Friday, February 10, 2012

Mencari Khazanah Berharga

Oleh Dwan@bonsaikita


CUCUR ATAP KHAZANAH ALAM PALING BERHARGA

Keunikan dan kehebatan bonsai Cucur Atap kini sudah terkenal seantereo dunia. Semasa Mr Robert Steven datang ke Kelantan beliau membawa pulang bonsai Cucur Atap untuk dijadikan kenangan.Bonsai Cucur Atap juga kini di bawa ke Hawai. Lihatlah, pandanglah dan berfikir sejenak sudah pasti kita semua sependapat bahawa pokok Cucur Atap begitu sempurna dijadikan bonsai sehingga memukau pandangan mata.Lebih istimewa lagi pokok Cucur Atap yang berharga ini adalah warisan alam yang dikatakan hanya terdapat di bumi Terengganu sahaja. Spesis istimewa anugerah tuhan ini merupakan khazanah yang berharga .

Cucur Atap dalam proses pembentukan
 ranting
Hujung minggu yang lalu penulis bersama team Bonsai Kita menjejaki pokok Cucur Atap di sekitar daerah Besut hingga ke Merang Terengganu. Sepanjang perjalanan Spesis ini terus unggul mendominasi kawasan persisiran pantai saujana mata memandang.Perjalanan kami terhenti di setiap kawasan Cucur Atap untuk mencari pokok Cucur Atap yang boleh dijadikan base bonsai yang sempurna. Walaupun beribu pohon Cucur Atap dihadapan mata namun untuk mendapat base pokok yang sempurna agak sukar “hanya jauhari saja yang mengenal manikam”



Kehidupan "nature" Cucur Atap
Rimbunan Cucur Atap


'Nature' pokok Cucur Atap tumbuh dalam kumpulan yang besar tanpa ada persaingan di antara satu sama lain. Pokok Cucur Atap di sini seolah-olah bersama –sama mendapatkan cahaya matahari(fotosintesis), respiratori dan transpirasi. Teringat penulis kepada artikel tentang Pokok yang menyatakan bahawa proses-proses inilah secara ringkasnya menghasilkan makanan, tenaga, menolong pengedaran bahan mineral ke seluruh bahagian pokok serta menyejukkan pokok apabila hari panas. Justeru penulis merasakan faktor inilah yang menyebabkan pokok Cucur Atap terus bertahan dan hidup subur di sini.




Pelbagai gaya bonsai Cucur Atap boleh digubah





Dalam hutan Cucur Atap penulis mendapati tidak terdapat pokok Cucur Atap besar seperti balak (pokok saka) yang ada hanya bersaiz (ukur lilit batang ) yang sederhana.Kebanyakan pohonnya yang mati akan ada pohon Cucur Atap yang tumbuh diatas pohon yang mati.Seperti diari yang terakam indah dalam falsafah bonsai ‘dalam mati ada hidup dalam hidup ada mati’.Persoalan mula bermain difikiran penulis adakah hayat cucur atap ini panjang di kawasannya?.Kebanyakan pohon cucur atap tumbuh meliar seperti bonsai besar (Saiz besar) yang digubah bebas oleh alam.Terdapat juga pencinta bonsai yang menggambil pokok yang sebegini (4 hingga 5 kaki) tanpa diubah suai untuk dijadikan pokok hiasan. (maaf penulis lebih selesa menggunakan kaki untuk ukuran pokok)



Pastikan pokok Cucur Atap diletakkan ke dalam kain atau guni diikat kemas

Untuk mendapatkan pokok Cucur Atap sangat mudah kerana tanahnya berpasir.Pokok Cucur Atap lebih selamat(untuk hidup) sekiranya diambil dengan tanahnya sekali.Biasanya kami akan mengergaji tanah (guna gergaji untuk memutuskan akar )di sekeliling pohon cucur atap,kemudian pohon Cucur Atap boleh diangkat dari tempatnya diletakkan ke dalam kain atau guni dikat kemas dengan tali. Untuk pengetahuan anda pohon Cucur Atap tidak mempunyai akar tunjang.Selepas pulang ke rumah proses penanamannya perlu dilakukan dengan segera iaitu dengan menggunakan medium pasir saja. Anda perlu menyiram dengan air yang banyak supaya pasir akan mendap ke dalam pasu dan pastikan dijolok atau ditekan pasir supaya tidak ada ruang kosong di antara akar dan pasir .Letakkan pohon cucur atap yang baru di tanam di tempat yang teduh, selepas 2 hingga 3 minggu pucuk baru akan bertunas.

