Thursday, August 19, 2010

MEMACU KECEMERLANGAN BONSAI MALAYSIA

Mesyuarat AJK induk PSBK kali kedua telah berjaya diadakan pada 16 Julai bertempat di dewan Cempaka bangunan PKNS. Dalam mesyuarat tersebut pelbagai perkara dan isu telah dibangkitkan dan dibincangkan.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Wan Kamarudin Wan Zakaria berjaya menyelesaikan dan merungkai segala isu serta masalah yang ditimbulkan. Wan Kamarudin sentiasa tenang dalam menangani setiap isu yang berbangkit. AJK induk yang hadir kebanyakannya bersepakat segala isu yang timbul terutamanya yang melibatkan keputusan persatuan perlu diselesaikan dalam mesyuarat. Mesyuarat sebagai satu platform yang sesuai untuk merumuskan dan mencapai persetujuan bersama. Ternyata hasil mesyuarat kali ini '
POSITIF' sangat mengembirakan.(butiran lengkap mesyuarat tidak dapat dihebahkan disini)


Mesyuarat dipengerusikan oleh Wan kamarudin berjaya menyelesaikan kemelut yang berlaku


Naib Presiden ,Timbalan Presiden dan Setiausaha sepakat segala isu yang timbul dapat diselesaikan melalui penjelasan


'Serius' membincang hala tuju bonsai PSBK

Rata-rata ahli mesyuarat yang ditemui berkeyakinan PSBK akan berjaya memacu kecemerlangan seni bonsai di Malaysia kerana PSBK mempunyai kepakaran dan kemampuan. Ahli jawatanjuasa PSBK sendiri terdiri daripada ahli-ahli koprat dan akademik yang berpandangan jauh. Dalam mesyuarat kali ini dua orang AJK baharu dilantik.Keputusan perlantikan ini dibuat untuk memperkasakan lagi PSBK.


Faizul Bakri dari Johor dilantik AJK PSBK


Hasfullah dari KL dilantik AJK PSBK

Menurut Wan Rusaidi ( setiausaha ) PSBK akan membuat kejutan baru dalam programnya yang akan datang. Justeru beliau meminta ahli-ahli PSBK di seluruh Malaysia bersatu dan jangan percaya kepada persepsi.PSBK mempunyai saluran informasinya sendiri jadi sebarang hebahan maklumat rasmi akan diumumkan melalui blog rasmi atau utusan surat rasmi PSBK.


Selepas bermesyuarat kami bercerita pula di kedai kopi."Cerita bonsai tiada kesudahannya". Namun Masing-masing ada cerita sendiri, cerita dunia, cerita peribadi.

" Do it the best you can; do it the best it can be done "

Tuesday, July 06, 2010

MAJLIS PERISYTIHARAN MPPG DAN PERTANDINGAN LANSKAP NEGERI JOHOR

Bertarikh 27 hb Jun Hingga 4 hb Julai, di Bukit Layang-layang pasir gudang telah terlaksananya satu pameran bonsai yang pertama dibawah anjuran Persatuan Seni Bonsai Kelantan. Walaupun cuaca yang kerap mendung dan diikuti hujan saban hari, tidak mematahkan semangat para pengunjung. Rata-rata mereka amat teruja dan berminat dengan pameran bonsai kali ini. Pujian juga dari mereka kerana inilah kali pertama mereka dapat melihat pokok bonsai dengan lebih dekat. Pengunjung datang dari sekitar Pasir Gudang, Johor Baharu, Kota Tinggi, Kluang ,Pontian dan Batu Pahat.



Klinik bonsai atas jemputan dari pihak Majlis Perbandaran Pasir Gudang yang diterajui oleh Abg Din Kluang. Ia dihadiri oleh pengunjung dan pihak Majlis Daerah dari Pasir Gudang , Bandar Penawar dan Johor Baharu.

Serba ringkas aktiviti yang telah dijalankan. InsyaAllah satu masa nanti Bonsai di Pasir Gudang akan lebih menyerlah lagi. Matlamat akan datang untuk menganjurkan Pameran dan Pertandingan Bonsai Peringkat Kebangsaan di Pasir Gudang anjuran Persatuan Seni Bonsai Kelantan dan MPPG.

