Tuesday, April 19, 2016

CERITA DARI BONSAI RACE

Dalam setiap pertandingan dan pameran Bonsai peringkat Negeri, Negara atau Antarabangsa di Malaysia, Bonsai Cucur Atap telah menjadi satu kemestian untuk turut sama menyerikan setiap acara tersebut.  Nama Botaninya Beackea Frutescens dan lebih dikenali sebagai Cucur Atap, Coreng Atap di Malaysia. Didalam kelompok keluarga Melastomaceae ianya jiga dikenali sebagai Sapu-sapu di Indonesia dan Xiang Song di Taiwan.

Oleh kerana kemenjadiannya sebagai sebuah pohon Bonsai yang unik dan menarik, Cucur Atap telah berjaya menambat hati para peminat dan pemain bonsai untuk memiliki dan menyimpannya di rumah sebagai satu koleksi yang dapat menyejukkan mata yang menandangnya. Kelebihan yang lain pula pohon ini, ianya juga amat mudah didapati di persisir pantai timur Malaysia dan sebhagian pantai barat. Dengan bahan kos yang murah dan berbekalkan darah seni yang mengalir kemenjadian Cucur Atap sebagai pohon bonsai amat mengujakan.
  

Di Malaysia pohon Cucur Atap yang baik terdapat di Negeri Terengganu, di persisiran pantai Penarik dan Merang (berdasarkan pengalaman dan penelitian oleh Sifu-Sifu Bonsai Malaysia). Cucur Atap dinobatkan sebagai hasil seni atau produk Bonsai dari Masyarakat Melayu Pantai Timur yang terbaik. Oleh sebab yang demikian Cucur Atap telah menjadi sebahagian dari pohon pohon Bonsai yang terbaik selain Jeliti/Santalia dan bebrapa spesis lainnya. Permintaan yang tinggi dari peminat dan pemain Bonsai Malaysia, maka idea BONSAI RACE telah tercetus pada tahun 2010.

Bermotifkan "Rasai pengalaman sebenar menggali Cucur Atap" maka BONSAI RACE 2010 dapat dijayakan. Inilah pengalaman yang sukar dilupakan dan amat sekali berharga kepada mereka yang tidak pernah merasai mencari bahan cucur atap dikawasan hidupannya yang sebenar.

Secara tidak langsung aktiviti ini juga dapat menghimpunkan para seniman bonsai, pemain dan peminat Bonsai seMalaysia berkumpul dan berkongsi idea dan pengalaman masing - masing.

Pada tahun 2016 sekali lagi pesisir pantai Penarik dan Merang Terengganu bakal dihadiri oleh para seniman, pemain Bonsai dan juga peminat Bonsai dari seluruh Malaysia.

Penyertaan yang telah diterima dan respon kepada pihak urusetia setakat ini adalah amat menggalakkan. Hebahan dan liputan dari pihak media elektronik juga sedang rancak dijalankan.

     
Ayuh...kepada semua peminat dan seniman Bonsai seluruh Malaysia kita meriahkan acara ini untuk tahun 2016.

Wednesday, April 13, 2016

SIMULASI MASA HADAPAN BONSAI

Sebahagian simulasi yang telah diilhamkan oleh jurulukis saudara Leemar di Leemar studio ....

 

 





" Do it the best you can; do it the best it can be done "

Tuesday, April 12, 2016

KAEDAH 'Sincronize' DALAM PEMBONSAIAN

Kaedah 'Sincronize' dalam pembonsaian ( penyetaraan masa)
Oleh ~ridhuan hj mohamad (BONSAI KITA)

Sir Isaac Newton menyatakan masa itu adalah linear dan sebahagian dari struktur asas alam semesta dan masa juga merupakan sesuatu yang boleh diukur. Ini merupakan satu pandangan yang realis, Sebenarnya misteri masa paling rumit untuk dijelaskan. Tidak ada seorangpun dalam dunia ini yang dapat memberitahu kita secara tepat apakah itu masa. Secara amnya, masa hanya dapat didefinasikan sebagai suatu tempoh atau jangka waktu.Kebolehan mengukur masa sangat penting dalam menyempurnakan kemenjadian bonsai.Sekiranya anda diberi sebuah buku panduan penghasilan bonsai adakah anda mampu untuk menghasilkan sepohon bonsai yang sempurna.? Tahukah anda bahawa penghasilan sesebuah karya bonsai mengambil masa dan disiplin yang lama.

