakap ada kedai bonsai tapi takde pun. Boleh tak sesiapa recommend kedai bonsai di KL?? I cannot go to a kebun ke atau apa2 sebab i habis kerja pukul 6. This is like and death ni, saya teramat risau ni pasal pokok ni. Tolong hantarkan email kepada farah.ib@hotmail.com..
1-Boleh saya tahu pokok apa yang Saudari Farah miliki ?
ReplyDelete2-Nasihat saya segeralah kembalikan tanah tu kepada keadaan yang lembab dan berair dengan menyiramnya lebih sedikit dan letakkan ditempat 50% pendedahan cahaya matahari
3- saya akan e-mail alamat bonsai nursery melalui email saudari..
Terima Kasih
Aslammualaikum...boleh share dengan saya tak...saya pon tgh mencari kedai pokok bonsai tp area kluang johor...mana ada yee..saya nak gantikan pokok bonsai saya dah mati....tolonglah
ReplyDeleteEmailkan kt saya kalau ada info ye... sitihawa244@gmail.com
DeleteEmailkan kt saya kalau ada info ye... sitihawa244@gmail.com
DeleteBaiklah ...sebenarnya ramai penggiat bonsai Melayu di Kluang kalau Cik/Puan mahu ..
ReplyDeleteNanti saya email telefon no tuan punya pokok tu ..