Sebenarnya pohon cucur atap mudah hidup sekiranya kita tahu petua untuk mengambilnya dan cara untuk menanamnya ke dalam pasu . Mungkin ada di antara kita yang pernah mendengar dan mempercayai kata-kata bahawa hanya orang tertentu yang mempunyai ‘tangan yang sejuk’ atau green fingers yang boleh menanam pokok dengan jayanya. Adakah anda mempercayainya Sebenarnya setiap pokok mempunyai keperluannya yang tersendiri untuk hidup subur dan cantik sentiasa. Keperluan yang dimaksudkan itu ialah jenis pokok yang ditanam, kekerapan siraman air, dedahan kepada cahaya matahari serta jenis baja dan kekerapan pembajaan yang sesuai untuknya tumbuh subur.

Jadi kata-kata “tangan yang sejuk” mungkin hanyalah sekadar retorik sindiran kepada mereka yang malas berkebun.

Sekiranya ada kelapangan bolehlah anda mencuba mencari dan mendapatkan sepesis Cucur Atap ini. Orang jauh (luar Negara) memujanya kita yang dekat masih diulit mimpi. Ayuh! mari semua kita ke sana mencari cucur atap impian Semuanya percuma untuk anda. Tepuk dada tanya selera. Hanya kreativiti seni yang diperlukan untuk menjadikannya pokok bonsai yang menarik.



"DO NOT MAKES YOUR TREES LOOK LIKE BONSAI BUT MAKE YOUR BONSAI LOOK LIKE TREES" - J.Naka "
Do it the best you can; do it the best it can be done "

Wednesday, February 08, 2012

Pautan untuk Borang pendaftaran ABRC 2012



http://bonsairace.blogspot.com/2012/02/borang-penyertaan-bonsai.html?spref=fb



"DO NOT MAKES YOUR TREES LOOK LIKE BONSAI BUT MAKE YOUR BONSAI LOOK LIKE TREES" - J.Naka " Do it the best you can; do it the best it can be done "

SM Noryadi PSBM


Noryadi Bin Noruddin

Naib Presiden 1 Persatuan Seniman  Bonsai Malaysia

Bonsai Dan Noryadi Bagai Lagu dan Irama

Noryadi Noruddin, , ialah antara anak Melayu yang begitu komited dengan seni bonsai. Beliau jatuh cinta dengan keunikan seni bonsai ini ketika menuntut di Institut Teknologi Mara (kini dikenali sebagai UiTM) pada 1997.

Pokok-pokok bonsai ini adalah antara koleksi bonsai Noryadi Noruddin yang kesemuanya berjumlah 150 pokok. Di kiri ialah Pokok Kayu Hitam (nama saintifik Maba Buxifolia) sementara di bawah ini ialah Pokok Beruas atau nama saintifiknya "Premna Microphylla".


Sebelum bonsai, beliau meminati seni lukisan dan seni pembuatan. Noryadi juga gemar berkunjung ke tapak-tapak semaian kerana tumbuhan dan bunga-bungaan baginya memberi ketenangan.

Aktif pada 2003, Noryadi telah berjaya memenangi beberapa anugerah dalam pertandingan bonsai peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Pencapaian dan Anugerah :

Pertandingan Mini Bonsai di Chan Shu She Yuen Association, Kuala Lumpur pada November 2008. Bonsai Noryadi dari spesies Buxus Harlandii mendapat tempat ketiga dalam kategori saiz kecil.


Pada Jun 2009, di Pameran & Pertandingan Bonsai & Suiseki Peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur, bonsai beliau daripada spesies Beackea Frutescens (Cucur Atap) mendapat dua anugerah berganda dalam kategori saiz besar iaitu Excellent Award (tempat pertama) dan Creative Award (anugerah khas untuk kreativiti dalam pembuatan bonsai).