Masa menjadi ukuran kematangan pohon bonsai

Pemain-pemain bonsai yang berpengalaman akan tetap sabar membentuk dan menanti masa untuk kesempurnaan hasil bonsai mereka. Penggiat-penggiat bonsai yang terkenal seperti Mohd Bohori, Noryadi Norudin, Hj Abd Halim Salleh, Budi Sulistyo, Robert Steven, Agus Wijanarko,dan yang lain-lain telahpun menggunakan konsep masa dalam penghasilan bonsai mereka. Masa telah lama menjadi subjek utama dalam seni,falsafah dan sains bonsai mereka.

Selama manakah sepohon bonsai dapat disiapkan?
Ukuran masa sebenarnya telah menjadi ukuran ahli-ahli bonsai sejak lama dahulu dan masa telah memberi cabaran yang hebat dalam seni ini . Persoalan yang sering ditanya dalam menghasilkan sesebuah pohon bonsai ialah bilakah masa pertumbuhan tunas yang membentuk dahan dan ranting, Bilakah masa dimeter ukur lilit dahan yang sesuai untuk dililitkan kawat dan boleh dilenggokkan .Berapakah cm panjang dahan yang sesuai untuk dipotong. Tumbesaran pohon pula berbeza masa antara satu jenis dengan jenis yang lain

Bilakah masanya ukurlilit(dimeter) yang sesuai untuk dimasukkan kawat

Kadangkala aktiviti kehidupan seharian ahli bonsai melibatkan kumpulan orang yang menjalankan aktiviti bonsai di sesuatu tempat atau daerah yang sama malah ada yang menanam dengan tempoh yang sama tetapi mengapakah masa pembentukan bonsai mereka berbeza?. Walaupun dari sudut jenis, media tanah,pembajaan dan penyiraman yang serupa

Apakah benar masa menjadi benda ukuran objektif dalam dunia bonsai atau ia hanya sebahagian dari retorik sistem ukuran minda . Benarkah hanya mereka yang pakar tahu masa yang tepat untuk menanam,membentuk,membaja dan menukar tanah? Adakah masa "benda sebenar" yang "melingkari pembentukan bonsai ", atau ia hanya lebih dari cara becakap tentang bonsai yang bertujuan untuk mengukur peristiwa penting yang terjadi semasa pembentukan bonsai?

Walau bagaimana cara sekalipun kita tidak mungkin dapat menghasilkan lenggok dahan yang berseni sekiranya kita tidak mengetahui bilakah masa pembentukannya. Bonsai yang dihasilkan juga tidak akan menjadi. Seringkali pemain yang melepasi masa, dahan yang tumbuh terlalu keras dan sukar dibentuk lagi. Ini menyebabkan pemain terpaksa memotong kembali dahan untuk dijadikan 'base' asal semula.
Pemain bonsai yang ketinggalan ini akan menunggu kembali detik pertumbuhan dahan dan ranting untuk dibentuk semula. Ini merugikan masa

Bilakah masa untuk pemuliharaan semula batang, dahan, ranting serta daun? Bilakah masa pembajaan dan repoting tanah ?
Kesimpulannya kepada pemain-pemain baru anda perlu dan mesti mengetahui kaedah ‘Sincronize’/penyetaraan masa. Bilakah masa dahan (dimeter yang sesuai)membesar dan boleh dikawatkan dan bilakah masa (panjang(cm) dahan) perlu dipotong. Bilakah pula untuk membentuk ranting-ranting dan memurnikan daun-daunnya. Justeru pemain-pemain yang baru perlu berlajar dengan (SIFU) yang berpengalaman. Inilah soalan dasar yang harus anda bertanya dan ketahui dulu sebelum membentuk pohon bonsai anda. Sekiranya tidak anda pasti akan keliru selama bertahun-tahun. Untuk mengayakan pohon bonsai tidaklah sesukar mana kerana anda boleh adaptasikan gaya bonsai daripada buku- buku atau majalah-majalah bonsai tetapi untuk mengetahui masa membentuk memerlukan mereka yang benar-benar berpengalaman untuk membantu anda.

