Tuesday, April 19, 2016

CERITA DARI BONSAI RACE

Dalam setiap pertandingan dan pameran Bonsai peringkat Negeri, Negara atau Antarabangsa di Malaysia, Bonsai Cucur Atap telah menjadi satu kemestian untuk turut sama menyerikan setiap acara tersebut.  Nama Botaninya Beackea Frutescens dan lebih dikenali sebagai Cucur Atap, Coreng Atap di Malaysia. Didalam kelompok keluarga Melastomaceae ianya jiga dikenali sebagai Sapu-sapu di Indonesia dan Xiang Song di Taiwan.

Oleh kerana kemenjadiannya sebagai sebuah pohon Bonsai yang unik dan menarik, Cucur Atap telah berjaya menambat hati para peminat dan pemain bonsai untuk memiliki dan menyimpannya di rumah sebagai satu koleksi yang dapat menyejukkan mata yang menandangnya. Kelebihan yang lain pula pohon ini, ianya juga amat mudah didapati di persisir pantai timur Malaysia dan sebhagian pantai barat. Dengan bahan kos yang murah dan berbekalkan darah seni yang mengalir kemenjadian Cucur Atap sebagai pohon bonsai amat mengujakan.
  

Di Malaysia pohon Cucur Atap yang baik terdapat di Negeri Terengganu, di persisiran pantai Penarik dan Merang (berdasarkan pengalaman dan penelitian oleh Sifu-Sifu Bonsai Malaysia). Cucur Atap dinobatkan sebagai hasil seni atau produk Bonsai dari Masyarakat Melayu Pantai Timur yang terbaik. Oleh sebab yang demikian Cucur Atap telah menjadi sebahagian dari pohon pohon Bonsai yang terbaik selain Jeliti/Santalia dan bebrapa spesis lainnya. Permintaan yang tinggi dari peminat dan pemain Bonsai Malaysia, maka idea BONSAI RACE telah tercetus pada tahun 2010.

Bermotifkan "Rasai pengalaman sebenar menggali Cucur Atap" maka BONSAI RACE 2010 dapat dijayakan. Inilah pengalaman yang sukar dilupakan dan amat sekali berharga kepada mereka yang tidak pernah merasai mencari bahan cucur atap dikawasan hidupannya yang sebenar.

Secara tidak langsung aktiviti ini juga dapat menghimpunkan para seniman bonsai, pemain dan peminat Bonsai seMalaysia berkumpul dan berkongsi idea dan pengalaman masing - masing.

Pada tahun 2016 sekali lagi pesisir pantai Penarik dan Merang Terengganu bakal dihadiri oleh para seniman, pemain Bonsai dan juga peminat Bonsai dari seluruh Malaysia.

Penyertaan yang telah diterima dan respon kepada pihak urusetia setakat ini adalah amat menggalakkan. Hebahan dan liputan dari pihak media elektronik juga sedang rancak dijalankan.

     
Ayuh...kepada semua peminat dan seniman Bonsai seluruh Malaysia kita meriahkan acara ini untuk tahun 2016.

No comments:

Post a Comment