Ogos 2009 di mana empat bonsainya memenangi empat anugerah.

Tahun 2012 acara terbesar yang mana beliau adalah salah seorang organizer yang bertungkus lumus demi untuk menjayakan Pameran Keunikan Bonsai 2012 di Muzium Alam Semulajadi .












Do it the best you can; do it the best it can be done "

Friday, February 03, 2012

Pertandingan Simulasi Bonsai ABRC 2012



PERTANDINGAN SIMULASI BONSAI 2012

         Bersempena dengan acara Asean Bonsai Race 2012, Persatuan Seniman Bonsai Malaysia akan mengadakan Pertandingan Simulasi Bonsai 2012. Tujuan pertandingan ini adalah untuk memberi pendedahan awal dalam proses menghasilkan sebuah karya Seni Bonsai yang unggul.

Pemilihan bahan : Sifu Bohori ( memilih 3 bahan untuk simulasi kali ini )

Bahan untuk simulasi akan dimuat naik ke dalam facebook Persatuan Seniman Bonsai Malaysia dan diedarkan kepada AJK setiap zon.

Lelongan bahan berserta dengan simulasinya akan dibuka kepada semua peserta pada hari penutup acara Asean Bonsai Race 2012.

Peraturan pertandingan.

SPESIFIKASI

1. Format
                Reka cipta simulasi asal hendaklah disediakan dalam bentuk cetakan di atas kertas A4 atau format JPEG dimuat naik kedalam facebook Persatuan Seniman Bonsai Malaysia.

2. Rasional Reka Bentuk
               Setiap simulasi yang dicipta haruslah disertakan dengan penerangan dan motif simulasi tersebut.

3. Kaedah simulasi
               3.1-Simulasi berwarna atau hitam putih boleh diterima.
               3.2-Simulasi melalui lukisan tangan atau komputer juga boleh diterima.

4. Keaslian simulasi
               Reka bentuk simulasi mestilah asli dan tidak boleh ditiru atau diambil daripada mana-mana sumber seperti majalah , laman web dan sebagainya.JIka ada peserta melanggar peraturan ini , penyertaannya akan di batalkan dengan serta merta.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1-Tarikh pertandingan :
                              Dari 13hb Jan hingga 9hb Mac 2012

2-Tarikh tamat penyertaan :
                              7hb Mac 2012 : 3:00 ptg ( Melalui facebook PSBM )
                              9hb Mac 2012 : 3:00 ptg ( Tanpa facebook )

3-Penyertaan :
                                   Terbuka kepada semua pemain dan peminat Bonsai,

4-Yuran penyertaan :
                                   Percuma

5-Jumlah penyertaan :
                                  5 penyertaan maksima setiap peserta untuk setiap bahan. Jika peserta yang sama mempunyai lebih dari 1 simulasi untuk satu bahan pada pusingan akhir, pihak juri berhak untuk memilih hanya satu (1) sahaja simulasinya yang terbaik.

6. Nama penuh , nombor ahli PSBM ( jika ahli ) atau No. IC hendaklah di tulis dibelakang hasil karya simulasi tersebut. Bagi peserta yang bertanding melalui facebook PSBM hendaklah menyatakan Nama Penuh dan No. IC di bawah gambar yang dimuat naik.

7. Peserta hendaklah memastikan keaslian simulasi yang dicipta terpelihara. Pihak Jawatankuasa pertandingan tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga ke atas hakcipta simulasi tersebut.

8. Setiap penyertaan simulasi yang diterima tidak akan dipulangkan dan akan menjadi hak milik Persatuan Seniman Bonsai Malaysia.

PENGADILAN

1-Setiap penyertaan akan dinilai dari aspek konsep, kreativiti, dan keaslian oleh satu panel juri yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan.

                                 1.1-Ketua Juri : Sifu Bohori
                                 1.2-Juri : Raja Kelana , xxxxxx, xxxxxx

2. Keputusan Juri adalah muktamad. Segala bentuk bantahan tidak akan dilayan.

HADIAH

1-Simulasi terbaik berserta sijil penghargaan

2-Hadiah Khas Juri berserta sijil penghargaan

3-Sijil penghargaan untuk 20 peserta terbaik.