Kaedah 'Sincronize' dalam bonsai perlu dipelajari!
fikir-fikirkan kaedah ‘Sincronize’ ini dalam bonsai. Mungkin di suatu hari nanti ada di antara kita yang dapat menghasilkan teori 'sincronize' (penyetaraan masa) dalam pembentukan bonsai .Teori ini pula boleh dijadikan panduan dan rujukan berguna kepada kita semua !!


" Do it the best you can; do it the best it can be done "

TANYA SAMA SIFU

oleh~Noryadi Noruddin
Soalan dari saudara Adnan pada 17/12/2009 :
1- Ada tak teknik mudah/betul nak liukkan Juniper yg batang/dahannya yang bersaiz besar  i.e. 1-4 inci. ?
   Bolehkah teknik pemotongan ½ atau ¾ boleh diapplykan bagi memudahkan batang/dahan dibengkokkan. ?
2- Apakah characteristic of Juniper. ?
3- Teknik2 membuat Jin/Shari ?
4- Jenis2 Juniper yg biasa dimainkan di Malaysia. ?

Jawapan :
Keluarga Juniper mempuyai beberapa spesis tapi spesis yg paling digemari di peringkat global adalah dari jenis Sinensis. Pada pengamatan dan pengalaman saya, Juniperus Sinensis ini adalah spesis yg tahan lasak dan usianya boleh menjangkau ratusan tahun (Rujuk lampiran gambar di bawah)

Antara teknik meliuk batang/dahan juniper adalah dgn membuat patahan terhadap dahan/batang dan meliuk batang/dahan tersebut. Patahan boleh dilakukan di beberapa tempat di atas sesuatu pohon itu. Patahan tersebut dibiarkan utk beberapa tahun dan kulit hidup akan membengkak mengikut liukan patahan dahan/batang tersebut (Rujuk lampiran gambar di bawah)

Penjagaannya cukup senang. Utk pokok2 Juniper Sinensis kepunyaan saya,saya cuma membuat siraman harian kpd daun2nya sahaja (spray), siraman tanah cuma dilakukan sekali dlm 3 hari krn Juniper Sinensis tidak memerlukan air yg banyak. Pembajaan pula saya gunakan dari jenis slow release dan folliar. Repotting saya lakukan setiap 2 tahun dgn mencuci keseluruhan akar tanpa menyimpan root-ball. Media volcanic soil yg ditapis halus digunakan bersesuaian dgn akar Juniper yg mempunyai banyak akar rambut.
(Rujuk lampiran gambar di bawah)



Secara ringkasnya, teknik membuat Jin/Shari utk Juniper dari spesis Sargent/Sinensis adalah seperti berikut :-
Ø Rangka design yg diinginkan secara berhati-hati
Ø Pemilihan bahagian pokok utk dijadikan bahagian hadapan. Langkah ini penting utk memastikan design yg akan dilaksanakan adalah sempurna dan harmoni.
Ø Cuci permukaan kulit pokok utk mengenal pasti aliran/pergerakan.
Ø Tandakan/buat garisan utk mencari saluran batang yg akan dibuat shari.
Ø Tanggalkan kulit pada dahan sehingga menampakkan jin
Ø Cungkil kulit pada saluran batang
Ø Ukiran shari mestilah mengikut aliran urat kayu (wood fiber)
Ø Semasa mengukir, simpan kayu tua yg berwarna coklat di saluran batang yg ingin dijadikan shari sebaik mungkin dan buang kayu yg lebih muda yg berwarna putih.
Ø Guna alat2 ukiran traditional utk mendapatkan kesan yg lebih halus dan peralatan mesin/grinder utk proses finishing.
Ø Jgn buat jin/shari jika pokok baru direpot krn ia berada dlm keadaan lemah krn perakarannya terganggu.
Ø Paling bagus dibuat jin/shari utk pokok yg sudah berada di dlm pot selama 4-5 tahun krn belum sudah cukup keras berbanding pokok yg berada di dalam tanah.
Ø Sebaiknya latih dulu perdahanan yg ingin dijadikan jin agar kecantikannya lebih terserlah.

