Walaupun BR 16 sudah berlalu, banyak perkara yang masih tidak jemu untuk dikenang dan terus menjadi topik bualan kepada para seniman dan peminat Bonsai seluruh Malaysia.Ini kerana acara seumpama ini memang jarang @ tidak pernah dianjurkan oleh mana - mana pun Persatuan Bonsai di Malaysia setakat ini. Pada hakikatnya bukan mudah bagi pihak penganjur untuk menjayakan program seperti ini tanpa komitmen yang tinggi. Dari penyediaan dan pengurusan tempat penginapan untuk peserta dari luar Negeri Terengganu, penyelenggaraan tapak untuk pertandingan dan pameran Bonsai dan penyeliaan para peserta amat memerlukan semangat kerja sepasukan yang tinggi.
Penghargaan kepada pihak Majlis Tempatan kerana memberi keinzinan dan sokongan untuk aktiviti pencarian tunggul cucur atap terbaik di kawasan Penarik, Terengganu. Dan tidak dilupa kepada penduduk sekitar acara Bonsai Race tersebut berlangsung yang memberi ruang dan kesediaan acara tersebut dijalankan.
Walau dalam keadaan cuaca panas dan kering ketika acara berlangsung, tidak sedikit pun melemahkan semangat para peserta dan peminat untuk sama - sama menjadikan ia satu pengalaman berbonsai yang terus menjadi kenangan.
Beberapa gambar yang sempat diambil ditempat acara berlangsung.
Siapa Kata hanya kaum lelaki sahaja berminat dengan seni Bonsai, kaum Ibu/wanita dan kanak - kanak juga turut sama untuk menikmati.
Penyertaan dari seniman Bonsai berbilang bangsa....
Keceriaan dan persaudaraan dalam Seni Bonsai
Terima kasih daun keladi ,
Lain tahun Jumpa lagi ....
Air tebu untuk minuman,
setelah penat pergi menggali,
biarlah masa menjadi taruhan,
melihat seni bonsai dapat diwarisi.