Monday, April 11, 2016

"Repot"Cucur Atap

oleh Noryadi Norudin

Penampilan bonsai dari spesis cucur atap (beackea frutescen) cukup memukau pandangan. Tetapi secara umumnya para pemain, peniaga dan pembeli bonsai terutama dari luar pantai timur tidak berani memiliki cucur atap kerana persepsi yang mengatakan spesis amat lemah perakarannya, manja dan susah dijaga.

Pelbagai ramalan & tip tip pengalaman sendiri dikeluarkan utk menjaga cucur atap yg semakin menebalkan anggapan ramai bahawa spesis ini amat rumit dijaga. Antara 'aspek ketakutan' (fear factor) yg membuatkan kebanyakan dari pemain menjauhi cucur atap adalah cara "repotting"tukar pasu atau tukar tanah.

Kerana faktor ini jugalah membuatkan ramai dari kalangan pemain menyiapkan cucur atap tanpa mengganti media tanaman dan menguna-pakai media asal dari sejak bahan tersebut digali sehingga siap menjadi bonsai.

Ada juga cucur atap ketika dalam training diganti media tanaman tanpa dicuci root-ball (ketulan tanah yg memegang akar) yang mengakibatkan jangkitan bakteria hasil dari pereputan akar yg tersimpan di dlm root-ball tersebut. Kaedah ini akan menyulitkan pembeli baru krn sedikit demi sedikit ranting/dahan cucur atap yg baru dibeli akan mengering dan mati (hampir kesemua pokok cucur atap yg menggunakan kaedah ini menghadapi masalah yg sama). 

Antara kaedah repotting cucur atap :-

1.Root-ball asal yang mengakibatkan infection
2. Root-ball dipecahkan menggunakan semburan air dan akar dicuci sepenuhnya tanpa memotong akar hidup.
3. Pastikan media yg digunakan mempunyai partikel kecil,mempunyai sifat pengudaraan dan drainage yang baik.
4.Selepas diletakkan di tempat yg teduh selama 1 bulan,daun-daun baru mula tumbuh subur seiring dgn pergerakan akar.
Nah,sekarang apa lagi yg ditakutkan dengan spesis cucur atap yang cukup menawan ini? 
Selamat berbonsai.




" Do it the best you can; do it the best it can be done "

1 comment:

  1. Penerangan Kaedah ‘Repot’ Bonsai

    Gambar 1 & 2
    Bonsai perlu ditukar media penanamannya secara berkala utk memastikan pertumbuhannya yg sihat. Semasa repotting, pastikan pokok dalam keadaan kuat. Ini boleh dipastikan dgn memerhatikan pertumbuhan daunnya.

    Gambar 3, 4 & 5
    Perhatikan keadaan root-ball yg telah menutup ruang udara dan saliran. Keadaan ini akan menghalang pertumbuhan akar dan jika dibiarkan akhirnya akan menyebabkan pengeringan ranting, dahan.

    Akar dicuci sepenuhnya dari gumpalan tanah secara berhati-hati utk menjaga akar2 yg hidup, akar2 reput dibuang utk mengelakkan jangkitan penyakit.

    Gambar 6 & 7
    Setelah akar dicuci, pokok ditanam dalam media penanaman yg baru. Pemilihan jenis media penanaman adalah penting utk memastikan media tersebut mempunyai fungsi pengudaraan dan saliran yg baik. Media ini perlu bebas dari debu krn debu bertindak mengikat partikel2 tanah menjadi mampat.

    Gambar 8 & 9
    Selepas penanaman di dlm media yg baru, bonsai diikat pada pasunya utk kestabilan sehingga akar2 baru mula bergerak dan ‘memegang’ tanah.

    Gambar 10
    Bonsai ini adalah dari spesis tempatan iaitu jenis cucur atap yg banyak terdapat di pantai timur. Bonsai ini telah memenangi beberapa anugerah dan mendapat pengiktirafan tertinggi di dalam pertandingan bonsai peringkat kebangsaan dan juga pertandingan yg bertaraf antarabangsa.

    ReplyDelete