Bahan yang dipetik dari beberapa blog Sifu tersohor tanahair dan dari Blog Bonsai Kita sebagai serba sedikit panduan .Bahan tulisan yang sangat berharga ini telah ditulis oleh Saudara Ridzuan dan Sifu Bohori dari Persatuan Seniman Bonsai Malaysia.
Penjagaan Cucur Atap
sentiasa menjadi topik perbincangan hangat bagi pemain-pemain bonsai.Daripada
penjenamaan namanya sehinggalah kepada proses penyiapannya.Bagi setengah-setengah pemain masalah demi masalah akan
timbul semasa proses melatih sepesis jenis ini. Cucur Atap juga dikatakan tidak
mempunyai hayat yang lama. Pokok bonsai Cucur Atap yang telah Berjaya dibentuk
juga turut mengalami masalah yang sama iaitu meranting dan mati Namun begitu
bagi setengah-setengah pemain pula penjagaan pokok Cucur Atap sangat mudah dan
kebanyakan pokok Cucur Atap milik mereka tidak pernah meranting dan tidak
pernah mati.Persoalannya Mengapa dan kenapa.Dalam ruangan ini marilah kita
bersama-sama berbincang ,bertukar pandangan,pendapat dan segalanya berkaitan
Cucur Atap.
Di Sini penulis tuliskan kembali pengajaran Sifu
Bohori dalam ruangan komennya berkaitan Cucur Atap untuk kita jadikan rujukan
dan pembelajaran yang berguna.
S Bohori
Cucur Atap walau pun dahannya sudah sebesar jari masih boleh di liukkan. Gunakan kaedah membalut dahannya seperti Juniper. boleh gunakan tiub seperti idea Adi,atau tali rafia.Sebaiknya masukkan sebatang dawai seiring dgn dahan itu dan baru di balut. Gunakan dawai 3.5mm atau 4mm. Kaedah mengergaji dahan juga boleh digunakan ditempat yg hendak diliuk(sama mcm teknik meliuk santalia).Teknik ini agak berisiko jika tidak berhati2 dan cermat.Salah satu cara lagi adalah seperti yg Chung terangkan.
Cucur Atap walau pun dahannya sudah sebesar jari masih boleh di liukkan. Gunakan kaedah membalut dahannya seperti Juniper. boleh gunakan tiub seperti idea Adi,atau tali rafia.Sebaiknya masukkan sebatang dawai seiring dgn dahan itu dan baru di balut. Gunakan dawai 3.5mm atau 4mm. Kaedah mengergaji dahan juga boleh digunakan ditempat yg hendak diliuk(sama mcm teknik meliuk santalia).Teknik ini agak berisiko jika tidak berhati2 dan cermat.Salah satu cara lagi adalah seperti yg Chung terangkan.
Menukar tanah Cucur Atap tidaklah begitu rumit
seperti yg di gambarkan oleh kebanyakan pemain bonsai.
Ada dua cara yg selalu digunakan.
Ada dua cara yg selalu digunakan.
1. Tanahnya asalnya dibuang 100% dan digantikan dgn tanah yg baru.Akar rambunya boleh dipotong sedikit sebelum ianya di tanam semula.Pastikan ianya berada di tempat teduh sehingga kelihatan pucuknya sudah keluar lebih kurang 2 atau 3 mm baru boleh dipindah ke tempat yg kena cahaya matahari 100%.
2. Cara kedua
tanah asalnya hanya dibuang 30% sahaja .Ini bermakna kita hanya perlu membuang
4 atau 5 cm tanah di sekeliling pasu dan 1 atau 2cm di bahagian bawah akar
rambunya.Tanah yg di buang bergantung pada saiz pasu.Selepas ditanam semula
haruslah berada di tempat teduh seperti cara pertama tadi.Peringatan.Pastikan bonsai
itu tidak dibajai sebelum dan selepas menukar pot.Lebih kurang 1 minggu dibawah
matahari dan jika di dapati tidak bermasaalah baru boleh dibajai.
S.Bohori
Kenapa pokok kita meranting (mati sesetengah dahannya)
1.
Mengunakan pasir 100% utk menenam pokok memerlukan 3 kali siraman
sehari.Pasir tidak dapat memegang kelembapan yg lama.
2. Pembajaan lebih kerap dari menyiram.
3. Tidak mencuci dahan dan ranting yg berkulat.
4. Selalu menyiram di waktu malam.Akar tidak
berkerja jika tiada cahaya matahari.Air yg bertangkung bersama baja akan
merusakkan akar rambu
5. Pengunaan baja kimia yg agak lebih akan
menjadi racun pada pokok
6. Pruning hujung dahan dilakukan serentak dgn
membaja.