Kepada para pengunjung di ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda. Kepada mereka yang berminat untuk menjadi ahli PSBK , boleh terus hubungi saya melalui talian 012-7202606.

Kepada sebahagaian peminat yang saya dapat tuliskan di sini...En Zahrin dari Cahaya Baru , En Zack dari Kota Masai, En Annuar dari Perjiranan Air Biru, En Misman dari Bandar Baru Uda, Cikgu Elektrik Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang, Tuan Hj Kamal Taman Dahlia dan mereka-mereka yang tak dapat sebutkan disini dari sekitar Pasir Gudang, TERIMA KASIH.

Saya bangga kerana anda mempunyai minat yang sama....ayuh kita majukan lagi seni bonsai melayu melalui Persatuan Seni Bonsai Kelantan ini....


" Do it the best you can; do it the best it can be done "

Monday, June 28, 2010

KEMBARA MAHKOTA DIRAJA JOHOR


Kembara Mahkota Diraja Johor pada 26 Jun 2010, disambut meriah di Kluang . Sebuah Taman Bonsai telah diusahakan oleh ahli Persatuan Penanam Bonsai Johor dan Persatuan Seni Bonsai Kelantan atas titah perintah Tuanku. Walaupun pada peringkat awal ia seperti amat mustahil untuk dilaksanakan , tetapi berkat kata muafakat dengan mengenepikan ideologi persatuan itu sendiri, ia telah dengan jayanya dapat di realisasikan demi untuk kemajuan bonsai Malaysia.

Sultanah Johor Raja Zarith Sofia telah mencemar duli untuk memangkas daun pokok bonsai sebagai tanda perasmian dan keizinan untuk bonsai berada didalam Istana.

Tuanku Sultan Ibrahim sendiri berasa terpegun dengan kreativiti dan hasil bonsai yang telah diusahakan oleh orang melayu. Baginda amat berbangga dan mengucapkan syabas dan tahniah yang tak terhingga.

Inilah realiti bilamana sebanyak lebih dari 120 pokok bonsai telah dapat dikumpulkan dari hak milik orang melayu. Suasana yang dulunya suram telah bertukar menjadi sebuah taman yang indah dan berseri kerana kehadiran pokok bonsai.

En Noryadi ( Naib Presiden 1PSBK ) sendiri turun tangan untuk mempersembahkan demo bonsai kepada Duli Yang Amat Mulia Sultan dan Sultanah Johor.
Terima kasih kepada semua pihak dan tenaga yang bertungkus lumus terlibat didalam merekacipta sebuah Taman Bonsai di Kluang Johor.
Kesinambungan dengan itu amat berbesar hati jika Taman Bonsai dapat benar - benar di realisasikan di Johor. Kita tunggu setahun dua ini mungkin revolusi bonsai Johor akan berlaku.
SYABAS DAN TAHNIAH !!!
PPBJ Mdm Tang, Mansor Poh, Abg Din dan Abg Nizal
PSBK Noryadi, Faizul Bakri, Dr Khai dan Dr Huz.....
" Do it the best you can; do it the best it can be done " ianya tidaklah mustahil

Friday, June 25, 2010

Pameran dan Pertandingan Bonsai & Suiseki Asia 2010

Bertempat di Tropicana City Mall Kuala Lumpur dari 18hb Jun Hingga 27 Jun 2010




" Do it the best you can; do it the best it can be done "

Wednesday, April 07, 2010

ACARA PAMERAN DAN PERTANDINGAN BONSAI

Dengan rasa dukacita nya,
dimaklumkan bahawa Pameran dan Pertandingan Bonsai Kebangsaan yang dijadualkan pada 8 ~ 19 April ini TELAH DIBATALKAN, kerana masalah - masalah yang tidak dapat dielakkan....

Saya sebagai wakil PSBK yang menjalankan promosi untuk acara ini, memohon maaf kepada saudara/i , jika pembatalan ini telah menyusahkan dan menganggu perancangan yang telah saudara/i buat....

