Monday, November 03, 2014

TAMAN BONSAI ( Bonsai sebagai penghias seni taman )

Sudah hampir 2 tahun, banyak perkara dan aktiviti telah berlalu.
Oleh kerana tanggungjawab pekerjaan yang terpaksa didahulukan aktiviti berbonsai terpaksa diperlahankan sedikit, walaubagaimanapun bonsai yang sedia ada terus dikekalkan keasliannya, dengan harapan agar para pembantu dirumah dapat melaksanakan tugas yang telah diberi dan diajar dengan baik.

Walaupun setiap perancangan telah dilakukan, perancangan Maha Pencipta tetap yang terbaik. Yang tidak diingini berlaku akan tetap berlaku jua. 2 pokok Bonsai telah tidak dapat diselamatkan lagi , puncanya kerana tidak cukup air sewaktu proses siraman. Redha atas ketentuannya.


Saya ingin berkongsi sesuatu yang boleh membuatkan hati para peminat dan pencinta bonsai akan berasa tenang dan damai. Beberapa contoh halaman rumah yang dihiasi oleh deretan pohon-pohon bonsai dan desiran air kolam ikan. Tetapi AWAS, kerana yang bukan dari kalangan peminat dan pencinta bonsai juga akan sama menikmati. Ceritanya saya telah kehilangan 3 pokok bonsai yang saya sayangi.












Sebahagian seni hiasan Laman Bonsai yang saya salin dari beberapa orang sahabat dan laman web. Saya yakin semua orang mahukan suasana damai dan indah seperti gambar diatas. Saya....suatu masa dan ketika nanti jika tidak memenuhi kesemuanya , tetapi hampir menyerupai juga amat memadai.

Sekian.

  " Do it the best you can; do it the best it can be done "

1 comment:

  1. CASINO HOTEL CASINO (Las Vegas, NV) - Mapyro
    Casino Hotel in Las 포천 출장마사지 Vegas (Las Vegas NV 89109) Las Vegas 고양 출장안마 is one 정읍 출장안마 of 대전광역 출장안마 the 전라남도 출장샵 largest hotels in town and the largest casino in the country. Book today and

    ReplyDelete