7. Tidak pernah memberi vitamin B1,amino asid
dan TE pada pokok.
8. Tidak pernah menukar tanah sejak dari
menanamnya.
S.Bohori
Semasa menukar pot, Cucur Atap tidak boleh di angkat dgn tanahnya tergantung, berat tanah membuatkan beberapa akar tercabut, pasti mana mana dahan yg berkait dgn akar itu mati. Jangan sekali kali menarik terus c atap dari pot lama utk ditukar ke pot baru. Perlulah di support dgn tangan di bahagian bawahnya semasa mengangkat. Saya pernah membuat demo di rumah Noryadi, menukar tanah pokok C Atap Rosli, Jadi saya rasa perkara ini boleh di rujuk kpd SM kita. Jika daunnya berubah menjadi kelabu dan tidak meluruh bermakna dahan itu pasti mati.Jika daunnya meluruh hanya tinggal ranting kemungkinan besar dahan itu masih hidup. Pokok yg bermasaalah mestilah berada di tempat teduh. Walau pun C Atap memerlukan cahaya 100% tetapi saiz pasu mesti diambil kira. Jika saiz pot itu kecil, panas matahari sebelah pagi shj sudah mencukupi untuknya. Walaupun disiram dgn cara yg betul, pengeringan tanah dlm pot yg kecil lebih cepat, apatah lagi jika ditanam dengan pasir.
1. C Atap tidak boleh di gali sembarangan. Terdapat jenis yg lemah dan yg tahan lasak. Yg lemah itu berada di tempat yg bertangkung air semasa hujan dan yg lasak itu berada di tempat yg tidak bertangkung air semasa hujan walaupun di dlm persekitaran yg sama dekat.
2. Pokok yg kelihatan kurang subur di habitat
asalnya lebih mudah hidup jika di gali. pokok yg kelihatan subur kebiasaannya
susah sedikit (bergantung pada nasib).
3. Pokok di gali bersama tanahnya, ikat tanah
dgn plastic atau kain supaya akar rambunya tidak kering dlm perjalanan pulang.
4.Boleh di tanam dgn tanah yg sama jenis dengan
tempat asalnya.
5.Tanah di tempat asalnya mestilah diambil di
permukaannya sahaja iaitu yg berwarna putih(lebih kurang 1cm dipermukaan). Atau
pun tempat laluan tayar kereta. Jangan di gali dan mengambil tanah yg berwarna
hitam kerana tanah itu boleh mematikan pokok, kecuali di basuh sedikit sampai
kelihatan agak putih.
6. Boleh juga ditanam dgn tanah bakar 100%.Pokok
yg digali tadi di cuci sampai tidak ada sedikit pun tanah asalnya,dipotong akar
mengikut saiz pasu seolah olah pokok itu sudah siap,tetapi ditanam dlm training
pot yg agak besar sedikit.
7.simpan pokok tadi ditempat yg teduh tetapi
terkena embun.
8.Pastikan tanahnya nampak kering baru di siram
tetapi jangan sampai air menitik di bawah pasu. Sprey batang dan dahannya dgn
air 3 kali sehari.
9.Apabila tunasnya sudah memanjangL/kurang 3-4
inci bolehlah dialih ke tempat yg terkena cahaya matahari pagi dahulu selama
beberapa hari. Jika tiada masaalah bolehlah dialih ketempat 100% sun light.
10. Jika training pot yg kita gunakan tidak
mempunyai kaki haruslah di lapik supaya air tidak bertangkung di bahagian bawah
pot. Air yg bertangkung boleh menyebabkan pokok mati.
11.Jangan gunakan jaring almari yg lubangnya
halus untuk menutup lubang pot. Gunakan jaring hitam taiwan yg khusus utk
bonsai.
S.Bohori
S.Bohori
PERHATIAN
Boleh mengunakan sebarang jenis tanah asalkan
ianya di ayak dan ianya dapat memegang kelembapan yang agak lama. Pokok tidak
memerlukan kepada air yg bertangkung tetapi ianya memerlukan kepada kelembapan
sahaja. Pokok yg silent death itu bergantung kpd perkara perkara diatas.
Selamat mencuba, jangan putus asa. Sekian yg termampu.
Jangan sekali kali menukar tanah semasa pokok sedang berbunga, pokok cukup lemah semasa berbunga, boleh menyebabkan kematian pada pokok.
Jangan sekali kali menukar tanah semasa pokok sedang berbunga, pokok cukup lemah semasa berbunga, boleh menyebabkan kematian pada pokok.
" Do it the best you can; do it the best it can be done "
No comments:
Post a Comment