Terima Kasih

" Do it the best you can; do it the best it can be done "

Tuesday, March 23, 2010

Anugerah Pelancongan Johor 2010

Tarikh : 12 Hb Mac 2010

Tempat : " Convention Centre ", Persada Johor

Negeri : Johor Darultakzim

Upacara pembukaan yang penuh gilang gemilang,

Perasmian Anugerah oleh Menteri Besar Johor . Anugerah Pelancongan ini akan dijalankan 2 tahun sekali , terdapat banyak kategori yang dipertandingkan.
Seperti :
A- Penginapan Terbaik ( hotel 3 ~ 5 bintang, resort )
B- Restoren
C- Perkhidmatan Pelancongan
D- Kategori Bahan dan Program Pelancongan
E- Penyumbang menggalakkan Pelancongan
F- Kategori Media dan Pemasaran ( Bahagian rencana dan photo pelancongan )
G- Kategeori Media dan Pemasaran ( Bahagian Penganjuran Acara Antarabangsa dan Tempatan )
Kelihatan SM Noryadi, Naib Presiden PSBK beramah mesra dengan YB Menteri Besar.

Kalendar di sekitar acara pelancongan bagi Negeri Johor 2010
Acara berikutnya adalah penglibatan penganjuran National Bonsai Show & Competition di Tg Emas, Muar pada tarikh yang telah ditukar pada 8 ~ 19 Hb April 2010.
Acara hebat ini adalah dibawah anjuran PSBK & PPBJ dan dibawah naungan YB Menteri Besar dan Isteri.
" Do it the best you can; do it the best it can be done "

Tuesday, March 16, 2010

PEMAIN BONSAI " SENIOR "

Pada 7 Hb March 2010,

Atas permintaan seorang sahabat yang berminat dengan pohon bonsai, untuk melihat dengan lebih dekat pepohon bonsai yang bagus di sekitar Daerah Kluang....

Lokasi 1 : Koleksi dari Uncle Kok

Pohon : Jeliti/ santalia----- Wrightia Religiosa






Pohon : Cemara / Juniper



Lokasi 2 : Koleksi dari Abg Din
Pohon : Jeliti/ santalia----- Wrightia Religiosa

Gambar diatas adalah sebahagian dari koleksi diantara pemain bonsai di Daerah Kluang, ada lagi beberapa pemain bonsai yang memiliki koleksi pohon - pohon bonsai yang berharga...
pengalaman mereka diatas dalam pembikinan dan latihan bonsai adalah lebih dari 20 tahun....
Banyak pengetahuan dan teknik - teknik yang mereka kongsikan bersama saya....
Saya akan update apabila dijemput kerumah pemain bonsai lain InsyaAllah ....

" Do it the best you can; do it the best it can be done "

Tuesday, February 23, 2010

‘Bertemu Pelanggan & 'KDN (Kementerian Dalam Negeri) Bersama Rakyat’

Program ‘Bertemu Pelanggan & KDN (Kementerian Dalam Negeri) Bersama Rakyat’ telah diadakan bertempat di Paloh, Kluang Johor.

Program ni diadakan pada 20/2/2010 (7.30am-4.30pm) – 21/2/2010 (7am – 10.30pm).

Pelbagai program diadakan seperti persembahan, gerai2 jualan , demo dan pameran,termasuk gerai pameran bonsai.

Antara VIP yg akan terlibat dgn program ini adalah YB Menteri Dalam Negeri, ADUN & KSU.
PSBK telah dijemput khas oleh PPBJ ( Persatuan Penanam Bonsai Johor ) untuk menghadiri program ini bagi mempromosi bonsai kpd YB Menteri Dalam Negeri khususnya dan Kerajaan umumnya untuk diketengahkan ke peringkat yg lebih tinggi.

Bonsai yang dipamerkan di "booth" Jabatan Pendaftaran Pertubuhan di bawah Kementerian Dalam Negeri :

Jeliti/ santalia----- Wrightia Religiosa ( Spesis yang popular di Johor & Melaka )

Sebahagian dari bonsai Wrightia yang dipamerkan....Kawasan pameran Bonsai di "booth" KDN
Antara pengunjung yang menghadiri "booth" KDN ( Jabatan Pendaftaran Pertubuhan ), mereka amat teruja dengan pohon bonsai yang dipamerkan. Sambutan dari pengunjung amat menggalakkan....tak menang mulut untuk memberi penjelasan perihal bonsai yang dipamerkan...
Cucur atap milik Abg Din ( PPBJ ) yang turut dipamerkan....
Nota : Kesemua pohon bonsai yang dipamerkan adalah milik ahli PPBJ.
PPBJ amat berbangga dengan kehadiran ahli dari PSBK yang memberi sumbangan idea dan melancarkan pameran tersebut.
Kesinambungan dari itu , PSBK dan PPBJ akan mengadakan satu pameran dan pertandingan bonsai yang terbesar di Muar pada bulan April 2010 ini.
" Do it the best you can; do it the best it can be done "

Thursday, February 18, 2010

BONSAI RACE 2010

Pengalaman yang cukup berharga !!!

