Monday, June 28, 2010

KEMBARA MAHKOTA DIRAJA JOHOR


Kembara Mahkota Diraja Johor pada 26 Jun 2010, disambut meriah di Kluang . Sebuah Taman Bonsai telah diusahakan oleh ahli Persatuan Penanam Bonsai Johor dan Persatuan Seni Bonsai Kelantan atas titah perintah Tuanku. Walaupun pada peringkat awal ia seperti amat mustahil untuk dilaksanakan , tetapi berkat kata muafakat dengan mengenepikan ideologi persatuan itu sendiri, ia telah dengan jayanya dapat di realisasikan demi untuk kemajuan bonsai Malaysia.

Sultanah Johor Raja Zarith Sofia telah mencemar duli untuk memangkas daun pokok bonsai sebagai tanda perasmian dan keizinan untuk bonsai berada didalam Istana.

Tuanku Sultan Ibrahim sendiri berasa terpegun dengan kreativiti dan hasil bonsai yang telah diusahakan oleh orang melayu. Baginda amat berbangga dan mengucapkan syabas dan tahniah yang tak terhingga.

Inilah realiti bilamana sebanyak lebih dari 120 pokok bonsai telah dapat dikumpulkan dari hak milik orang melayu. Suasana yang dulunya suram telah bertukar menjadi sebuah taman yang indah dan berseri kerana kehadiran pokok bonsai.

En Noryadi ( Naib Presiden 1PSBK ) sendiri turun tangan untuk mempersembahkan demo bonsai kepada Duli Yang Amat Mulia Sultan dan Sultanah Johor.
Terima kasih kepada semua pihak dan tenaga yang bertungkus lumus terlibat didalam merekacipta sebuah Taman Bonsai di Kluang Johor.
Kesinambungan dengan itu amat berbesar hati jika Taman Bonsai dapat benar - benar di realisasikan di Johor. Kita tunggu setahun dua ini mungkin revolusi bonsai Johor akan berlaku.
SYABAS DAN TAHNIAH !!!
PPBJ Mdm Tang, Mansor Poh, Abg Din dan Abg Nizal
PSBK Noryadi, Faizul Bakri, Dr Khai dan Dr Huz.....
" Do it the best you can; do it the best it can be done " ianya tidaklah mustahil

No comments:

Post a Comment