Gambar 1 ( Bebuas ) dan Simulasi Asas dari Sifu Bohori ( Bertanda merah adalah dahan yang masih hidup

Gambar 2 ( Bebuas ) dan Simulasi asas

Gambar 3 ( cucur atap ) dan Simulasi asas


"DO NOT MAKES YOUR TREES LOOK LIKE BONSAI BUT MAKE YOUR BONSAI LOOK LIKE TREES" - J.Naka
" Do it the best you can; do it the best it can be done "

Thursday, February 02, 2012

ABRC 2012

ASEAN BONSAI RACE CARNIVAL 2012

1.0 PENDAHULUAN


Persatuan Seniman Bonsai Malaysia akan menganjurkan Asean Bonsai Race Carnival 2012. Program ini yang akan diadakan pada 9,10 dan 11 Mac 2012.Tempat yang dicadangkan untuk dijadikan tapak Karnival ini ialah Nelayan In pantai Merang Kuala Terengganu. Kerjasama erat antara ahli-ahli dan Jawatankuasa Persatuan Seniman Bonsai Malaysia mampu menjayakan pertandingan ini. Tumpuan akan diberikan kepada cara pengendalian yang berkesan dari semua aspek penting seperti yang dirancang. Penglibatan dari ahli Bonsai seluruh Malaysia dan Asean

2.0 RASIONAL

Program ini dilaksanakan untuk menghimpunkan seluruh peminat .pengiat dan seniman bonsai dari seluruh Malaysia dan rantau Asean untuk berdiskusi dan berforum.Di samping itu, diharap dapat melahirkan ahli bonsai yang berbudaya, berilmu dalam menghasilkan bonsai yang baik.

Program ini juga diadakan untuk memperkenalkan spesis pohon Cucur Atap yang bernilai tinggi yang terdapat banyak di negeri Terengganu dan sangat sesuai dijadikan bonsai. Juga turut memberi pendedahan kepada peserta yang belum pernah mencari dan menggali pokok Cucur Atap ini.Kehebatan bonsai Cucur Atap dan penilaian harganya yang mencecah ribuan ringgit diharap dapat menjadi sumber pendapatan tambahan kepada ahli bonsai. Kepada masyarakat sekitar pula, ia bertujuan untuk menimbulkan kesedaran tentang menghargai nilai pokok Cucur Atap ini.

3.0 OBJEKTIF

• Menghimpunkan peminat bonsai dari seluruh Malaysia dan Asean
• Mewujudkan ruang diskusi dan forum bonsai
• Memperkenalkan Terengganu dengan spesis bonsai Cucur Atap
• Merasa pengalaman sebenar mencari base Cucur Atap di kawasan semulajadinya
• Memberi peluang kepada ahli bonsai,untuk menonjolkan tahap kreativiti dalam mencipta base bonsai Cucur Atap yang menarik
• Memberi ruang kepada ahli bonsai untuk mempertandingkan bonsai mereka
• Memupuk semangat persahabatan dan kerjasama

4.0 JANGKA MASA

Program Asean Bonsai Race Carnival ini merupakan program tahunan terbesar PSBM .Program ini dirancang selama tiga hari iaitu bermula 9,10 dan 11 mac 2012

5.0 SASARAN

Semua ahli bonsai seluruh Malaysia dan Asean

6.0 PROGRAM - TENTATIF ASEAN BONSAI RACE CARNIVAL

        6.1 Program Pertandingan Bonsai Cucur Atap dan bonsai assorted
        6.2 Program Karnival Bonsai(Jualan/pameran/Demontrasi/forum /diskusi bonsai)
        6.3 Program Bonsai Race(Perlumbaan ekstrim mencari base di hutan Cucur Atap)

7.0 ATURCARA PROGRAM:

         Tarikh : 9 MAC 2012
                      10.00 pagi- 10 malam - Pendaftaran, pertandingan bonsai
                                                             - Karnival Bonsai