Inilah pengalaman pertama, bersama-sama dengan ahli-ahli PSBK berganding bahu untuk menganjurkan satu aktiviti / program yang amat bermakna untuk seluruh ahlinya...

Pengalaman seperti ini tidak boleh dilepaskan. Walaupun penat dan letih sedikit , tetapi pelajaran yang berharga tidak dapat di nilaikan..

Pengalaman mencari sendiri tunggul cucur atap di tempat asalnya bukanlah mudah seperti yang dijangkakan, banyak perkara dipelajari :

1- Tanpa pengetahuan asas, sukar nak mencari tunggul yang berharga dan mempunyai potensi..berpusing-pusing tetapi tak tahu nak cari yang mana satu..walaupun ianya telah berada didepan mata

2- Cara penggalian juga penting kerana, tunggul yang telah digali akan di tanam semula untuk dilatih menjadi sepohon bonsai yang bermutu ...kaedah menggali akan menentukan pokok itu akan hidup semula atau tidak

3- Penilaian tunggul juga amat berbeza dari penilaian pokok yang telah siap, disini kemahiran seni dan pengalaman melatih bonsai juga amat penting...kedua-dua faktor ini menjadikan seorang penggali menjadi penggali yang berkualiti

4- hanya tunggul terbaik digali dan tinggalkan yang lainya untuk terus hidup dan membiak untuk masa depan .....CARI YANG BERKUALITI BUKAN KUANTITI

5- Penjagaan semula alam sekitar amat penting kerana terdapat juga banyak pokok lain disekitarnya menjadi mangsa....

Inilah pengalaman yang amat berharga ....di Penarek segala-galanya Menarik
Kenangan peribadi :http://hy-brid.blogspot.com/p/bonsai-race-2010-yamadori.html

Segala aktiviti ada seperti di laman blogspot rasmi PSBK :
http://bonsaikita.blogspot.com/2010/02/gambar-sekitar-bonsai-race.html

" Do it the best you can; do it the best it can be done "

Friday, February 05, 2010

Mencari pohon Bonsai -

diulas dari sumber oleh FbA.

Sumber dari : Eric Olson

Memilih base / pohon bonsai dari " Nursery "

Bila hendak membeli pohon bonsai atau base bonsai pilihlah yang sihat.
Buat waktu ini bonsai telah menjadi sesuatu hobi yang amat popular, dimana kita juga boleh melayari internet dimana terdapat beribu " websites " yang menjual pohon bonsai ini secara "online".Didalam beberapa kes-kes tertentu pepohon nampak sihat dan kuat pada dasarnya, tetapi pada akhirnya pohon tersebut tidak menjadi seperti yang diharapkan malah tiada jaminan oleh penjual untuk mengganti semula. Tidak menjadi masalah untuk membeli melalui " internet" tapi perlulah berhati-hati agar berbaloi dengan wang yang telah dilaburkan.

Cara yang terbaik, jika berminat untuk membeli bonsai, mungkin boleh memikirkan untuk mencari melalui simpanan bonsai dari " nursery ". Dengan membuat pemilihan di " nursery" yang terpilih, dapatlah dilihat secara fizikal bonsai yang diinginkan secara dekat dan berbaloi dengan wang yang dilaburkan.Lebih banyak peluang untuk membuat pilihan dan pemeriksaan pada :

i) system akarnya

ii) ranting dan dahan dan

iii) dedaunnya

Sebagai tambahan, mungkin boleh berkerjasama dan membina kata sepakat dengan "nursery" untuk memberikan jaminan gantian jika pohon tersebut mati didalam tempoh masa yang tertentu.