(Rujuk lampiran gambar di bawah)



" Do it the best you can; do it the best it can be done "

Monday, April 11, 2016

"Repot"Cucur Atap

oleh Noryadi Norudin

Penampilan bonsai dari spesis cucur atap (beackea frutescen) cukup memukau pandangan. Tetapi secara umumnya para pemain, peniaga dan pembeli bonsai terutama dari luar pantai timur tidak berani memiliki cucur atap kerana persepsi yang mengatakan spesis amat lemah perakarannya, manja dan susah dijaga.

Pelbagai ramalan & tip tip pengalaman sendiri dikeluarkan utk menjaga cucur atap yg semakin menebalkan anggapan ramai bahawa spesis ini amat rumit dijaga. Antara 'aspek ketakutan' (fear factor) yg membuatkan kebanyakan dari pemain menjauhi cucur atap adalah cara "repotting"tukar pasu atau tukar tanah.

Kerana faktor ini jugalah membuatkan ramai dari kalangan pemain menyiapkan cucur atap tanpa mengganti media tanaman dan menguna-pakai media asal dari sejak bahan tersebut digali sehingga siap menjadi bonsai.

Ada juga cucur atap ketika dalam training diganti media tanaman tanpa dicuci root-ball (ketulan tanah yg memegang akar) yang mengakibatkan jangkitan bakteria hasil dari pereputan akar yg tersimpan di dlm root-ball tersebut. Kaedah ini akan menyulitkan pembeli baru krn sedikit demi sedikit ranting/dahan cucur atap yg baru dibeli akan mengering dan mati (hampir kesemua pokok cucur atap yg menggunakan kaedah ini menghadapi masalah yg sama). 

Antara kaedah repotting cucur atap :-

1.Root-ball asal yang mengakibatkan infection
2. Root-ball dipecahkan menggunakan semburan air dan akar dicuci sepenuhnya tanpa memotong akar hidup.
3. Pastikan media yg digunakan mempunyai partikel kecil,mempunyai sifat pengudaraan dan drainage yang baik.
4.Selepas diletakkan di tempat yg teduh selama 1 bulan,daun-daun baru mula tumbuh subur seiring dgn pergerakan akar.
Nah,sekarang apa lagi yg ditakutkan dengan spesis cucur atap yang cukup menawan ini? 
Selamat berbonsai.




" Do it the best you can; do it the best it can be done "

Monday, April 04, 2016

BONSAI RACE 2016 (BR16)


Pertandingan Pencarian Base Cucur Atap Terbaik datang lagi ..!!!

Bertemakan Perkampungan Bonsai di Kawasan Penarik dan Merang di Negeri Terengganu DI Malaysia.


Tarikh 28hb April hingga 1hb Mei 2016


28hb April  - Pendaftaran pokok untuk pertandingan dan pameran Bonsai


29hb April  - Masa 08:00 pagi ~ 10:00 malam

                  - Pertandingan dan pengadilan Pokok Bonsai (pelbagai spesis - keutamaan dari 
                    spesis Cucur Atap)
                  - Bengkel dan demonstrasi Bonsai oleh Sifu Bonsai Cucur Atap
                  - Diskusi berkenaan Bonsai , seni penjagaan dan perawatan

30hb April - Masa 08:00 pagi      ~ 01:00 petang  - Pertandingan pencarian bermula

                             01:00 petang  ~ 02:00 petang  - Pengadilan bermula
                             03:00 petang  ~ 06:00 petang  - Majlis penutup dan penyampaian hadiah
                             08:00 malam  ~ 12:00 malam  - Jamuan peserta 

1hb May   - Masa 08:00pagi ~12:00 tengahari     - Keluar pokok dan pemutihan


SEMUA SENIMAN , PEMINAT BONSAI DAN WARGA DITERENGGANU KHASNYA DI JEMPUT HADIR BERSAMA DENGAN PENYERTAAN DARI SELURUH SENIMAN BONSAI MALAYSIA.


Sebahagian pokok untuk pameran kepunyaan Sifu Mushadat ,Pengadang Baru Kuala Terengganu                                                  




                                                                                                 

Bonsai Race 2010 ketika dulu ....