         Tarikh : 10 MAC 2012
                       10.00 pagi – 10 malam
                                                             - Pertandingan Bonsai Cucur Atap & Assorted
                                                             - Demonstrasi Penanaman Cucur Atap
                                                             - Diskusi/forum/ceramah Bonsai
                                                             - Pameran pertandingan lukisan bonsai simulasi
         Tarikh : 11 Mac 2012
                        8.00-9.00 pagi           - Pendaftaran peserta Bonsai Race
                        9.00-9.30 pagi           - Taklimat peserta
                        9.30-10.00pagi          - Konvoi berkereta bergerak ke lokasi pertandingan
                      10.00-1.00 petang       - Pertandingan bermula.
                      1.00-2.00 petang         - Pengadilan dijalankan
                      3.00-5.00 petang         - Majlis perasmian dan penutup serta penyampaian hadiah

9.0 AHLI JAWATANKUASA 

          9.1 AHLI JAWATANKUASA INDUK PROGRAM

                       Penasihat : YB Abdul Halim Jusoh (Adun Permaisuri, Terengganu)

                       Presiden : Haji Mohd Noor b Yusof -(Kelantan)
                       Tim Presiden : M.Bohori b Che Makhtar -(Kelantan)
                       N.Presiden 1 : En Noryadi bin Noruddin -(Selangor)
                       N.presiden 2 : Zulkifli Abd Rahman - (Kelantan)
                       N.Presiden 3 : Musyadat b Yusof -(Terengganu)

                       Setiausaha : Wan Rusaidi b Wan Abdullah-(Kelantan)
                       Pen Setiausaha 1 : Ahmad Ridhuan b Mohd -(Kelantan)
                       Pen Setiausaha 2 : Rosnani b Zakaria -(Kelantan)

                       Bendahari : Shukri bin Ismail -(Kelantan)
                       Pen Bendahari : Zulkepli Abd Rahman -(Kelantan)

                       AJK :

                       Hj Halim bin hj salleh - ( Pahang)
                       Sahidan b Bahari - (Kelantan)
                       Mohamad bin Sanimun - (Selangor)
                       Noor Rahim b M.Salim - (Selangor)
                       Razali Bin Mat Nor - (Kelantan)
                       Wan Kamarudin b W Zakaria - (Negeri Sembilan)
                       Ibrahim Bin Mamat - (Terengganu)
                       Abdul Malik Bin Othman - (Kedah)
                       Najmi Yani Bin Ahmad - (Selangor)
                       Faizul Bakri b Abdullah - (Johor)
                       Yusoffi b Abdul Aziz - (Selangor)
                       Ahmad Farus b Abd Hamid - (Kedah)
                       Wong Wang Hung - (Kuala Lumpur)
                       Zahiruddin Abd Aziz - (Melaka)
                       Abdul Rahim b Hat - (Pulai Pinang)
                       Tengku Mohd hysharizal Engku Muda – (Kelantan)

10.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

                       Pengerusi :Haji Mohd Noor b Yusof
                       Timbalan Pengerusi 1 :.En Bohori b Che Makhtar
                       Timbalan Pengerusi 2 : En Murshadat Yusof
                       Setiausaha :En Wan Rusaidi Wan Abdullah
                       Bendahari :En. Shukri bin Ismail

                       Publisiti dan Penajaan : En Noryadi bin Noruddin
                                                               : Mr Is Ing
                                                               : En Wan Kamaruddin W Zakaria

                       Pengarah Projek :En Ahmad Ridhuan bin Mohamad

                       Penyelaras Pertandingan : Tn Hj Ibrahim bin Mamat

                       Penyelaras Karnival : Mr Benny

                       Penyelaras Bonsai Race : En Zulkefli bin Abdul Rahman

                       Penyelaras Teknikal : En Zulkifli bin Abdul Rahman


JOM...Ramai-ramai kita ke Terengganu.....


" Do it the best you can; do it the best it can be done "
"DO NOT MAKES YOUR TREES LOOK LIKE BONSAI BUT MAKE YOUR BONSAI LOOK LIKE TREES" - J.Naka