Pihak "nursery" bonsai, kebiasaannya telah mempunyai pengalaman untuk memilih yang terbaik. Kebanyakan mereka adalah pakar dalam bidang bonsai, bukan sekadar hobi. Dengan itu secara tak langsung dapat belajar dari pengalaman dan pengetahuan dari mereka.

Sebagai tambahan, bila kebanyakan "nursery" tidak terdapat banyak spesis, tetapi mereka tentunya mempunyai rangkaian dari "nursery" lain, bolehlah berbincang dengan mereka untuk memperoleh spesis yang anda dimahu dan idamkan.

Tetapi, kebanyakan bonsai dari simpanan "nursery" adalah pohon "pre-bonsai",bermaksud pohon tersebut belum lagi menjalani perubahan bentuk latihan yang lama. Kerana kos yang tinggi , sebahagian "nursery" tidak menyimpan banyak stok pohon yang dah siap, khuatir dari segi keselamatan dan pulangan untung yang lama. Bergantung kepada kawasan atau negeri tertentu.

Bolehlah buat pilihan pohon " pre-bonsai" yang sihat dan kuat, buatlah pilihan yang bijak.Apa yang penting seperti dibawah :

1- Untuk pemula / orang baru, pilih berdasarkan dahan pada pohon, yang mana aspek utama, mestilah kuat. Bermakna dahan yang bakal dipilih mestilah
besar di bahagian bawah, meruncing hingga ke bahagian atas.

Pilih bentuk dahan yang mudah untuk dibentuk semula mengikut kreativiti bagi menambahkan lagi keseronokan dan pengalaman semasa dalam proses latihan.

2- Kemudian pastikan pohon bonsai mempunyai sistem akarnya yang menarik.Maksudnya dengan adanya akar yang berceragah dapat menseimbangkan pohon bonsai dengan pautan yang kuat.

3- Ranting juga dititikberatkan.Ini dapat memudahkan untuk membuang daun ( "pruning" ) dalam tempoh melatih.Oleh itu bila membeli pohon bonsai di "nursery" pilihlah ranting yang banyak daun.Dengan adanya dedaun yang banyak seperti lebat di bahagian bawah dan menipis keatas.Jika tiada ranting dan daun tadi susah sedikit lah untuk menimba pengalaman dan melatih pohon bonsai tersebut.

4-Seterusnya tanyalah pakar di "nursery" atau orang yang lebih berpengalamantentang tabiat tumbesaran pohon bonsai tersebut.Stail atau bentuk bonsai yang akan dilatih bergantung kepada tabiat tumbesaran pohon bonsai tersebut.

Akhir sekali, yang lebih menyeronokkan ketika tumbesaran bonsai tadi, kami cadangkan untuk menimbangkan semula mempelbagaikan bentuk bonsai.

Satu perkara lagi perlu diingat, bila membeli pohon bonsai.Dengan pembelian bonsai yang bermula dari 6 inci tinggi , ia mungkin mengambil masa 2 hingga 5 tahun untuk mencapai ketinggian 3 kaki. Sabar dan latih dengan penuh minat.

Dalam tempoh masa latihan tersebut, " prunning" ( memangkas ), "trimming" ( melicinkan ) dan membentuk ("wiring") dengan lebih kerap, latih pohon tadi sehingga menjadi stail bonsai yang sempurna.

Nota : Tulisan diatas adalah terjemahan dari "Newsletter" pembonsai Eric Olson...tanya kepada orang yang lebih mahir adalah kunci


" Do it the best you can; do it the best it can be done "

Wednesday, January 27, 2010

Segunung Tahniah kepada Pemenang dari PSBK

Seputar Pameran & Pertandingan mencipta penjing ( Penjing Creation Exhibition & competition 2010 ) yang diadakan di Kelab Sri Damasara pada 24/1/2010 - 31/1/2010.

Sebahagian daripada bonsai yang di pamerkan .....






Setinggi tahniah kepada semua Ahli PSBK..dan para pemenang dari PSBK ...

PSBK mempunyai keterampilan yang tersendiri, dan selayaknya bakal menjadi pelopor kepada pemain-pemain Bonsai 1 Malaysia..

Maju dan terus Maju ....

LIHATLAH dari mata burung,
BUKAN dari bawah tempurung


" Do it the best you can; do it the best it can be done "